"Woi! Zaki! Bangun!"
Gegendang telinga Zaki seakan ingin pecah, bahunya ditepuk kasar berkali-kali. Dengar dengan suara garau dan tapak tangan besar mendarat pada bahunya berkali-kali, dia sudah agak siapakah itu.
"Hmm... 5 minit..." Zaki menarik selimut untuk menutupi wajahnya.
"Kau kenapa tidur dalam bilik Izzat ni? Aku dah sedia bilik yang selesa untuk kau, menggatal jugak nak tido kat sini." Bebel Malik yang sedang tercegat di kaki katil.
Mendengar nama Izzat disebut, tangan Zaki segera meraba ruang kosong di sebelah. Mata dicelik lalu dia bangun duduk di birai katil.
"Dah pagi ke?" Zaki menggaru kulit kepala.
"Sudah. 10 tahun yang lepas."
"Sial lah. Bombastik gila ayat kau. Ijat mana?"
"Amboi. Celik mata dah cari Izzat."
"Banyak borak ah kau. Mana ijat?" Dahi Zaki berkerut.
"Kat dapur." Kata Malik sepatah.
Zaki segera bangun dan memaut pada dinding bilik. Kaki terhuyung-hayang berjalan mendekati pintu bilik.
Di dalam bilik itu, terdapat 3 pintu. Pertama, pintu untuk keluar dari bilik itu. Pintu kedua adalah pintu untuk menuju ke arah dapur di tingkat atas. Bermaksud, ada tangga yang berhubung dengan bilik bawah dan dapur di sebalik pintu itu. Dan pintu yang ketiga adalah pintu untuk bilik air.
Zaki cuba mencari tombol pintu kedua, baru dia perasan pintu itu sudah ternganga luas.
"Jom breakfast. Izzat dah sediakan breakfast untuk kita." Malik menarik lengan Zaki, memimpin lelaki itu untuk menaiki tangga terus ke dapur.
Setibanya mereka di dapur, Malik menarik kerusi untuk Zaki duduk dan dia duduk berhadapan dengan Zaki.
Selang 2 saat, kedengaran pinggan mangkuk berlaga sesama sendiri dan akhirnya Zaki mendengar seseorang meletakkan pinggan di hadapannya. Bauan manis menerjah ke dalam rongga hidung. Bau ini agak familiar.
"Ijat masak nasi lemak eh." Zaki tersenyum manis.
Izzat mencapai henfon di dalam koceknya lalu menaip sesuatu dan ibu jarinya menyentuh simbol speaker.
"Ye bang. Makanlah."
Izzat kembali di dapur untuk mengemas pinggan mangkuk yang baru sahaja selesai dicuci.
Di meja makan, Adib berlari mendekati Zaki. Dia memakai pakaian sekolahnya bersama tali leher biru gelap di tangan.
"Uncle! Pakaikan benda ni untuk Adib." Tangan kecil diangkat-angkat ke atas memberi isyarat.
"Ha meh."
Zaki menyentuh tali leher itu lalu meraba untuk mencari hujung dan pangkalnya.
Beberapa minit kemudian, Maznah datang di meja makan dengan masih berbaju kelawar pink. Dia menekup mulut dan hidungnya dengan telapak tangan lalu mendekati Malik.
"Bang."
"Sayang kenapa ni? Okay ke?" Tanya Malik lalu berdiri memaut bahu isterinya.
"Bau ni bluerghh!" Jarinya menunjuk-nunjuk ke arah hidangan di atas meja.
"Sayang pergi sambung rehat ye."
"Tapi Maz lapar."
"Okay sayang nak makan apa? Nanti abang bawak balik makanan untuk sayang." Pujuk Malik.
"Maz nak makan sekarang."
"Saya ada buatkan bubur untuk puan kalau puan tak boleh nak telan makanan lain."
Malik dan Maznah serentak berpaling ke arah Izzat yang sedat tercegat di depan sink dapur. Tangan kanan memegang henfon.
"Sayang nak?" Tanya Malik lembut.
"Boleh jugak."
Izzat mengangguk lalu datang di meja makan bersama mangkuk kecil berisi bubur ayam. Dia meletakkan di atas meja dengan penuh sopan.
