"Aathif! Tunggu Aisyah," Aisyah jerit.
Dia yang tadi asyik berlari mengejar Aathif membuatkan Aisyah mengah tak terkata. Lariannya dihentikan, nafas perlu disedut dalam-dalam sebelum dia senyum melihat Aathif yang berlari ke arahnya.
"Lajunya! Penat tau Aisyah kejar, dari tadi tak dapat-dapat," adu Aisyah.
Jam sebegini, ramai ibu bapa akan membawa anak-anak mereka meluangkan masa di pantai. Ada juga yang sedang berkelah sambil melihat ahli keluarga membina istana pasir atau menggali mencari ketam.
Angin petang sedikit sebanyak mengeringkan keringat Aisyah. Rintik-rintik peluhnya masih banyak di permukaan kulit. Laju sahaja dia mengelap muka, membuang kotoran yang hinggap di pipi.
Aathif yang juga mengah akibat berlari dari dikejar Aisyah, tercungap-cungap. Dadanya laju turun dan naik. Entah berapa jauh dia berlari, dia sendiri tak tahu. Ini semua gara-gara Aisyah yang suka mencubit-cubit lengannya.
Aathif mengeluarkan sapu tangan dari dalam kocek seluar dan dihulurkan ke Aisyah. Berkerut wajah wanita itu dibuatnya. Mana tak nya, tiba-tiba sahaja lelaki itu menghala sapu tangan ke arah muka, siapa sahaja yang tak tertanya-tanya?
"Nah, ada pasir tu dekat muka," Ujar Aathif.
"Ha? Mana?" Tanya Aisyah. Pipinya merah, malu apabila ditegur.
Ini merupakan kali kedua dia keluar bersama Aathif. Tak mahu lah dia menunjuk-nunjuk sikap kebudak-budakan di hadapan lelaki itu. Apa pula yang difikirkan Aathif nanti? Aisyah macam budak-budak? Memang tak lah!
"Sini"
Dagu Aisyah dipegang sebelum Aathif mengelap sisa kotoran di pipi Aisyah. Terdiam wanita itu dibuatnya. Kaku berdiri sambil mata tak berkelip memandang Aathif yang fokus membersihkan wajahnya.
"Eh, Aisyah boleh buat sendiri lah," dengus Aisyah sebelum menarik sapu tangan tersebut.
Namun, laju pergerakannya, laju lagi Aathif menepis tangan wanita itu.
"Biar Aathif buat," ujar Aathif.
Entah mengapa, jantungnya berdegup laju. Gembira? Panik? Marah? Semuanya bergabung menjadi satu. Melihat wajah lelaki itu sebegitu dekat, bukan sahaja Aisyah, rasanya sesiapa sahaja akan jatuh pengsan.
'Mashallah, hensemnya' Getus Aisyah sendirian.
"Dah. Baru lah nampak comel," kata Aathif sebelum dia menyentuh hujung hidung Aisyah sedikit.
Sentuhan manja itu membuatkan Aisyah tersenyum, malu menguasai diri tanpa memberi amaran. Langkah kaki masing-masing mencari tempat untuk beristirehat.
Masing-masing tergamam melihat keindahan yang Tuhan berikan. Kelihatan jelas suatu bentuk bulat berwarna kuning terang yang liar terbakar berada nun jauh dari tempat mereka berada. Walau begitu, keindahannya langsung membuatkan sesiapa yang melihat tergamam akan kecantikannya.
"Cantik kan?" Tanya Aathif.
Aisyah mengangguk setuju. Bibir mengukir senyuman manis sementara mata masih acap melihat terbenamnya matahari.
"Aisyah tahu tak? Aathif suka tengok budak-budak main dekat pantai. Teringat masa arwah atok ada dulu," ujar Aathif.
"Arwah atok?"
"Ya. Arwah atok Aathif. Dulu masa Aathif kecil-kecil, atok suka bawa Aathif pergi pantai. Lepastu kitaorang akan main layang-layang sampailah Aathif rasa Aathif nak balik. Selagi tak puas main, selagi tu lah Aathif merengek suruh atok stay," cerita Aathif. Senyuman nipis terukir di bibir lelaki itu.