S

2 0 0
                                    

Butterworth, Pulau Pinang sekitar tahun 2009.

HARI pertama persekolahan kembali lagi. Rutin yang sama berulang kembali. Masuk kelas baru, pilih meja kayu, terima jadual waktu dan mula membalut buku. Ah, bosannya!

Tidak terkecuali untuk AQMAR ZAKWAN, salah seorang atlet hoki di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Butterworth, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Dari jauh, sudah terdengar suara guru disiplin yang bising di atas pentas, cuba mempercepatkan pergerakan pelajar untuk perhimpunan pagi rasmi pada sesi pertama persekolahan tahun 2009.

"Cepat! Cepat! Apa yang lemau sangat ni? Hari pertama sekolah, cerialah sikit!" Suara Cikgu Fahmi menyinga. ZAPP! Dengan rotan buluh khasnya, buat semua pelajar menghela nafas tidak suka.

"Captain." Aqmar menoleh bila bahunya ditepuk perlahan. Nampak sahaja kelibat rakan karib merangkap Maveriks a.k.a. pasukan hokinya, terus mereka berjabat tangan gaya khas Mavericks.

"Mavericks!" Suara Cikgu Fahmi bergema lagi di corong radio, menandakan Aqmar dan rakan-rakan perlu mengambil tempat di dalam barisan. Sempat mereka semua tersengih malu.

Perhimpunan berjalan seperti biasa, cikgu-cikgu memberi peringatan, Pengetua mengalukan kedatangan serta...

Eh, ada bidadari turun dari kayangan?

Eh, ada bidadari turun dari kayangan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ERR.. maafkan saya, di manakah - err what we called library in Malay? " MARISSA ANINDYA menggaru kepalanya yang tidak gatal, malu mungkin tidak fasih berbahasa Melayu di Malaysia.

"Library.. oh! Pusat sumber!" Pantas sahaja gadis itu sebut. Dipandangnya si gadis yang bertanya. "err.. you no good Malay?"

Marissa bungkam. Apa yang budak ni cuba cakap?

"Maaf?" Soal Marissa kembali. Gadis di hadapannya cuba untuk menyusun bait kata supaya dapat Marissa faham.

"You.. speak bad Malay. You good at english only?" Sedaya upaya gadis itu cuba menyusun bait kata dalam bahasa Inggeris.

"Em, I school at Convent Bukit Nanas. Elite school. Semua people talk in English." Sekarang ni kenapa Marissa pula cakap broken English??

"Oh..." si gadis tersenyum mengangguk. Walaupun Marissa bertutur dalam mixed language caca marba, dia dapat faham.

"You go straight, have stairway to hell." Sambil bercakap, sibuk juga tangannya menunjuk arah.

"Stairway to hell?" Marissa berkerut. Kenapa mereka panggil stairway to hell?

"Oh hahah!" Si gadis tergelak. "Stairway to hell. Kitaorang panggil sebab dekat situlah bilik penyu tua (pengetua), bilik guru dan bilik disiplin!"

"Oh.. I see.." Marissa garu kepala yang tidak gatal. Sukarnya nak faham lawak budak-budak sekolah harian?

"Thankyou..." Marissa mengemam bibir, tidak pasti hendak bahasakan gadis ini apa.

Bila lihat Marissa teragak-agak, terus si gadis memperkenalkan diri. "Nayla. Awak boleh panggil, Nelly." Tangannya dihulurkan, ingin berjabat. Marissa terus menyambut huluran tangan Nayla.

"Marissa Anindya. Call me, Anin."

Marissa sampai di hadapan pusat sumber dan dia terus tanggalkan kasutnya, lalu susun bersama deretan kasut pelajar yang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Marissa sampai di hadapan pusat sumber dan dia terus tanggalkan kasutnya, lalu susun bersama deretan kasut pelajar yang lain. Kotak pensil dan buku, Marissa tinggalkan di atas koridor sebentar sementara dia menyusun beg di dalam loker.

"Siapa punya buku pulak ni!" Seraya kedengaran bunyi 'pap!'.

"Buang je kat bawah!" Satu lagi suara menyokong niat jahat. Marissa masih tenang, langsung tidak ambil peduli. Dia terus jalan melintasi dua orang lelaki yang sedang berkerumun di koridor, sebelum Marissa brek mengejut.

Book? Pencil box?

Terus Marissa membuntangkan mata. Tubuhnya dipusingkan lalu dia menyambar buku dan kotak pensil yang sudah sedia ingin dibuang oleh lelaki tadi.

"That's mine!" Marissa menjerit. Matanya bertembung dengan si lelaki.

Anak mata lelaki itu mengembang apabila bertembung dengan renungan tajam daripada paras cantik Marissa.

Anak mata lelaki itu mengembang apabila bertembung dengan renungan tajam daripada paras cantik Marissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


July 10, 2024.

Surat Untuk AnindyaWhere stories live. Discover now