Andrian's POV
Pintu bilik menempatkan si isteri aku tolak perlahan.Tangan memimpin
tangan tua Puan Dahlea dan Tuan Simon ke arah katil isteri.Tubuh tidak bermaya itu sarat dengan pelbagai wayar.Ada beberapa mesin mengelilingi katil.Seroja baharu sahaja melepasi tahap stabilnya.Pembedahan selama 10 jam berjaya mengeluarkan sel jahat dari tubuhnya.Namun begitu para pakar tetap berjaga jaga.Bimbang sel itu kembali semula dengan kesan yang lebih dasyat lagi.
Genggaman pada kedua dua tangan aku terasa semakin kejap.Terdengar esakan dikanan dan kiri telinga.Bibir diketap kuat.Cuba untuk tidak terkesan dengan suasana pilu di dalam bilik sederhana besar ini.
"Se..Seroja Dianne...lihat ni anak.Ibu dan bapak datang sayang."
'Beepp...beeeeppp'
Hanya mesin oximeter yang berbunyi dengan ritma yang setara sedari Seroja dipindahkan ke dalam wad kenamaan ini.
"Simon..adik boleh mendengar kata kata akukan?"
Tuan Simon menganggukkan kepalanya beberapa kali.Dia menyeka air matanya pantas dengan belakang tangan.Wajahnya ditundukkan sedikit.Ubun ubun kepala Seroja dicium lama.
"Adik...bapak datang sayang.Bapak mahu mohon maaf.Bapak tidak patut menghukum kamu sayang.Kamu anak yang baik.Kamu anugerah buat kami.Sedarlah nak.Lihat ni.Bapak ada anyam bakul untuk kamu.Kamu ingat bakul ini kamu anyam sebelum bapak memukul kamu.Bapak anyam semula nak.Cantikkan?"
Kata kata Tuan Simon disulam esak tangis menyentuh hati lelaki aku.Aku tahu Tuan Simon sangat rapat dengan Seroja.Apa yang terjadi sebelum ini memberi kesan buat mereka.
"Ibu pula bawa makanan kegemaran kamu nak.Kamu suka benar makan ikan tamban.Makanan terakhir kamu dari ibu dahulu.Kuatkan semangat nak.Nanti hari hari ibu masakkan tamban untuk kamu ya.Ian...Seroja akan sedarkan?"
Cukup melirih suara Puan Dahlea.Matanya tidak beralih dari tubuh tidak berdaya isteri.
"Iya ibu.Mungkin ubat bius masih berbaki jadi Seroja masih tidur.Kita doakan Seroja cepat sedar ya.Dia sudah melepasi tahap kritikalnya.Mungkin dalam sejam dua sedarlah Seroja akan sedar.
Penerangan aku mendapat anggukan kepala kedua dua mertua .Aku menepuk bahu Tuan Simon dan Puan Dahlea.
Diri kemudian menggamit 2 tubuh tua itu untuk duduk di sofa.Kami akan menunggu Seroja membuka mata.
"Andrian.Terima kasih kerana mencari dan menjaga anak bapak.Jika kamu tidak menemuinya entah bila kami dapat bersua dirinya.Keras sungguh hati Seroja.Dia benar benar terluka dengan kami"
Tuan Simon memeluk bahu aku kuat.Senyum kecil aku lemparkan.Seroja bukan sahaja terluka dengan keluarganya.Wanita itu turut terluka dengan diri aku.
"Bapak..Ian cintakan Seroja.Seroja banyak mengubah Ian.Seroja isteri yang punya jiwa besar.Dosa Ian kepada dia terlalu besar bapak..ibu.Percayalah tiada sehari pun Ian tidak merasa sesal dengan perbuatan Ian dahulu.Walaupun Ian banyak kali melukakan dia dengan kata kata dan perbuatan, Seroja tetap memberi Ian ruang dan peluang.Kalau diikutkan Ian tidak layak dimaafkan apatah lagi diberi kesempatan.Terima kasih kerana membesarkan Seroja dengan didikan dan asuhan sempurna, ibu..bapak."
"Ian...Seroja tahu apa yang terbaik buat dia dan hidupnya.Tiada orang tua didunia ini tidak mahu melihat anak mereka gembira dan bahagia.Kalau boleh diputarkan masa, ibu takkan berkata dan menuduh Seroja yang bukan bukan.Ibu tahu Seroja bagaimana tapi ibu memilih untuk menurut hati.Ibu benar benar berharap Seroja dapat menerima kedatangan kami.Ibu rindu sangat mahu mendengar suara dia.Ibu...Ibu.."
Esakan kedengaran semula.Tuan Simon memeluk bahu isterinya.
"Kamu sudah janji sama aku tidak mahu menangis Lea.Kita tidak boleh sedih sedih.Kita harus kuat sayang.Kita perlu pulihkan semangat adik."
YOU ARE READING
FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )
RomanceMengisahkan tentang Seroja Dianne,seorang pakar psikiatri yang diculik secara tidak sengaja ketika dia berkunjung ke Romania seorang diri.Seroja kemudian dijual dipasaran 'darkweb'.Dia kemudian dilelong pada harga yang tinggi. Seroja dibida dan di...