🥀Bab 32 🥀

7.1K 351 13
                                    

Alya tersenyum gembira sambil melipat bajunya lalu di masukkan kedalam bag.Dia tidak sabar mahu sampai ketempat percutian yang di rancang oleh ibu mertuanya.Tapi dia tidak tahu di mana tempat mereka bercuti.

Kata ibu mertuanya,mereka bercuti satu keluarga.Maksudnya keluarga besar suaminya.
Dalam dia gembira ada terselit rasa takut.Takut pada sepupuh suaminya.

"Seronok nampak" Alya menoleh kebelakang apabila mendengar suara garau suaminya. Sempat dia melemparkan senyuman manis sebelum menjawab.

"Mestilah.Saya tak pernah pergi bercuti."

"Jangan bawa banyak sangat baju.Bawa yang penting jee."

"Tapi mama kata kita bercuti seminggu."

"Tahu.Bawa yang penting jee."

Alya mengangguk dan kembali meneruskan kerjanya.

"Qaisara kita pergi esok pagi,kau kemas sekarang ni macam sekarang jugak kita pergi."Ucap Zyan Rafael yang sudah merebahkan tubuh tegapnya di atas tilam nipis isterinya sambil melihat isterinya yang duduk bersila di atas lantai.

"Nanti tak kelam kabut tuan."

Zyan Rafael menggeleng kepala.

"Tuan nak bawa baju apa? Nanti saya tolong kemaskan."

"Bawa jee yang kau suka,aku akan pakai."

"Betul ni?"

"Yup."

"Okey.Tuan pergila tidur saya nak kemas dulu baju-baju saya ni."

"Lepastu kau bolehlah makan coklat kan?"

"Mana ada."

"Tipu.Aku tahu kau cuti-curi masuk dapur kan bila aku tidur."Sambung Zyan Rafael lagi.Dia bukan apa tapi isterinya itu kalau tak tegur mahunya sampai subuh duduk di ruang dapur melantak coklat.Makan nasi bukan main susah, makan coklat laju jee dia nasib baik tak muntah.

"Err hehe."Hanya itu yang Alya mampu balas.

"Hehe hehe,dah aku tunggu kau siap kemas,lepastu terus tidur tak payah makan coklat malam ni"

"Alaaaa tuan."

"No Qaisara.Tak elok hari-hari makan manis."

"Tapi..."

"Takde tapi tapi cepat kemas.Kalau tak esok aku bagi semua coklat kau dekat anak jiran kita tu."

"Hmm okey." Balas Alya dengan nada sayu.Baru berangan nak makan coklat.

Zyan Rafael tidak lagi bersuara,dia hanya melihat isterinya yang sudah mencebik.Dengan senyuman penuh makna,dia mengambil bantal kecil isterinya dan tanpa rasa bersalah dia membaling bantal itu kewajah isterinya.Melihat wajah terkejut isterinya membuatkan ketawanya pecah.

"Ish tuan ni." Ucap Alya sambil menatap wajah suaminya dengan tatapan tidak puas hati.

"Cebik lagi hah kan dah kena." Balas Zyan Rafael dengan selamba.

"Ish diamlah saya malas nak cakap dengan tuan."

"Alaaa kau ni tak boleh nak bawa gurau lah."

"Tuan tu."

"Apa?" Soal Zyan Rafael pura-pura tidak tahu.

Alya tidak lagi menjawab,hanya tangannya yang laju melipat baju.

Zyan Rafael yang melihat itu terus bangkit dari tilam nipis itu lalu menghampiri tubuh kecil isterinya.

Sampai sahaja di bekalang isterinya,terus dia peluk tubuh kecil itu.Alya terkejut apabila tubuhnya di peluk erat oleh suaminya.

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now