Tangan sibuk menanda fail yang bersusun di atas meja kerja tanpa menoleh kiri kanan.
Tuk tuk tuk
"Masuk"Hanya membalas tanpa melihat ke arah pintu.
"Tuan."
"Ada apa?"
"Meeting Tuan dengan Dato Ismail kan hari ni.Tapi Dato Ismail tak dapat datang."
"So cancel?"
"Tak.Dato Ismail ada hantar PA dia."
"Hmm okey.PA dia dah sampai ke?"
"Dah Tuan,nak saya panggil masuk atau terus pergi bilik meeting?"
"Just bawa dia pergi bilik meeting.Jap lagi aku masuk."
"Baik Tuan." Balasan PA nya hanya di balas dengan anggukan.
Keluar sahaja pembantu pribadinya,dia bersandar seketika pada kerusi kerjanya sebelum berdiri mengemaskan pakaian kerjanya.Kot Hitam di kemaskan sebelum keluar dari bilik kerjanya dengan membawa tab kerjanya.
Buka sahaja pintu bilik meeting,dia melihat satu sosok tubuh wanita yang berjubah dengan wajah yang di tutupi purdah.Dia tertanya-tanya,bila masa PA Dato Ismail pakai bertutup ni?
"Ehem." Dia berdeham sebelum menghampiri meja meeting.Dehemannya tadi menyebabkan wanita itu serta pembantu pribadinya menoleh kearahnya.
"Tuan.Ni Cik Naura PA Dato Ismail." Terang Pembantu pribadinya.Dia hanya mengangguk sebelum duduk.
"So Cik Naura.Dato Ismail dah bagitahu kau tentang projek yang aku dengan dia tengah kongsi Sekarang ni?" Tanpa perbualan mesra,dia terus menuju ke topik utama.Suaranya juga dingin.Begitulah jika dia berhadapan dengan orang luar.
"Dah Tuan Zyan." Balas Naura dengan senyuman penuh makna di balik purdahnya.
Suaranya sangat lembut lagak wanita melayu terakhir."So aku malas nak cakap banyak.Apa yang Dato Ismail bagitahu kau?kau bagitahu aku sekarang."
Entah mengapa hati Zyan Rafael merasa ada yang tidak kena pada wanita di hadapannya ini.Tapi dia hanya buat selamba.Takkan wanita bertutup seperti itu ada niat lain. Tapi tak mustahil juga.Naura pula terus mengangguk dan mula bersuara mengenai hal kerja.
Manakala Zyan Rafael hanya mendengar sesekali dia membantah apabila merasa ada yang tidak kena pada projek yang sedang dia dan Dato Ismail kongsikan.
🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀
Alya masih di rumah mertuanya.Mengikut suaminya,mereka pulang kerumah mereka pada esok hari memandangkan tangannya belum pulih.Ibu mertuanya juga suka dia tinggal di rumah agam itu.Adik ipar serta bapa mertuanya pun sama.
Dan kini dia hanya duduk di kerusi meja makan sambil melihat ibu mertuanya dan Mak Leha menyediakan makanan tengah hari mereka.Dia mahu menolong tapi mertuanya kata tak payah.
Zafran Rafiqie pula sanggup ambil cuti semata-mata mahu berborak dengan dia.Sempat juga adik iparnya itu kena bebel sebelum cuti di luluskan oleh bapa mertuanya.
Sedang dia sibuk dengan coklat di tangannya.Bahunya di peluk erat dari samping.Dia menoleh.Suaminya.Awal pula suaminya balik.
"Tuan awalnya balik."Ucap Alya perlahan.Tidak mahu ibu mertuanya dengar.Dia masih panggil suaminya Tuan.Walaupun sudah banyak kali suaminya ingatkan.Tapi dia sudah terbiasa dan akhirnya suaminya mengalah.
"Lapar."Balas Zyan Rafael.Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.Matanya di pejamkan.Penat walaupun kerja setengah hari.
Alya pula hanya diam di samping suaminya sambil makan coklat pemberian adik iparnya.
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romansa🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...