"Darlin!! Darlin!!!" Leo terus meluru ke tepi jambatan dan melihat ke bawah. Kereta itu sudah semakin tenggelam ke dalam sungai.
"Charles!! Nanti kalau keadaan dah reda dan selamat, datang cari aku!! Untuk beberapa hari biar aku menghilangkan diri dulu. Kau selamatkan diri dan kau balik ke mansion!" Jerit Leo kuat di situ.
"Tapi tuan..." Charles mula risau mendengar kata-kata Leo.
"Selamatkan diri kau Charles! Now!"
Charles sudah mahu menangis. Dia menahan dadanya yang terasa sakit kerana terhentak pada stereng tadi. Perlahan dia bangun dan memandang ke arah Leo yang menunggu masa hendak terjun dari jambatan itu.
"Tuan, please be safe! Aku akan datang cari tuan nanti!!"
Leo mengangguk dan sekelip mata tubuhnya sudah hilang di situ. Charles pula terus melarikan diri dan bersembunyi dari pandangan orang-orang Dato Norman. Orang-orang Dato Norman terus meluru ke tepi jambatan dan mereka melihat ke bawah. Tidak nampak apa-apa lagi dekat bawah sana kerana keadaan sangat gelap.
"Sial! Jom balik!" Orang-orang Dato Norman terus beredar dari situ.
Leo sudah tenggelam di dalam air dan dia berpaut pada badan kereta yang semakin tenggelam ke dasar sungai. Dia melihat Darlina yang sudah tercungap-cungap di dalam kereta sedang memandang ke arahnya. Keadaan dalam sungai yang gelap sedikit terang dengan cahaya lampu kereta yang masih hidup.
Mujur saja cermin tingkap kereta memang sudah pecah. Kalau tidak tentu lagi sukar untuk Leo menyelamatkan Darlina. Leo menolak tubuhnya masuk ke dalam dan berusaha menarik Darlina keluar. Dan lengannya pula terkena dengan cermin yang pecah itu sehingga luka dan mengeluarkan darah yang banyak. Leo sedikit menyeringai namun dia cuba untuk bertahan. Darlina pula sudah semakin lemas dan air sudah terlalu banyak masuk ke dalam mulutnya. Tidak lama kemudian Darlina sudah tidak bergerak lagi.
Leo semakin panik dan sekuat hati dia menarik tubuh Darlina keluar dari perut kereta dan membawa Darlina berenang naik ke permukaan air. Nasib baik kereta belum tenggelam jauh ke dasar sungai. Leo sendiri cuba untuk mencari oksigen bila dia juga sudah mula merasa lemas tadi. Dia terus berenang ke tepi dan menarik tubuh Darlina naik ke atas tebing. Sekarang mereka sudah berada di kawasan perkampungan terpencil di seberang sungai.
"Darlin! Wake up!" Leo menepuk pipi Darlin berkali-kali.
Wajah Darlina sudah pucat tidak berdarah. Tubuh nya kaku dan sejuk. Leo tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia harus menyelamatkan Darlina. Lantas Leo melakukan tekanan ke atas dada Darlina untuk mengepam jantung nya. Dan dia tiada pilihan selain dari melakukan pernafasan dari mulut ke mulut ke atas Darlina.
Selepas tautan bibir nya dilepaskan, Leo kembali menekan dada Darlina bila Darlina tidak memberi tindakbalas. Dan sekali lagi Leo melakukan pernafasan dari mulut ke mulut.
"Darlin! Please wake up! Darlinn!!!" Leo menjerit.
Namun Darlina masih tidak memberi tindakbalas. Dan dia membuat tekanan lagi ke atas dada Darlina dengan airmata yang sudah merembes keluar. Dan dia melakukan lagi pernafasan dari mulut ke mulut untuk kali ketiga.
"Darlin! Bangun Darlin! Bangun! Please! Jangan buat abang takut! Darlin bangun! Bangun!!!" Leo menggoncang tubuh Darlin sekuat hati. Tubuh Darlina ternyata lembik dan terkulai layu dalam dakapannya.
"Darlin! Abang cakap bangun! Bangun!" Leo menekan lagi dada Darlina dengan tangan yang sedikit menggigil. Kebiasannya tekanan ke atas dada mangsa lemas hanya dilakukan sebanyak tiga kali kerana kalau dilakukan banyak kali ianya boleh menyebabkan kecederaaan pada organ dalaman mangsa. Namun saat ini Leo tidak dapat hendak memikirkan apa-apa selain dia mahu Darlina celikkan matanya semula.
YOU ARE READING
LEO'S POSSESSION | eBook
RomanceRAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. H...