Zyan Rafael masuk semula kedalam rumah neneknya dan menuju kebilik tidur Carl Ayden dan juga Zafran Rafiqie.Ya Carl Ayden dan Zafran Rafiqie duduk satu bilik.Kata Zafran Rafiqie dia takut tidur sorang-sorang dekat kampung,nanti ada hantu.Kepala Hotak Engkau.
Tanpa mengetuk pintu,Zyan Rafael terus menerjah masuk kedalam bilik adik serta sepupuhnya itu.
Melihat dua tubuh tegap itu masih berjaga walaupun sudah larut malam.Kelihatan Zafran Rafiqie sedang baring sambil mengangkat kaki kanannya di rehatkan di atas lutut kirinya manakala Carl Ayden pula baring sambil memeluk bantal sambil fokus pada Zafran Rafiqie yang sibuk bercerita.
"Ayden." Panggil Zyan Rafael mematikan perbualan Zafran Rafiqie dan Carl Ayden.
"Yoo.Asal?"Balas Carl Ayden.Asal muka sepupuhnya ini macam tengah tahan marah jee.
"Kau buat apa dekat isteri aku petang tadi?"
Soal Zyan Rafael sambil menatap tajam wajah sepupuhnya. Manakala Zafran Rafiqie sudah duduk sambil melihat wajah abang dan sepupuhnya yang sudah berbalas pandangan."Apa?aku tak buat apa la?" Balas Carl Ayden tidak faham.
"Habistu ni siapa?siap peluk isteri orang tak tahu malu ke!"
Carl Ayden terus mengambil telefon sepupuhnya dan melihat gambarnya yang terpapar di dalam skrin itu bersama Alya.
'Shit siapa punya kerja ni?'Maki Carl Ayden dalam hati sebelum bersuara.
"Bro.Kau salah faham ni,macam ni aku cerita,aku lalu belakang petang tadi nak pergi tandas tapi aku terserempak dengan isteri kau yang tengah tengok pokok rambutan tu,so aku biar jeelah dua,tapi baru jee aku nak sambung jalan,isteri kau terpijak dahan kayu and hampir jatuh aku pun takkan nak tengok jee kan,aku pergilah tolong dia dari jatuh,bukan peluk sengaja.Aku just tolong jee.Tapi aku tak tahu pula ada babi tengah tangkap gambar kitaorang.Sengajalah tu nak kau marah Liya."Terang Carl Ayden panjang lebar.
Manakala Zyan Rafael sudah mati kata apabila mendengar penjelasan sepupuhnya itu.Rasa bersalah hadir,ternyata isterinya tidak salah.
"Yup betul apa yang Ayden cakap tu.Aku pun nampak tapi aku diam jee.Nana dengan Merah yang tangkap gambar diorang dari belakang pokok." Ucap Zafran Rafiqie pula.
"Asal kau tak percaya isteri kau ke bro?"Soal Carl Ayden.
"Jangan cakap yang kau dah pukul Liya?"Soal Zafran Rafiqie pula.
"Merepak apa kauorang ni?dahlah aku nak pergi tidur." Balas Zyan Rafael pada dua jejaka itu sebelum keluar dari bilik itu menuju kebilik tidurnya.
Masuk sahaja kedalam bilik,matanya tertuju keatas katil,tubuh kecil isterinya tiada di atas katil itu, kemudian dia melihat sekeliling bilik itu sebelum matanya tertumpu pada tepi katil setelah perasan akan tubuh kecil isterinya yang sudah menggigil kesejukkan.
Tanpa berlengah,dia terus mendapatkan tubuh kecil isterinya.
"Qaisara bangun." Dia mengejutkan isterinya dengan menepuk perlahan bahu isterinya.
"Takpe,tuan tidurlah atas katil itu.Saya nak tidur sini." Balas Alya dengan nada perlahan sambil menahan sejuk.Sejujurnya dia takut pada suaminya.Manatahu suaminya masih marahkannya.
"Kau belum tidur?" Soal Zyan Rafael setelah mendengar suara isterinya.
"Nak tidur la ni.Saya minta maaf sebab buat tuan marah."
Zyan Rafael memejam matanya apabila mendengar suara sayu isterinya meminta maaf.
"Jom tidur atas katil,kau tak boleh sejuk ni.Dah menggigil tu badan kau."
"Taknak.Saya nak tidur sini jee,tuan jangan risau saya okey."
"Jangan degil boleh tak. Kau nak aku marah kau lagi ke?" Zyan Rafael bersuara dengan nada tegas.Sengaja biar isterinya takut.
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romance🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...