BAB 1
Mereka berjalan berpimpin tangan memasuki ball room yang meriah dengan bunyi muzik. Kehadiran mereka mencuri pandangan mata yang lain. Ada yang memandang dengan rasa kagum, tak kurang juga yang memandang dengan pandangan jengkel.
Jengkel? Mungkin kerana yang berdiri di sebelah dia sekarang ni lelaki yang digilai ramai waktu di kolej dulu. Malangnya lelaki ini memilih dia bagi menemani sisa hidupnya. Bahagia? Tak nampak senyuman yang sentiasa dia ukirkan ini? kalau bukan senyuman bahagia apa lagi. Memiliki suami yang menjadi kegilaan ramai satu kebanggan juga bagi dia dan sebaliknya... biarlah dia saja yang tahu.
"Hai, loverbirds." Tegur Syahmi.
Riftah angkat tangan membalas teguran Syahmi. Tangan Naili ditarik mengikut langkahnya. Kemas tangan wanita itu dalam genggaman. Dengan bangga dia menayangkan Naili kepada umum malah tanpa segan silu dia memaut pinggang wanita itu. Menarik tubuh langsing itu rapat denganya. Sejak di unieversiti, mereka pasangan yang dicemburui ramai. Baik dia mahupun Naili, masing-masing punya kalangan peminat tersendiri.
"Seorang ke?" Tanya Naili. Syahmi ni kawan mereka malah satu batch dengan mereka. Lebih tepat satu kepala dan sekaki dengan suaminya. Sebab itulah dua manusia ni boleh kawan lama.
"Hey, mana boleh datang seorang diri. Aku bawa teman juga, dia ke buffet area kejap. Kau orang dah ambil makanan? Reunion kali ni makanan dia superb!" puji Syahmi.
"Bukan kau asal makanan je semua superb ke?" Tempelak Riftah.
"Rezeki Rif. Sama juga dengan perempuan. Kalau ada rezeki untuk tambah kouta buat apa setia." Lelucon Syahmi.
Naili senyum nipis. "Kan? So, kalau nanti perempuan buat macam tu juga, kau jangan melatah Syah. Perempuan ni dia setia sebab satu aje. Duit!" ujar Naili kenyit mata. Dia menoleh ke arah Riftah. "Rif, I nak ambil air. Haus pula rasa tekak ni." Ujar Naili walhal dia jengkel dengan sikap terbuka Syahmi. Ya, dia tahu bagaimana ligatnya Syahmi dan Riftah tapi tak perlulah tunjuk di depan dia.
"Biar I ambilkan untuk you." Tukas Riftah. Lagaknya seperti suami mithali. Bukan berlagak sememangnya dia begitu dengan Naili. Memanjai wanita itu bukan kerana terpaksa tetapi kerana dia mahukan begitu. Itu cara dia menyintai.
Syahmi sembunyi senyum. Nak muntah pula dia lihat sikap prihatin Riftah. Walhal belakang Naili, inilah raja segala buaya atas muka bumi ini. Mulut tu kalau bercakap sepertinya madu bersarang di bibir dia. Perempuan yang jual mahal setara mana pun tunduk dengan Riftah.
"It's okay. I boleh layan diri Rif." Ujar Naili lembut. Dia labuhkan kucupan ringkas di pipi Riftah.
"Wow!" komen Syahmi. "Aku hairan sebenarnya." Sambung Syahmi dengan dahi berkerut.
YOU ARE READING
RAPUH
RomanceRIFTAH - lelaki dan suami yang membawa perwatakan baik, penyayang dan juga pasangan yang sepadan. Sebaliknya dia juga merupakan manusia bertopengkan malaikat. Dia mendominasi perkahwinan dengan Naili, memanipulasi keadaan menjadikan Naili buruk di m...