BAB 13

163 21 0
                                    

Harraz melangkah masuk ke dalam banglo Tan Sri Mizan. Seperti sudah lama dia tidak pulang ke sini. Maklumlah sejak kebelakangan ini Harraz lebih rela memandu jauh untuk pulang ke rumah neneknya di Johor.

"Ehh balik pun anak bertuah ni" Ujar Puan Sri Nabila. Harraz tersengih. Belakang leher diusap.

"Ingatkan nak duduk rumah nenek terus" Perli Puan Sri Nabila. Macam lah dia tak tahu sebab apa anaknya itu bertandang ke rumah ibu bapanya dikampung.

"Boleh ke mi ?" Puan Sri Nabila menjeling anaknya.

"Boleh, pergilah. Dapat juga kamu nak skodeng anak dara orang" Harraz melepaskan tawa mendengarnya.

"Mana ada. Raz balik sana sebab rindu atuk dengan nenek" Harraz memberi alasan. Puan Sri Nabila mencebik.

"Umi ni makan garam dulu baru kamu. Style kamu ni dah tak laku dah. Balik kampung tapi bagi alasan rindu atuk dengan nenek. Eleyh selama ni sebulan sekali je kamu jenguk" Harraz garu kepala mendengarnya. Haishlah umi ni.

"Betul lah"

"Haa betul lah tu" Ujar Puan Sri Nabila. Biskut ditangannya dicecah ke dalam air teh dan disumbat ke mulut.

"Kalau setahun dia dekat situ memang setahun lah kamu berulang alik dari KL ke Johor kan ?" Harraz melepaskan tawa. Tidak habis lagi rupanya.

"Dia ? Dia siapa ?" Harraz sengaja mempersoalkan walaupun dia tahu maksud mamanya itu.

"Ouh buat-buat tak kenal ya ? Tak apa lah kalau tak kenal. Mungkin ada sebab lain lah kot kamu asyik nak balik kampung" Puan Sri Nabila menyambung suapannya. Sedap pula makan biskut kering cicah teh o.

Harraz melangkah merapati Puan Sri Nabila. Mulutnya dinganga luas. Puan Sri Nabila yang faham akan hal itu terus menyumbat biskut ke dalam mulut Harraz.

Selepas itu, Harraz menyambung langkahnya. Puan Sri Nabila geleng kepala melihat telatah anaknya itu.

Harraz rebahkan badan ke atas katil. Selesa ! Fikirannya menerawang. Teringat dengan Sara. Haislah Sara Sajeeda. Harraz meraup wajahnya sebelum bangun dan melangkah ke dalam bilik mandi.

"Suha" Sara menghampiri Nasuha yang sedang sedap baring di atas katil sambil menonton drama. Nasuha hanya bergumam.

"Tadi aku pergi kedai. Aku jumpa lagi dengan Pak Samad" Nasuha terus bangun dari baringnya. Wajah Sara dipandang.

"Apa lagi orang tua tu nak. Aku lah kang kalau dengan orang tua tu. Time ada aku tak ada pula dia nak menyibuk nak menggatal. Aku kalau dapat starlight kepala dia memang puas hati aku !" Geram sungguh Nasuha dengan Pak Samad. Bukan apa, jika apa-apa berlaku yang dipersalahkannya sudah tentulah Sara.

"Entahlah, Suha. Penat dah aku cakap jangan ganggu aku tapi Pak Samad masih nak ganggu aku" Ujar Sara. Dia memang sangat tidak selesa apabila Pak Samad tidak henti-henti ganggunya.

"Orang tua tu memang benak. Makin tua makin benak. Angin betul aku dengan dia. Dah lah mulut bini dia tu macam bontot ayam. Kau tengok lah nanti kalau bini dia tahu pasal ni memang orang pertama yang bini dia cari tu kau" Sudah masak dah satu kampung dengan perangai makcik Senah. Salah sendiri buat-buat tak nampak. Salah orang lain dicanang satu kampung.

"Aku takut lah Suha. Aku takut kalau benda ni sampai dekat telinga Mak Senah" Sara memegang lengan Nasuha. Nasuha melepaskan keluhan.

