Aidil sedang sibuk menyiapkan kerjanya apabila telefon bimbitnya berdering. Nama Khaleel tertera pada skrin.
"Aidil, kau cakap dengan adik kau, berhenti menggatal dengan lelaki lain!" suara Khaleel kedengaran tegas dan marah.
Aidil kebingungan. "Apa kau cakap ni? Aku tak masuk campur hal rumah tangga kau. Lagipun, Lana tak pernah dengar pun nasihat aku"
Khaleel menghela nafas panjang, kedengaran semakin tidak sabar. "Bukan Lana, Aidil. Sofia. Aku suruh kau cakap dengan Sofia supaya jangan menggatal."
Aidil ketawa kecil. "Yang kau nak memandai atur kehidupan Sofia ni kenapa? Kau siapa?"
"Kau tanya aku siapa? Aku ni bakal suami dia. Abah kau dah setuju pun," Khaleel menjawab dengan nada bangga.
"Sekejap, aku ada dua soalan. First, yang kau nak kahwin tu Sofia atau abah aku? Second, kau ni tahu hukumkah?"
"Ada pun ada soalan untuk kau. Kau ni bodohkah nak ingkar perintah abah kau? Bukan kau dengan Sofia takut dengan diakah?"ejek Khaleel.
"Kau tak payah nak cakap banyak. Kau ingatkan bakal isteri aku tu, jangan menggatal dengan sesiapa lagi!"
tut..tut..tut.. panggilan dimatikan. Aidil mengeleng kepalanya. Baru hendak menyambung kerja, dia terdengar suara panik Sofia.
"Aidil! Aku tak dapat call Alvin. Kereta aku ada dengan dia. Tolong cek GPS kereta tu!"
Aidil mencekak pinggangnya. "Bawa bertenang Soif, mari kita cek GPS kereta kau." Namun, setelah beberapa minit mencari, GPS kereta itu tidak dijumpai.
Aidil memandang Sofia dengan muka penuh tanda tanya. "Okay, calm down. Nampaknya GPS tu tak dapat trace. Sekejap, apa berlaku ni? Alvin kat mana?"
Sofia menghela nafas berat, tapi menurut kata abangnya dan duduk untuk berehat. DIa menceritakan pada Aidil detik pertemuan dia, Khaleel dan Alvin. Tahulah Aidil saat ini, punca panggilan Khaleel sebentar tadi.
Keesokan harinya, Sofia pergi ke pejabat seperti biasa, tetapi hati kecilnya masih risau tentang Alvin. Setibanya di pejabat, Akmal memaklumkan padanya bahawa Alvin tidak hadir.
"Tadi, mama dia call bagitahu ada kecemasan so dia ambil cuti hari nidan esok,"terang Akmal. Sofia angguk.
"Cik Pia! ada orang nak jumpa kau di lobi," suara Yusoff memecahkan lamunannya. Sofia turun ke lobi dengan persoalan. Setibanya di sana, dia melihat Khaleel menunggu.
"Khaleel, apa awak buat di sini?" Sofia cuba melarikan diri, tetapi Khaleel menggenggam tangannya dengan kuat dan memaksanya masuk ke dalam kereta.
"Kalau awak tak ikut saya, sesuatu akan terjadi pada Alvin," ugut Khaleel.
Sofia terus sahaja masuk ke dalam perut kereta. Khaleel mengambil telefon bimbit Sofia.
"Awak nak buat apa ni?" Sofia memegang telefonnya dengan dua tangan.
Khaleel hanya tersenyum sinis. "Come on baby. I need your new number,"
Khaleel merentap telefon bimbit Sofia dan mendail nombornya. "Senangkan?" telefon bimbit itu bertukar tangan.
Selepas berada di atas jalan hampir 30 minit, kereta diberhentikan di hadapan butik pengantin. Khaleel keluar dari perut kereta terus masuk tanpa menoleh ke belakang. Mata Sofia melilau seakan tidak percaya apa yang berada dia hadapannya. Lebih mengejutkan apabila pandangan mata Sofia dan pemandu bertaut.
"Lana?" sepotong nama itu terbit dari bibir Sofia.
Sofia terkejut melihat mata Lana lebam. "Lana, kenapa ni? Dia pukul kau?"
YOU ARE READING
Tak kan Pernah Ada
RomanceSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...