ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 36

1.3K 54 0
                                    

"ABANG!"
Liyanna menyeru suaminya yang sedang menyiram pokok bunga.
"Ya sayang. Nak apa?"

"Liya nak bagi pantun dekat abang ni!"
Fahim mengerutkan keningnya.Lah datang sini hanya sekadar nak bagi pantun ingat kan datang sini nak tolong dia siram pokok bunga.

Fahim menutup paip air sebelum dia melangkah kearah isterinya lalu dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi yang berhadapan dengan isterinya.

"Hehe ok abang dengar betul-betul tau"
Fahim mengangguk sambil tertawa kecil apabila melihat mata bundar milik isterinya.

Comel!

"Cari baju cari tuan,
In my heart you are the number one"
Liyanna tersenyum simpul dihadapan suaminya
yang sedang menunduk dan menahan diri dari tersenyum

Ingat dia tak nampak ke suaminya yang sedang menggigit bibir supaya tidak tersenyum.
"Abang blushing ke tu?"

"Tak"
Bohong Fahim lalu memandang kearah lain
"Ok Liya ada satu lagi pantun"
Liyanna tersenyum jahat kearah suaminya.
Akan ku buat dia tersenyum hehehe

"Cikgu suruh tulis sajak,
Tulis sajak tentang biawak,
Liya tak nak cakap banyak
Just nak cakap Liya sayang awak!"

'FLASH!'
Pipi Fahim sudah berona merah tatkala mendengar pantun dari isterinya yang tersayang.

"Enough sayang. Abang takut jatuh pengsan dekat sini"
"HAHAHAHA biarlah abang pengsan sebab Liya bukan sebab perempuan lain"
Fahim hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis

**

"ISH KENAPA TAK JADI NI!?"
Liyanna mendengus geram sambil menghentak kakinya diatas lantai

"Sayang tak siap lagi ke?"
Fahim yang sedang duduk dibirai katil itu terus menyoal tatkala mendengar isterinya mendengus geram

Hari ini mereka membuat majlis tahlil di rumah nenek Fahim iaitu nenek Kasmah
"Tak. Awning Liya ni tak jadi!"

Fahim meneliti muka isterinya tanpa sebarang reaksi
"Ish masa ni juga lah tak jadi. Abang ni kenapa dari tadi lagi duk tenung muka Liya?"

Terletus tawa kecil di bibir Fahim
"Lah. Abang tengok isteri sendiri pun salah ke?"
Liyanna menjeling kearah suaminya orang tengah stress sebab awning tak menjadi dia boleh pulak gelak kat kita ada yang kena sepak kan karang

Sedari akan jelingan maut isterinya tawa Fahim automatik terus terhenti.
"Taklah. Abang tengah cari apa yang tak kena lagi sampai sayang tak puas macam ni.Tapi kan abang tak nampak apa-apapun abang just nampak bidadari yang sedang berdiri dihadapan abang"

"Masyaallah cantiknya isteri abang ni sampai abang tak nampak satu cacat cela pun"
Fahim tersenyum nipis apabila melihat pipi isterinya yang berona merah.

"Hah? Mana bidadari? Liya tak nampak pun?"
Fahim tersenyum sinis sebelum dia menapak kearah isterinya.
"Ni dia kat sini"

Cupp!

Satu ciuman dilabuhkan di puncak hidung isterinya. Liyanna merasakan pipinya yang sedang berbahang namun cepat-cepat dia memandang kearah lain.
"Ceh abang ingat kalau abang puji Liya macam tu Liya cairlah?"

Liyanna menjeling ke arah suaminya dalam hatinya tak usah dikata memang berbunga-bunga.
"Elehh ye lah tu padahal pipi tu dah merah"

Fahim mencubit kedua-dua belah pipi isterinya dengan kuat.
"Ish abang habis rosak makeup Liya!"

Fahim tertawa lalu dia melepaskan cubitan di pipi Liyanna.
"Jom abang pakaikan sayang tudung"

"Abang pandai ke?"
"Hello. Sayang jangan nak pandang rendah dekat abang oke"
Tanpa melengahkan masa Liyanna melabuhkan kerusi yang tersedia di meja solek itu.

Dia hanya membiarkan tangan Fahim yang sedang melilit-lilit tudungnya.
"Ok dah siap!"
Liyanna terus terkedu tatkala melihat hasil lilitan tudung oleh suaminya.

Cantik weh!

"Cantik tak?"
Fahim menggerak-gerakkan keningnya kepada isterinya.
"Hm boleh lah"

Bohong Liyanna padahal memang cantik pun kalah dia punya lilitan.
"Elehh"

Liyanna menjeling ke arah suaminya
"Abang. can I ask you one question?"
"Boleh sayang"

Mereka berdua melabuhkan punggung dibirai katil.
"Pada pandangan abang kan perempuan itu seperti apa?"
Liyanna ingin mendengar jawapan dari suaminya yang tercinta.

"Kalau sayang nak tahu perempuan itu seperti kopi dia akan dingin ketika diabaikan oleh orang yang dia sayang especially suaminya.Hatinya juga seperti agama tidak memaksa sesiapapun untuk mencintainya.Dan selembut-lembutnya hati perempuan dia tidak boleh dibeli dengan janji manis dan tidak mahu diambil dengan paksa.Segala dalam dirinya adalah tentang kasih sayang,ketulusan,keikhlasan dan kerelaan.Perempuan yang hebat itu yang mampu menghapus air matanya sendiri kemudian bangkit untuk melupakan kesedihannya"
Fahim tersenyum nipis sebelum dia mengelus pipi isterinya dengan lembut

"Liya bersyukur dapat suami macam abang"
Liyanna tersenyum manis sebelum dia mengambil tangan suaminya yang sedang mengelus pipinya lalu dia mengucup sekilas.
"Dan abang patut bersyukur sebab dapat isteri yang kuat macam sayang"

Fahim mengucup dahi isterinya sekilas
"Dah jom turun nenek dah tunggu dah tu"
"Hmm ok!"
Mereka melangkah turun dari katilnya untuk menuju ke luar.











VOTE AND COMMENT DEAR!
LOPE II

Fahim:Attractive Husband [C]Where stories live. Discover now