Camelia terus meneguk air oren yang dibuat khas untuknya. Camelia menghabiskan air itu dengan sekali teguk sahaja. Dia meletakkan kembali gelas di atas meja.Masing-masing berbual berkongsi cerita manakala Inara hanya diam memandang Camelia. Dia menunggu detik-detik racun itu merosakkan dalaman Camelia.
Camelia yang sedang tersenyum mendengar cerita Nadhira terus mati senyum apabila merasakan sesuatu yang aneh di dalam perutnya.
Dia mencengkam perut lalu mengerutkan muka menahan sakit. Manakala sebelah lagi tangannya mencengkam peha Aayden.
"Manja? Hey kenapa ni?" gelabah Aayden melihat wajah berkerut isterinya seolah-olah menahan sakit.
Inara tersenyum sinis melihat Camelia yang sedang menahan sakit. Finally! Aayden milik Inara!
Nadhira dan Aaydan terus mengalihkan pandangan ke arah Inara yang sedang tersenyum sinis memandang Camelia. Camelia mengurangkan kerutan di dahi dan mula tersenyum senget.
"Sakit nak yakyak je rupanya" kata Camelia sambil tertawa kecil seakan mengejek Inara.
Terus mati senyuman Inara apabila racun itu tidak memudaratkan Camelia.
"Sorry kitorang lambat pula, tadi ada hal kena settlekan" sampuk Arash dan Haris yang baru sahaja muncul dari dapur.
Inara terus menegakkan badannya dek kerana terkejut melihat mereka berdua keluar dari arah dapur. Tak mungkin! Tadi tak ada orang!
Aayden terus tertawa sinis melihat wajah gelabah dan cuak Inara apabila melihat kelibat Arash dan Haris. "Inara..Inara, kau silap orang nak game".
Arash mengeluarkan botol racun yang sebenar daripada kocek seluarnya lalu meletakkan dihadapan Inara.
"No! You selongkar beg i ke Arash Fiqri?!" gelabah Inara apabila rancangannya gagal dan lebih parah dia yang diheret masuk kedalam permainan mereka!
"Kau ingat aku ada masa ke nak selongkar beg murah kau tu? Ada seseorang yang bagi benda ni dekat aku" balas Arash sambil tersenyum senget.
Inara sedaya upaya berfikir bagaimana botol racun itu boleh tertukar. Mesti ada orang dalam yang tukar! Sial siapa yang membocorkan rancangannya kepada mereka!
♾️🦋♾️
Ikram yang tidak tahu datang dari mana terus berdehem dan berdiri di sebelah Haris. Dia mengangkat tangan ke arah Inara.
"Hi cik Inara. Kenal saya tak? Takkan tak kenal kan" tegur Ikram. Dia masih belum membuka topeng mukanya.
Berkerut kening Inara mendengar suara lelaki yang bertopeng ini. Kenapa macam pernah dengar? "You siapa hah?"
Ikram terus membuka topeng muka dan tersenyum senget memandang Inara. "Takkan cik Inara tak kenal? Saya kan pembantu peribadi cik Inara"
Inara terus bangun dari duduknya lalu mercerlung tajam ke arah Ikram. "Ikram!! You berkomplot dengan diorang ni ke Ikram?!" jerit Inara.
Ikram tertawa sinis lalu menggosok telinganya. Bingit sial perempuan ni main jerit-jerit pulak.
"Saya tak berkomplot dengan diorang, tapi saya kerja dengan diorang" balas Ikram.
"What?! You kerja apa dengan diorang ni hah?!!"
Aaydan terus menjuling mata ke atas. "Hei perempuan, kau ni tertelan speaker ke terjerit-jerit? Kitorang dekat sini tak ada yang pekak lagi" marahnya.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...