Seperti yang dijanjikan, Min minta masa sampai hari jumaat. So kerja min dh settle, kita sambung menulis.
Sambungan part sebelum
Hanpir 2 jam Freen dan Neo menunggu doctor Nick di luar. Masih sahaja belum ada apa2 berita tentang keadaan Becky.
Mami dan Daddy sudah sedari tadi sampai di hospital. Mereka pun turut menunggu khabar dari doctor di luar. Alex baru sahaja tiba di dalam hospital sambil membawa air yang di beli untuk mereka semua.
"Freen, minum dulu." Alex menghulurkan air minuman kepada Freen. Freen mengambilnya dan meminumnya.
"Tuan, masih tak dapat khabar tentang Becky?" Soal Alex pada Neo.
"Belum Alex. Aku pun tak tau Nick buat apa dekat dalam tu lama sangat." Neo melepaskan keluhannya.
"Sabar Neo. Nanti doctor keluarlah tu." Daddy Freen menepuk bahu sahabatnya itu.
Setengah jam kemudian, Doctor Nick keluar dari bilik rawatan tersebut. Freen, Neo, Mami dan Daddy Freen serta Alex terus menghampirinya.
"Nick." Panggil Neo.
"Sorry aku lambat. Tadi aku uruskan dokumen sebelum datang sini."
"Tak apa. Sekarang ni macam mana Becky?" Tampak kerisauan dimuka Neo.
"Aku nak bincang dengan kau berdua boleh?" Soal Nick.
"No, doctor bagitahu sekarang. Saya nak dengar." Belum sempat Neo menjawab, Freen sudah mencelah.
"Kau cakap jelah. Kitorang dengar." Neo yang memahami perasaan Freen terus meminta Doctor Nick untuk memberitahunya.
"Kalau macam tu, baiklah. Becky dia ada masalah pada ususnya. Boleh dikatakan usus dia terluka dan benda tu maybe dah lama jadi. Sebab bila aku tengok tadi, memang dah berdarah. So, memandangkan luka tu dah teruk, kita nak minta kebenaran kau untuk bedah Becky untuk buang sikit usus dia yang luka. Usus tu maybe boleh menyebabkan hal yang lagi buruk kalau tak buang. Jadi aku nak minta kau sign dokumen ni. Kalau kau setuju, kita proceed 1 jam lagi." Freen yang mendengar keadaan Becky hanya mampu menutup mulutnya dek terkejut sementara air matanya luruh.
"Kau buat je apa yang terbaik. Aku ikutkan je. Tapi jaga anak aku baik2." Nick mengangguk tanda faham dengan apa yang diminta Neo.
Neo mengambil dokumen di tangan Nick lalu menandatanganinya ldengan cepat. Kemudia menyerahkan kembali dokumen itu pada Nick.
"Lagi 1 jam, nurse datang sini bawa Becky ke bilik bedah." Ucap Nick dan bergerak pergi.
Sebelum itu, Freen mencelah lagi. "Boleh kami tengok Becky?"
Nick mengangguk "Selepas Becky dibawa ke wad ya." Lalu Nick dan meninggalkan mereka. Freen dan yang lain menunggu Becky di ruang menunggu lain sementara menunggu jururawat yang membawa Becky keluar.
Setelah beberapa minit, Becky sudahpun .ditempatkan di dalam wad persendirian. Freen dan yang lain masuk ke dalam bilik tersebut dan melihat Becky yang masih tidak sedarkan diri. Freen melihat tangan Becky yang dipasang infus, dia pun memegang tangan Becky dan mengusapnya.
(Mengapa Becky tidak sedarkan diri? Ini kerana jururawat berpesan dia memberikan ubat untuk Becky sentiasa tidur memandangkan Becky tidak dapat menahan sakitnya walaupun diberikan ubat tahan sakit.)
"Sayang kuat untuk baby tau. Baby tunggu sayang dekat sini. Sampai sayang bangun" batin Freen.
"Freen, mami dengan daddy balik dulu ya. Nanti apa2 call mami. Okay?" Mami Freen mendekati anaknya lalu mencium ubun2 kepala Freen lalu beralih ke arah Becky dan menciumnya juga lalu mereka pun beransur pulang.
"Ayah, ayah pergilah makan dulu dengan Alex. Ayah tak makan apa2 lagi." Ucap Freen.
"Betul tuan. Kita makan dulu. Sempat sebelum Becky masuk bilik bedah." Alex cuba memujuk Neo yang duduk di sofa yang terdapat di dalam bilik itu sambil menatap anaknya.
"Ye lah. Nanti apa2 freen call ayah ya." Freen mengangguk lalu menatap Neo dan Alex yang sudahpun keluar dari bilik itu.
"Tengok sayang. Kesian ayah. Dia sedih tengok anak dia macam ni. So sayang tak boleh lemah tau. Sayang kena kuat. Untuk baby, ayah, mami, daddy.. untuk Alex juga. Okay sayang?" Freen mengusap pipi Becky. Walaupun Becky tidak menjawab ucapannya, Freen tahu, Becky akan tunaikan semuanya.
Setelah satu jam berlalu, kini jururawat pun datang ke bilik Becky.
"Tuan, sekarang waktunya." Ucap salah satu jururawat itu.
Neo menganggukkan kepalanya lalu mengusap kepala anaknya. "See you soon little girl."
Kini Freen pula mendekati Becky. "Kuat okay sayang. I love you." Freen mencium kedua pipi Becky dan tangan Becky.
Setelah itu, jururawat itu pun menolak katil Becky keluar dari bilik wad tersebut dan diikuti Neo, Freen dan Alex. Sampai sahaja di bilik pembedahan, mereka bertiga pun duduk di kerusi di tepi pitnu bilik itu. Menunggu Becky berjuang dalam pembedahannya.
TBC
Pendek2 dulu ya. Nanti min bagi lebih.
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
FanficKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...