Bab 24

153 10 0
                                    

SAMBIL tangannya menanggalkan jarum peniti dari tudung, ingatan Haania menerawang kembali kepada kejadian pertemuannya dengan Aliya pada waktu tengah hari tadi.

Imbas kembali.

"You kenal siapa Qalissa?" Soalan tersebut diajukan usai sahaja minuman tiba di meja.

Haania senyum nipis. Adakah topik itu yang akan mengiringi sepanjang perbualan mereka pada hari ini?

"Arwah tunang Khalish."

Mungkin tidak menyangka bahawa Haania tahu tentang pemilik nama tersebut, riak wajah terkejut memenuhi segenap inci roman muka Aliya sebelum wanita itu pantas membetulkan semula ekspresi wajahnya.

"Khalish ada ceritakan pasal Qalissa dekat you?"

Sekali lagi Haania mengangguk.

"So, you tahulah kan yang muka Qalissa ada iras-iras dengan you?"

"Sebelum I jawab soalan tu, boleh I tahu adakah motif you hanya untuk bercakap pasal Qalissa?" Soalan balas dilemparkan.

"I tak ada keperluan lain untuk berjumpa dengan you melainkan sebab Qalissa. You tak rasa pelik ke yang muka you hampir sama dengan Qalissa?"

"Kenapa I nak pelik? Dalam dunia ni, kan ada istilah pelanduk dua serupa."

"Yes, indeed. Kalau you nak tahu, Khalish dengan Qalissa dah lama in relay, since both of them sekolah menengah lagi. I saksi kepada bukti percintaan mereka. I kawan baik Qalissa. Memang segala benda yang terjadi di antara Khalish dengan Qalissa memang dah dalam poket I. That is why, Khalish hampir jatuh in a depressed state right after Qalissa past away. So, this is just my two cents. You tak ada ke rasa yang Khalish kahwin dengan you sebab muka you hampir seiras dengan arwah tunang dia?" Soalan tersebut bagaikan menjerut diri Haania.

Soalan itu mengungkit kembali fikiran negatif yang telah lama terkunci dalam benak Haania. Pernyataan Aliya kini seolah-olah membuka kembali sangkar yang selama ini mengurung segala pemikiran negatifnya. Tidak mahu fikiran-fikiran itu terus bersarang di kepala, Haania segera beristighfar.

"Kalau dah macam ini ayat you, I tak rasa I nak dengar. You sedar tak ayat you sekarang ni macam nak meruntuhkan rumah tangga orang?"

Dengusan sinis terlepas keluar dari mulut Aliya. "You nak cakap I cuba nak runtuhkan rumah tangga you?"

Haania menaikkan kedua-dua bahunya. "I don't know, but if orang lain dengar ayat tu, mungkin orang lain pun akan sependapat dengan I. Macam ni ajelah, cik Aliya. I tak tahu apa motif you bagitahu I semua benda ni. Mungkin sebab you masih lagi ada those lingering feelings of your bestfriend and maybe you still speechless knowing that Khalish, who used to be your  bestfriend first love dah kahwin, leading you to act like this. Tapi I rasa, tak perlu pun. I sendiri tahu muka I seiras dengan arwah Qalissa. I dah pernah tengok gambar dia. I dah minta mama Khalish tunjukkan. Jujur I cakap awalnya I terkejut. I pun ada terfikir macam apa yang you cakap, tapi apa yang mama cakap, ini semua kebetulan. Mama sendiri dah bagi reassurance dekat I yang Khalish memang sayangkan I bukan sebab muka I sama dengan Qalissa ke apa. Surely a mom know her child the best, so I lebih percayakan kepada mama instead of someone yang hanya kenal Khalish just sebab dia adalah tunang kepada arwah kawan baik dia sendiri." Panjang lebar Haania berkata dengan nada yang agak tegas. Senyuman yang tadi menghiasi wajah juga terus mati.

Wanita itu ketap bibir. Dalam masa yang sama juga dia terkejut. Tidak menyangka balasan itu yang akan dia terima. Lain yang dirancang, lain pula yang dijadi. Bukan niatnya mahu menjatuhkan rumah tangga orang, dia cuma mahu menyatakan kebenaran.

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now