Enzra menuju ke katil yang menempat Wardina tidur dengan lena selepas saja di berikan ubat. Dia memandang wajah isteri nya yang tenang dan terlihat sedikit pucat. Bersalahkah dia kerana meninggalkan isteri nya seorang diri dalam keadaan yang memerlukan dia?
Enzra mengeluh berat sambil mengelus rambut isterinya. Panas badan Wardina kini mengurang. Enzra mengeluh lagi. Dia memang sayangkan Wardina dengan seikhlas hati nya.
"Aku sayang kau, Aku takut kehilangan kau. Cukup lah aku kehilangan cinta pertama aku. Aku tak nak hilang cinta kau. Kau jiwa aku, Adra. Jangan tinggalkan aku macam cinta pertama aku tinggalkan aku. Jiwa aku, Cinta aku, Hati aku hanya untuk kau sorang. Kau dunia aku, Adra." Bisik Enzra di telinga Wardina sambil memeluk Wardina dari belakang.
Wardina menggenggam erat selimut itu. Dia hanya berpura-pura tidur. Sentuhan lelaki yang bergelar suami nya itu terlihat sangat ikhlas. Sangat mustahil untuk Wardina tidak menyayangi suami nya itu.
Wardina membalikkan badannya dan masuk ke dalam pelukan Enzra sambil masih berpura-pura tidur. Lalu dia berpura-pura mengigau.
"Adra sayang abang. Jangan tinggalkan Adra macam keluarga Adra. Adra hanya ada abang dala dunia Adra." Bebel Wardina dalam tidurnya.
Enzra tersenyum sambil mengetatka pelukannya pada Wardina dan mengusap lembut pipi Wardina. Dia sangat bersyukur mempunyai isteri yang sangat baik seperti Wardina.
"Aku sayang kau juga. Jangan tinggalkan aku macam cinta pertama aku. Walaupun kau bukan cinta pertama aku, tapi kau cinta terakhir aku. Aku janji, kau satu-satunya perempuan dalam dunia aku. Aku akan jaga kau sampai akhir hayat aku, little flower."
♥♥♥
Pagi yang ceria dan tersenyum lebar Wardina memandang suasana rumah banglo itu. Kelihatan rapi setelah dia selesai membersihkan sekeliling rumah mewah itu. Lepas apa yang terjadi semalam, dia merasa sangat bersemangat untuk memulakan harian nya.
"Amboi anak perempuan mama ni, tersenyum lebar." Ujar Datin Khairina sambil menepuk bahu Wardina. Wardina tergelak kecil.
"Maklum lah mama, Suami dah ada di sisi, mana tak nya bahagia dan tersenyum sampai nak koyak sisi telinga" gurau Ezaty sambil memeluk bahu Wardina.
"Ishh, takde lah. Dina rasa dah sihat sebab makan ubat. Tu yang bersemangat tu." Kata Wardina sambil tersenyum manis hingga terserlah lesung pipit nya.
"Dapat ubat dari aku kan? Biasalah, suami paling sweet dalam dunia untuk isteri tercinta. Ada orang tu kan ma, dia merengek sebab tak nak keluar dari pelukan Enz" usik Enzra sambil memeluk lembut pinggang Wardina. Wajah Wardina bertukar merah apabila Enzra berbuat seperti itu.
"Amboi! Mana ada! Awak yang tak nak bagi saya turun katil eh! Saya nak tolong mama pun, awak siap ugut saya lagi." Jeling Wardina pada Enzra. Geram dengan sikap Enzra yang suka putar belit cerita.
Datin Khairina dan Ezaty tergelak geli hati. Suka melihat kemesraan antara Enzra dan Wardina.
"Alah, bukan nya sesiapa, suami kau juga, sweetheart" usik Enzra lagi. Kini wajah Wardina bertukar merah padam. Malu apabila dipanggil dengan panggilan mesra.
Enzra tersenyum manis. Sangat bahagia bila bersama isteri tercinta tapi dia yakin, akan ada dugaan yang besar akan datang. Dia akan sentiasa bersiap sedia untuk melindungi isterinya walau apapun yang terjadi. Andai kata jodoh mereka tidak panjang. Biarlah mereka berpisah dengan kematian. Kerana Wardina adalah wanita terakhir untuk dirinya.