[WRITTEN ON 8 MARCH 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
QAISER MEMBUAT KERJANYA SEPERTI biasa, dia menyibukkan diri sendiri dengan memeriksa semua file yang ada di atas mejanya itu. Dia bahkan memeriksa semula file yang sudah selesai diperiksanya. Sengaja dia buat begitu untuk distract diri dia daripada memikirkan mimpi aneh malam itu.
Sudah beberapa hari berlalu, Qaiser masih tidak boleh melupakan mimpi aneh itu. Sejujurnya dia yakin itu bukan mainan tidur, itu adalah jawapan daripada Sang Pencipta Semesta Alam.
"Boss, I need your signature here." Entah bagaimana daripada sibuk membuat kerja kepada termenung, Qaiser tersentak apabila terdengar suara itu, suara yang sama dalam mimpinya. Seluruh tubuh Qaiser kaku, tidak bergerak, dia tidak mengangkat wajahnya daripada file di atas meja itu.
"Boss?" Suara itu lagi, Qaiser memejam matanya, jantungnya sangat laju dan dia cuba untuk bertenang. Dia memejam mata dan menghela nafas perlahan-lahan.
"Tuan Qaiser—"
"I heard you," Qaiser memotong, suaranya kedengaran garau namun terselit getaran seperti sedang gementar. Qaiser dengar Talita mengeluh kecil, dari hujung matanya dia nampak Talita letak file di atas mejanya.
Qaiser tidak mengangkat wajahnya, dia menarik file itu dan melabuhkan tandatangan di atas kertas itu. Usai itu, dia mahu menghulurkan file itu ke depan tetapi Talita merapatkan tubuhnya ke meja—
"Kejap, ada lagi satu helai dekat belakang." Talita menahan file itu, dia membelek kertas itu. Qaiser memejam matanya apabila terhidu wangian perfume dari tubuh Talita. Dia membuka matanya dan melihat tangan putih yang sedang membelek kertas itu.
"Dekat sini," Jari kecil molek Talita dilihat menunjukkan garisan pada kertas untuk dia tandatangan, Qaiser tidak dapat menahan dirinya daripada membandingkan saiz tangan Talita dengan tangannya.
It suit my big hands perfectly.
Bisik hati Qaiser sebelum dia terkejut kerana tersedar dia sudah melampaui batas. Qaiser cepat menurunkan tandatangan sebelum ditolak file itu ke depan, dari hujung matanya dia nampak Talita ambil file itu.
"Thank you," Ucap Talita sebelum Qaiser mendengar bunyi tapak kasut berlalu pergi, lantas itu Qaiser mengangkat wajahnya melihat Talita membelakanginya berjalan ke pintu pejabatnya.
Dari belakang, Qaiser nampak Talita memakai blazer berwarna kelabu gelap bersama seluar slack hitam, rambutnya pula dibiarkan bebas tidak diikat. Kaki pula tersarung kasut bertumit yang sederhana tinggi berwarna hitam.
Sejujurnya Talita bukanlah wanita idamannya, Talita sangat jauh daripada wanita idamannya. Ciri-ciri yang dia suka adalah seperti Amara. Bertudung, lembut, ayu, sopan, pemalu—
But you still have doubts to marry her.
Suara hatinya memotong ayat dalam kepalanya, Qaiser menyumpah di dalam hati.
Apabila tubuh Talita menghilang disebalik pintu itu, Qaiser menghela nafas panjang. Dia bersandar pada kerusinya dengan rasa penat. Kehadiran Talita seakan mencuri segala tenaga yang dia ada. Qaiser tidak dapat menafikan lagi bahawa dia sememangnya ada perasaan pada Talita.
YOU ARE READING
JEJAKA NERD [ONHOLD]
RomanceSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...