Bab 25 🔥

6.7K 239 11
                                    


Hari ini merupakan hari yang paling Inara nantikan. Dia membetulkan sedikit rambut di cermin kereta sebelum melangkah masuk kedalam rumah Aayden.

Suasana meriah walaupun hanya kenalan rapat sahaja yang dijemput untuk menghadiri majlis makan malam ini. Aayden, Aaydan dan Nadhira sibuk menolong Puan Aydini dan Tuan Nadzir melayan tetamu.

Manakala Camelia hanya terkebil-kebil di sofa. Dia tidak dibenarkan untuk banyak berjalan apatah lagi menolong.

Camelia tersenyum manis sambil mengucap kata terima kasih kepada semua rakan rakan mummy dan daddy yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Inara masuk kedalam lalu dengan laju melangkah ke arah Puan Aydini. "Assalamualaikum aunty!" mesra Inara menegur maklongnya.

Puan Aydini yang sedang berbual bersama rakannya terus mengalihkan pandangan memandang gerangan yang menegurnya.

"Waalaikumussalam Inara. Maklong ingat Inara tak jadi datang, mana mama papa?" balas Puan Aydini sambil tersenyum kekok.

Inara menayang senyuman manis palsu lalu memeluk sekilas Puan Aydini. Dia menjuling mata ke atas saat memeluk maklongnya.

"Mama dengan papa takdapat datang, jadi diorang minta Inara untuk wakilkan diorang" jawab Inara sambil tersenyum gedik.

Puan Aydini mengangguk sambil menahan daripada muntah melihat senyuman palsu Inara.

"Oh tak apa lah, tak ada rezeki mama papa nak makan dekat sini malam ni" balasnya dengan kekok.

Inara melihat sekeliling namun pandangannya terhenti kearah Camelia yang sedang seronok melihat kartun di televisyen.

"Tak apa Camelia, sekarang kau ketawa dulu, kejap lagi, aku nak tengok kau menangis merana!" bisik hati Inara.

Inara meminta diri kepada Puan Aydini untuk berjumpa dengan Camelia kekononnya mahu mengucapkan tahniah kerana sudah hamil 3 bulan.

Inara melangkah ke arah Camelia lalu berdiri di hadapan televisyen dan menghalang pandangan Camelia.

Camelia yang terkejut itu terus mengangkat muka memandang gelaran yang tiba-tiba sahaja posing dihadapan dia.

Camelia sedaya upaya menahan diri daripada melenting, dia sudah berjanji dengan Nadhira untuk rancangan mereka hari ini.

Camelia menayang senyum manis kepada Inara lalu menutup televisyen menggunakan alat kawalan jauh.

"Ye Inara? Awak nak apa-apa daripada saya ke?" lembut sahaja suara Camelia bertanya. Walhal dalam hati sudah terbakar.

Inara tersenyum sinis lalu memeluk tubuh, dia memandang sekeliling untuk memastikan tiada siapa yang mendengar perbualan mereka.

"You ni memang tak tahu asal usul eh?" bidas pedas Inara.

Berkerut dahi Camelia apa soalannya di bidas sebegitu rupa. "Apa maksud awak?" soal Camelia.

"You tengok yang lain sibuk buat kerja sediakan makanan, layan tetamu, tapi you? Boleh berseronok dekat sini tengok kartun bodoh ni" balas Inara lalu menghadiahkan jelingan padu buat Camelia.

Tergamam Camelia apabila Inara menghina kartun kegemaran dia. Ini tak boleh jadi, ini sudah lebih.

Camelia bangun lalu memeluk tubuh di hadapan gadis taksedar diri ini. "Sekurang-kurangnya, upin dan ipin ni tak busuk hati macam awak" bisik keras Camelia.

Inara menolak lidah ke pipi tanda berapi hatinya apabila Camelia menjadi berani begini.

"Just wait and see baby" balas Inara sambil menyelit rambut Camelia kebelakang telinga. Dia mendekatkan bibir ke telinga Camelia.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now