Dipendekkan cerita, Maznah tak boleh nak telan makanan lain selain bubur ayam yang dimasakkan oleh Izzat. Dia memuji masakan Izzat walaupun tidak setanding dengan dirinya. Tapi dia merasakan dengan bakat yang Izzat ada ini boleh mendirikan rumah tangga yang bahagia suatu hari nanti.
Setelah selesai semua menikmati sarapan, seperti biasa sebelum Malik pergi ke tempat kerja, dia akan singgah di sekolah Adib untuk menghantarkan anaknya. Waktu Adib pulang sekolah barulah Izzat akan menjemput Adib di sekolah memandangkan Malik akan pulang lewat.
Zaki duduk di beranda rumah, matanya merenung pemandangan pagi yang sangat indah. Kendatipun dia tidak dapat melihat keindahan itu secara live, dia dapat bayangkan betapa indahnya pemandangan pada pagi ini.
Izzat pula sedang sibuk mengalihkan beberapa pasu bunga di halaman rumah. Dia ingin menggantikan pokok bunga dengan pasu yang baharu.
Sedang dia sibuk menyusun beberapa pasu bunga di sisi halaman rumah, bahunya ditepuk lembut dari belakang. Izzat berpaling dan melihat Zaki sedang tersenyum.
"Nak tolong." Kata Zaki.
Izzat menggelengkan kepalanya lalu dia mengeluarkan henfon di dalam poket seluar dan menaip sesuatu pada skrin henfon itu.
"Tak ada apa yang perlu ditolong bang. Ini kerja Ijat. Biar Ijat je yang buat. Abang pergilah masuk ke dalam."
Zaki menunduk lalu dia mengalihkan tubuhnya, tangan kirinya memaut tiang rumah dan dia berjalan menuju ke arah anak tangga dan kelibatnya akhirnya menghilang.
Izzat menggaru kepala. Kenapa dia rasa seperti Zaki sedang merajuk? Ke Zaki terasa dengan ayatnya tadi? Dia mengetuk kepalanya berkali-kali.
Izzat membasuh kedua belah tangannya lalu dia berlari anak naik ke atas rumah. Dia melihat Zaki sedang termenung ke arah cermin besar di ruang tamu.
Dia mendekati Zaki lalu menyentuh lembut tangan lelaki itu. Zaki tidak berkata apa-apa seolah dia tahu itu adalah Izzat.
Izzat mencuit lembut lengan Zaki, memberi isyarat 'sorry' kepada Zaki. Lelaki itu masih terdiam dan akhirnya dia menunduk.
"Susahnya tak nampak. Semua benda tak boleh buat." Zaki akhirnya bersuara.
Belum sempat Izzat mengeluarkan henfonnya, Zaki berjalan beberapa tapak mendekati cermin itu lalu menyentuh permukaan licin itu.
Zaki seolah-olah sedang merenung dirinya sendiri di sebalik pantulan cermin.
"Kalaulah aku boleh melihat. Perkara pertama yang aku nak tengok adalah aku. Macam mana rupa aku sekarang ni ye?" Zaki mengomel sendirian.
Hati Izzat terasa pilu. Dia tahu yang dia pun oku. Tapi oku dia masih boleh buat kerja macam orang lain. Dia tak boleh bayangkan orang buta seperti Zaki ini, bagaimana mereka menjalani hidup mereka tanpa dapat melihat. Bagaimana mereka boleh bayangkan dunia sekarang. Bahkan wajah sendiri pun tidak tahu bagaimana bentuk dan rupa.
Izzat menggosok belakang tubuh Zaki dengan lembut tanda memujuk. Matanya mula tertacap ke arah imej pada pantulan cermin.
Dia berpaling ke belakang dan melihat Maznah sedang mengangkat satu kotak yang bersaiz besar. Dengan segera dia meninggalkan Zaki disitu dan menghampiri Maznah.
Risau, tidak mahu isteri majikannya melakukan kerja-kerja berat.
Zaki pula mula sedar bahawa Izzat mula menjauh darinya. Dia mula menggosok kasar kedua belah kelopak matanya sebelum ia mula lembap dibasahi air mata.
YOU ARE READING
Cinta OKU
عشوائيMengisahkan tentang pertemuan 2 orang lelaki OKU. Sorang bisu dan sorang lagi buta. Disebabkan masing-masing mempunyai masalah percakapan dan penglihatan, kekurangan mereka berdualah yang membuatkan mereka saling akrab kerena mereka tahu antara mere...