BAB 24

782 111 3
                                    

[WRITTEN ON 7 MARCH 2023]
[UNEDITED]

[NO ONE POV]

QAISER MENGERUTKAN DAHI APABILA dia rasa ada tangan menyentuh wajahnya. Tangan itu bergerak di matanya, di pipinya, di hidungnya, di bibirnya— Qaiser mahu membuka matanya tetapi tangan itu menutup matanya. Kemudian dia terdengar bunyi perempuan ketawa seakan bergurau dengannya.

Anehnya suara itu kedengaran familiar, Qaiser rasa jantungnya berdegup sangat laju. Suara itu masih ketawa kecil, seakan sedang bermain-main dengannya. Tangan Qaiser naik memegang tangan yang menutup matanya itu.

"Selamat pagi, abang."

Mata Qaiser terbuka luas, dia bangun dari baringan dan memandang sekeliling biliknya yang masih gelap itu. Qaiser meraup wajahnya dan mengusap dadanya sambil beristighfar. Jantungnya sangat laju, sayup-sayup dia terdengar bunyi azan subuh berkumandang.

Nafas Qaiser masih laju, dia mengesat peluh di dahinya. Dia sentuh dadanya yang masih berdegup laju.

"Allahuakbar." Bisik Qaiser lalu menghela nafas panjang. Suara perempuan dalam mimpinya terngiang-ngiang dalam kepalanya. Dia kenal suara itu. Kepala digeleng perlahan.

TALITA terkejut mendapat mesej daripada Datin Fatimah. Ibunya tidak tidak pernah sekalipun menghantar mesej kepada dia. Ini adalah kali pertama dan mesej itu mengatakan Datin Fatimah mahu berjumpa dan makan tengah hari bersamanya di sebuah kafe.

Talita keliru tetapi sudah tentu tidak akan sia-siakan peluang untuk berbaik dengan ibunya itu. Talita memandu ke kafe yang di kongsi oleh Datin Fatimah melalui mesej. Tiba di kafe itu, Talita mencari kelibat Datin Fatimah dan ternampak ibunya sedang duduk sendirian di sebuah meja untuk dua orang duduk sambil minum air yang dipesannya.

Talita melangkah mendekati Datin Fatimah.

"Mama, dah lama ke tunggu?" Talita cuba membuka perbualan. Datin Fatimah lamgsung tidak memandang wajah Talita, dia kelihatan mahu cepat dan riaknya tidak gembira.

Datin Fatimah meletakkan satu sampul coklat bersaiz A4 di atas meja di depan Talita. Berkerut dahi Talita melihat sampul itu.

"Rais Khalil. Dia anak arwah kawan aku. Dia akan datang rumah untuk makan malam dengan kita, malam esok. You have to come. Aku nak kau bersiap cantik-cantik, jaga perangai kau di depan dia. Aku nak kau buat apa-apa saja yang boleh buat dia lamar kau untuk jadi isteri dia, faham?" Tiada ribut, tiada petir, kenyataan Datin Fatimah membuatkan Talita tergamam.

"Apa?"

Datin Fatimah kelihatan marah, dia menjeling Talita dengan tajam.

"Kalau kau nak aku terima kau sebagai anak aku semula. Dengar cakap aku. Kahwin dengan Rais! Kalau boleh secepat yang mungkin!" Datin Fatimah bersuara lagi, nadanya kedengaran keras, dia seperti terdesak. Talita keliru.

"Mama dah gila ke?" Talita bengang dengan Datin Fatimah, jadi ini punca ibunya itu mahu berjumpa! Mahu paksa dia berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal.

"Gila? Ini belum gila, Talita! Kalau kau tak nak tengok gila aku yang betul-betul, lebih baik kau ikut cakap aku!" Tajam pandangan Datin Fatimah, Talita tergamam dan buntu. Dia mahu membaiki hubungan dia dan Datin Fatimah tetapi bukan dengan cara ini.

"Talita tak nak—"

"Kalau benda senang macam ni kau tak boleh ikut, kau memang tak layak jadi anak aku! Sepatutnya sejak dulu lagi aku buang kau ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah nak senangkan hati aku!" Keras Datin Fatimah bersuara. Talita mengetap bibirnya. Kata-kata ibunya itu memang menyakitkan hati, sejak kecil dia sudah terbiasa dengan kebencian ibunya itu.

JEJAKA NERD [ONHOLD]Where stories live. Discover now