Sebelum aku meneruskan penulisan aku, eloklah aku perkenalkan watak-watak yang ada dalam cerita ini. Tak manis kalau aku terus mulakan penceritaan jika aku tidak mengenalkan kepada kalian siapa dan nama yang aku ceritakan. Seperti di sinopsis, nama dan watak aku ubah demi menjaga privasi aku dan privasi keseluruhan cerita ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Si dia yang aku maksudkan diawal tadi adalah Imran Ajmal (20) (bukan nama sebenar). Imran berasal dari Segamat, Johor. Anak ketiga daripada 4 beradik. 2 kakak dan 1 adik lelaki. Berkulit sawo matang, berkumis nipis , hidung sedikit mancung berkacukan Pakistan datang daripada bapanya, tinggi 177cm dan berat 73KG. Aktif bersukan bola sepak dan mempunyai six packs terbentuk di absnya membuatkan ramai perempuan jatuh hati dan crush on him. Dilihat dari mata kasar, Imran seperti kebanyakkan lelaki normal.
Aku - Adit Danial (22) (bukan nama sebenar) selesa dipanggil dengan nama Adit/Dani sewaktu aku kecil lagi. Berasal dari Puncak Alam. Aku memiliki wajah yang agak jambu ala-ala baby face, tidak berkumis, berkulit coklat cair disebabkan mak aku berketurunan banjar. Anak bongsu daripada dua beradik. Kakak aku sekarang berada di Korea Selatan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Fine Art. Tinggi aku 174cm dan berat 68KG. Aktif bersukan bola tampar dan six packs aku terbentuk disebabkan badan aku yang kurus bukannya daripada aktif bergym. Seperti Imran, aku juga sering didekati perempuan-perempuan yang mencuba nasib untuk mendapatkan aku, malahan ada juga segelintir lelaki tua daripada usia aku mencuba nasib untuk memikat aku. Manly but at the same time soft-hearted. Mudah terasa bila tidak kena dengan apa yang aku nak.
Pihakketiga - Wafiq Idrus (20) (bukan nama sebenar) berasal dari Terengganu. Tinggi 175cm danberat 73KG berkumis halus dan memiliki rambut ikal mayang (wavvy). Berkulitputih sehinggakan urat ditangan menampakkan urat hijau halus. Memiliki fox eyesdan berhidung mancung. Ayahnya asal Sabah dan ibunya asal Terengganu. Datang daripada keluarga berada yang menjalankan syarikat produk tempatan yang terkemuka di Terengganu
------------------------------------------------------------------------------------------
Semester 3 (ODL)
Awal bulan Julai 2022, aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran degree aku di salah sebuah universiti awam berlokasi di Puncak Alam. Aku menyambung pelajaran agak lewat kerana gap aku daripada habis diploma ke degree jaraknya 1 tahun. Aku sempat buat 'part-time' di sebuah kedai vape di Puncak Alam.
Pada waktu itu, kami wajib menghadiri Minggu Destini Siswa (MDS) selama 1 minggu secara online. Dan dari situlah aku, Imran dan Wafiq berkenalan. Kami mendapat senarai nama pelajar dan kelas sehari awal sebelum bermulanya MDS. Aku lihat senarai nama dan kelas yang akan aku duduki selama 1 tahun setengah. Haikal Bin Abu Bakar, Imran Hakim Zamrus, Izzat Zharfan Mustaffa, Haiqal Murad, Adnin Izzat, Aiman Danish Jamaluddin, Adit Danial Abdul Razak, Imran Ajmal Muntaqim dan Wafiq Idrus Abu Bakar. 9 lelaki dan 13 perempuan.
Disebabkan aku orang yang agak berumur di kalangan pelajar lelaki, ada beberapa pelajar lelaki kelas aku cuba pm aku secara personal untuk mencari 'gang'. Imran Ajmal, Aiman Danish, Wafiq Idrus dan Izzat Zharfan antara yang pm aku awal untuk berkenalan dan untuk membentuk group assignment.
Awalnya, kami hanya sekadar berkawan seperti biasa. Ya lah, tak pernah bersemuka dan tak pernah berjumpa sebelum ini. Aku ambil inisiatif membentuk satu group Whatsapp yang diberikan nama 'The Bros'. Selain daripada itu, kami juga ada group discord untuk kami membincangkan assignments/exams/berborak santai.
Aku dan Imran mulai rapat ketika di penghujung semester 3 dimana kami perlu membentuk satu pair assignment untuk satu subjek.
"Im .. kau boleh datang area Shah Alam tak untuk kita buat assignment pair ni?" - hantaran chat Whatsapp aku ringkas kepada Imran
YOU ARE READING
Kau & Aku Senafsu
Storie d'amoreAgak lama masa aku ambil untuk aku karang kisah ini. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis untuk aku tumpahkan dalam penulisan ini. Cumanya watak, nama dan tempat sahaja aku ubah demi menjaga identiti aku dan orang yang aku ceritakan. Kisah macam...