"Tak apalah. Lepas ni aku teman kau pergi mana-mana. Tak pun kau bagitahu maklong dengan paklong" Cadang Nasuha. Laju kepala Sara geleng.

"Tak nak lah. Aku tak nak risaukan atuk dengan opah. Kesian dorang" Kata Sara. Sudahlah dia sudah membebankan atuk dan opah tak kan lah masalahnya begini pun mahu menarik opah dan atuk sama.

"Ikut kau lah. Kalau kau dah tak tahan kau pergi bagitahu maklong dengan paklong. Aku yakin dorang faham. Lagipun ini bukan salah kau" Kata Nasuha. Kesian pula dia dengan Sara. Satu masalah selesai, datang lagi satu masalah.

Sara diam selepas itu. Ujian apakah akan datang.

Hayla menolak pintu bilik Harraz. Senyuman terukir apabila adiknya itu tidak kunci pintu. Selalu pintu bilik itu dikunci. Perlahan-lahan Hayla menjenguk ke dalam bilik Harraz. Laju tangan Hayla menekan suiz lampu. Sekelip mata bilik Harraz terang berderang.

"Akak !!!" Sakit betul hati dia dengan si kakak. Orang tengah terlelap boleh kacau pula !

Hayla tidak mengendahkan adiknya yang seperti mahu bertukar menjadi ultraman itu. Kakinya melangkah mendekati Harraz yang sedang menimpa lengannya pada mata.

"Ehh budak ! Bila kau balik ?" Harraz berdecit.

"Sibuk lah kau" Jawab Harraz. Matanya masih pejam. Mencuba untuk lelap lagi.

"Kau dah sedap skodeng anak dara orang, lepastu kau balik. Dasar lelaki tak guna !" Mesti umi yang bagitahu Hayla. Kalau tidak bagaimana si Hayla ni boleh tahu !

"Biarlah ! Sibuk lah kau ni. Keluar lah dari sini ! Aku nak tidur !" Geram betul Harraz dengan kakaknya. Memang tak tenang kalau kakaknya ada di rumah.

"Eh dik, kau jangan asyik nak skodeng aja. Lebih baik kau pergi kahwin terus dengan dia daripada dapat dosa skodeng anak dara orang"

"Mana ada aku skodeng ! Merepek lah kau ni!" Jawab Harraz. Daripada mama sehingga ke kakak asyik cakap dia skodeng aja ! Mana ada orang skodeng !

"Alolololo, kau ingat aku tak tahu ke kenapa kau asyik balik rumah nenek. Aku ni walaupun busy tapi aku masih ambil tahu tentang kau tau. Maklumlah kakak yang baik" Sempat Hayla memuji diri sendiri.

"Sibuk lah kau kak. Bla sana. Mana Thaqif ? Outstation ke ?" Soal Harraz.

Ahmad Thaqif, tunang kakaknya. Sesuai lah tu seorang architect, seorang engineer. Pasangan serasi !

"Hmm biasalah. Ada projek baru dekat Sabah" Hayla melepaskan keluhan.

"Projek baru ke girlfriend baru ?" Sengaja Harraz menyakat. Bukan dia tak tahu tunang kakaknya itu seorang yang setia. Sayang betul dia dengan Hayla.

"Kau ni dik!!" Hayla mengambil bantal dan di hempuk ke Harraz. Harraz menghalang wajahnya dengan lengan.

Sempat Hayla campak bantal kecil sebelum melangkah keluar.

Kedegang
Hayla hempas pintu. Harraz melepaskan tawa. Kacau dia lagi. Haa kan dah kena. Dia yakin sebentar lagi pasti kakaknya itu akan call tunang dia tu. Habislah Thaqif kena video call sepanjang dia di sana.

Harraz capai handphonenya di atas meja kecil. Tangannya menekan aplikasi galeri. Senyuman teruki apabila melihat gambar Sara. Gambar yang diambil semasa Sara ralit makan buah strawberry yang dibelinya tempoh hari.

Semakin hari rasa sayangnya terhadap Sara semakin mekar. Selama ini, Harraz menutup rapat pintu hatinya. Hanya nama Sara Sajeeda yang terukir di hatinya.

Antara tujuannya pulang ke kampung pun disebabkan Sara. Hanya Sara Sajeeda dan selamanya Sara Sajeeda.

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now