Pagi-pagi lagi SMK Tengku Aiden Hanafi sudah riuh dengan suara pelajar. Hari itu hari Isnin, di mana perhimpunan akan dijalankan.
Macamlah ada yang ingin fokus.
Tetapi apa guru-guru boleh buat? 500 lebih bilangan pelajar itu, semuanya anak orang berada. Duit mereka tak habis 7 keturunan.
"Baiklah, saya harap kamu semua bersemangat waja dan memperbaiki pelajaran kamu semua. Akhir sekali, selamat datang kepada pelajar tingkatan 1." Pengetua Hairi menamatkan ucapannya dengan salam. Dia mengeluh.
Rasanya kurang 100 orang yang fokus mendengar ucapannya. Yang lain? Berbual, main telefon...
Namun semua itu akan berubah hari ini. Dia dapat rasakan aura panglima perang dalam kalangan pelajar di situ.
Pasti, itu yang dirancang oleh 'dia'.
Sementara itu, 'dia' sibuk berbincang dengan ahli kumpulannya.
{Setalamz}
Qizz:
Jadi... Harini?Smurf:
Kalau tak harini, bila lagi?Fahim:
Aku takut wehLylabella:
Boleh ni.Afifah:
Kita buat sampai jadi.Ain:
Sedia. Ambil checkpoint masing-masing. Gerak jangan sampai ada yang curiga tau. Go ii.Dia menarik nafas dalam. Perlahan dia bangun dan keluar dari kerumunan pelajar itu. Dia pergi ke bahagian belakang dewan.
Baju sekolah berwarna biru cair menjadi identitinya. Bertudung labuh dan berkain blue black, pakaian rasmi pengawas sekolah itu.
"Code name Smurf in position."
"Lyl on point."
"Qizz ready to ambush."
"Wafiq ready."
"Backups, ready."Dia menarik nafas dalam. Mereka semua dihubungkan dengan earpod khas.
"Semua pengawas sedia, hari ni kita jadi pengkhianat mereka. Ini untuk kebaikan semua. In Shaa Allah Kullu Khoir. Dalam kiraan 10 semua berpecah. Cikgu akan bagi pengunguman." Dia memberi arahan, ditutup dengan zikir.
Ketika semua pelajar berura-ura untuk keluar, guru disiplin iaitu Cikgu Hana naik ke atas pentas.
Kiraan dimulakan.
"10..."
"9..."
"8..."
"Semua pelajar diminta tunggu di dalam dewan dalam keadaan tenang. Kami nak buat spot check di setiap blok dan kelas. Terima kasih."
"2..."
"1!"
Separuh daripada pengawas itu berpecah menuju ke blok- blok. Sementara separuh lagi mengawal keadaan dewan, menjaga agar tiada pelajar yang keluar dan pergi 'menyelamatkan' barang larangan.
"Si*l lah kau orang ni!" Seorang pelajar lelaki cuba keluar namun dihalang oleh Rynz.
Keadaan amat kecoh dan huru-hara. Namun guru-guru tersenyum gembira.
YOU ARE READING
Setalamz : Nanti...
Teen FictionSiapa saja tidak kenal SMK Tengku Aiden Hanafi? Sekolah yang menempatkan anak-anak orang ternama. Hanya orang istimewa boleh berada di sekolah ini. Pergaduhan menjadi makanan, tumbukan dan sepakan menjadi perbualan, maksiat berleluasa tanpa dihalang...