Airis Nawra menghela nafas buat seketika. Matanya memandang ke sekeliling kawasan. Tenang dan damai. Pokok-pokok bunga yang tersusun rapi di satu sudut dipandang lama. Sudah banyak bunga yang mekar menambahkan lagi seri di sudut tersebut. Seketika bibirnya menguntum senyuman nipis.
"Kak Airissss!!!" Satu suara anak kecil melaungkan nama Airis Nawra dengan lantang membuatkan wanita itu terus berpaling ke arah empunya suara.
"Aniq!" Seorang kanak-kanak bertubuh kecil sedang berlari ke arah Airis Nawra bersama senyuman mekar di bibir. Sesampainya di hadapan wanita itu, terus dipeluk tubuh Airis Nawra dengan erat. Sudah lama mereka tidak bertemu empat mata. Setahunya Aniq bahawa Airis Nawra datang ke sini, terus dia berlari mendapatkan wanita itu.
"Aniq rindu Kak Airis." Luah Aniq dengan nada yang ditahan. Airis Nawra menggosok rambut Aniq dengan lembut. Rindu juga dia terhadap anak kecil ini. Rindu dengan telatah Aniq Aryaan, salah seorang budak yang menghuni rumah anak-anak yatimnya.
"Kak Airis pun rindu Aniq. Tapi jangan lari macam tadi tau. Jatuh nanti, luka kaki tu." Aniq mengangguk faham. Pelukan dileraikan. Pandangan mata Aniq tertancap kepada Tunku Riyadh yang berdiri disebelah Airis Nawra. Matanya tidak lepas memerhati Tunku Riyadh.
"Hai, abang." Wajah Aniq berubah ceria. Dia mengukir senyuman manis buat lelaki tinggi lampai itu.
"Hello, little boy. How are you?" Tunku Riyadh juga menyapa kanak-kanak kecil tersebut. Comel! Dan wajah ceria menghiasi wajah kanak-kanak kecil itu membuatkan dia turut tersenyum.
"I'm good. What's your name, abang?" Lancar saja Aniq bertutur dalam bahasa inggeris. Kali ini Tunku Riyadh duduk menyamai ketinggian Aniq. Rambut Aniq dielus lembut.
"You can call me Abang Ri."
"Abang Ri ni mesti suami Kak Airis, kan?" Soal Aniq petah. Dia memandang Tunku Riyadh dengan mata bundarnya. Lelaki itu mengangguk. Terus menerus dia melayani Aniq yang petah bercakap itu.
Perbualan mereka hanya didengari oleh Airis Nawra tanpa dia mencelah sedikit pun. Dia suka melihat mulut anak kecil itu becok bercakap. Sangat ramah! Tunku Riyadh juga tidak kekok melayan telatah Aniq.
Di sinilah destinasi yang dimaksudkan oleh Tunku Riyadh. The Hynes Qaseh. Sejak mereka berkahwin, dia masih belum menjejakkan kaki ke sini. Dulu pernah juga dia berhasrat untuk ke sini namun terpaksa dibatalkan hasratnya akibat kekangan masa yang dihadapi olehnya.
"Eh Airis."
"Kak Maya." Wajah wanita cantik menyapa pandangan Airis Nawra. Dia menguntum senyuman manis buat Maya. Melihatkan Maya yang berjalan agak perlahan itu membuatkan Airis Nawra mendekati wanita tersebut lalu tangannya memimpin Maya agar duduk di kerusi batu yang berada tidak jauh dari mereka.
"Kenapa datang tak beritahu dulu?" Soal Maya yang sudah sarat. Kandungannya sudah mencecah lapan bulan. Tidak lama lagi, mereka akan menyambut kedatangan orang baru di sini iaitu anak kedua Maya dan Majdi.
"Saja nak datang jenguk akak. Dah lama tak datang sini. Maaflah, Airis tak ada masa nak datang jenguk akak. Banyak kerja dekat syarikat tu. Akak sihat? Baby sihat?" Airis Nawra serba salah. Sungguh, dia terlalu sibuk dengan kerjanya sehinggakan tiada masa untuk datang ke The Hynes Qaseh. Tetapi tidak pernah sekalipun dia lupa akan rumah ini. Rumah yang terlalu banyak kenangan manis di dalam hidupnya.
"Tak apalah. Akak faham kerja Airis tu macam mana. Alhamdulillah, akak sihat je. Baby pun sihat. Tak sabar nak tunggu baby keluar nanti." Maya mengusap perutnya yang semakin membesar. Senyuman menghiasi bibir merah merekahnya. Tinggal lagi sebulan sebelum tarikh dia melahirkan.
"Airis macam mana lepas dah kahwin ni? Akak tengok makin berseri Airis sekarang." Wajah berseri Airis Nawra diperhati lembut. Dari tadi senyuman tidak pernah lekang daripada bibir mungil wanita itu. Dulu, jarang sekali untuk dia melihat Airis Nawra tersenyum lebar seperti sekarang. Mungkin wanita itu sudah menemui kebahagiaannya?
YOU ARE READING
Bahagia Yang Dicari (Ongoing)
Diversos1st Series of Eternal Love A.K.A Her Vengeance "Half goddess, half hell." "People and circumstances come and go. Life doesn't stop for anybody." Sometimes the things you love break you. And sometimes, you break the things you love. Airis Nawra. She'...