13- "Good Job, Seroja"

45 8 2
                                    

"MANA nurse saya? Kenapa awak pula yang jadi instructor saya ni?". Pelik Seroja apabila orang yang berada di hujung railing ialah Lais dan bukannya jururawat yang ditugaskan untuk mengawasi sesi hari ini. Berkerut dahi Seroja memandang lelaki itu. Lais pula hanya tersenyum lebar.

"Nurse awak suruh saya yang awasi awak sekejap. Dia kata, mungkin dengan saya, you will show better progress".

"Kenapa pula?".

Lais mengangkat bahunya. Dia pun pelik sebenarnya mengapa jururawat itu meninggalkannya dengan Seroja selepas selesai sesi pertama tadi. Jururawat tersebut menyuruhnya pula untuk membantu Seroja untuk sesi kedua ini. Jangan risau, masih ada doktor yang akan memerhati.

"Come on. Get up and try to walk to me". Lais meluruskan kedua tangannya ke hadapan. Dia menggamit Seroja untuk bangun daripada kerusi roda lalu berjalan sehingga ke hujung railing besi untuk sampai kepadanya.

"Saya tak boleh". Sungguh. Kaki Seroja terasa beku dan keras tidak mahu bergerak. Dia sungguh tak boleh bangun daripada kerusi roda tanpa bantuan si jururawat.

"Awak boleh, Seroja". Lais di hujung sana pula setia memberikan semangat.

"Kaki saya tak boleh bergerak". Adu Seroja seraya kepalanya diangkat untuk memandang Lais. Wajah kesian ditayangkan. Bukan apa, dia mahu meminta tolong Lais untuk bangun sahaja. Nanti untuk berjalan, dia berjalan lah sendiri.

Seroja sedaya upaya untuk menggerakkan kedua kakinya namun keduanya langsung tak teralih. Seminit kemudian, dia kembali duduk bersandar pada kerusi rodanya. Seroja sudah berputus asa.

"Susah lah!". Dia mendengus kasar.

"Okay, okay. Saya tolong awak". Lais lalu berjalan ke arah Seroja. Dia kemudiannya berdiri di sebelah wanita itu sambil lengan kanannya dihulurkan kepada Seroja. Mata Seroja yang seolah tertutup tadi kembali terbuka semula. Pandangannya dihalakan ke tepi dan terlihat lah lengan Lais yang agak sasa itu terhidang buat dirinya.

Cepat-cepat Seroja membuang pandangannya ke arah lain. Pipinya kembali panas. Seroja malu!

"Awak nak saya tolong ke tak ni, Seroja? Kalau tak, saya nak pergi berdiri hujung tu balik". Lais menyoal. Pelik dengan tingkah Seroja yang seolah-olah mahu menyorokkan wajahnya daripada lelaki tersebut.

Seroja tidak menjawab sebaliknya dia cuba untuk bangun sendiri buat kesekian kalinya. Namun, buat kesekian kalinya juga lah Seroja jatuh terduduk di atas kerusi rodanya semula.

"Cahaya Seroja. Nak saya tolong?". Lengan Lais yang dihulurkan tadi masih setia di udara. Tak bergerak langsung. Hanya tunggu untuk disambut oleh tangan Seroja.

Tangan kiri Seroja perlahan-lahan memegang hujung lengan baju polo Lais dengan mengepitnya dengan hujung ibu jari dan jari telunjuknya. Tidak mahu menyentuh kulit lelaki itu. Lais yang perasan akan hal itu hanya melepaskan tawa kecil.

"Kalau tak nak sentuh saya tak apa tapi genggam lengan baju saya tu kuat sikit. Nanti awak jatuh tergolek, kesian dekat awak juga". Lais memberi cadangan hanya untuk mendapatkan jelingan maut daripada Seroja.

Tapi, gadis itu ikutkan sahaja cadangan Lais. Dia masih tidak menyentuh kulit Lais sebaliknya lengan kemeja polo lelaki itu digenggam dengan kesemua jari tangan kirinya.

"Okay... Satu, dua, tiga... Bismillah".

Tepat pada akhir kata basmalah, Seroja mencuba untuk bangun berdiri daripada kerusi rodanya. Walaupun kakinya agak bergetar dan terasa lembik seperti jeli, allhamdulillah kali ini dia berjaya.

"Good job, Seroja". Bisik Lais perlahan sebelum membawa Seroja untuk semakin mendekat dengan palam besi di hadapan mereka. Langkah Seroja masih lagi lemah jadi mereka perlu berjalan secara perlahan-lahan.

🍁

PUAN SUHAILA menyambut anaknya yang baru sahaja pulang daripada sesi terapi itu. Lais juga ada berdiri di hadapan pintu utama bersama Seroja yang duduk di atas kerusi roda di hadapannya.

"Terima kasih, Lais. Tolong hantar pergi balik dan teman Seroja pergi terapi. Ini kalau Lais tak teman, tak pujuk, memang tak nya dia nak pergi ke hospital". Puan Suhaila ketawa bergurau sehabis dia membuka rahsia Seroja di hadapan lelaki itu.

"Mama...". Seroja memberi isyarat kepada Puan Suhaila untuk tidak membocorkan rahsianya dengan lebih lagi. Nanti apa pula Lais akan fikir. Lelaki itu mungkin akan fikir bahawa Seroja menyukainya lebih daripada kawan pula.

"Tak ada apa la, Cik Su. Lagipun Lais hari ni tak kerja. Hujung minggu kan? Ada masa free sikit. Tak tahu nak buat apa". Lais berkata dengan tenang. Dia lebih gemar untuk keluar pada hujung minggu daripada duduk terperuk dalam rumah sahaja sepanjang hari. Ini dapat keluar dengan Seroja lagi lah dia suka. Eh eh...

"Iya, la. Eh ni, Lais. Masuk lah dulu. Cik Su ada masakkan makan tengahari untuk Lais. Mari masuk makan dulu". Ajak Puan Suhaila.

Namun, terpaksa Lais tolak kerana dia sudah ada 'temu janji' bersama ibu angkatnya. Dia diajak pulang untuk makan tengahari bersama keluarga angkatnya. Setiap hujung minggu memang begitu pun. Itu syarat yang ditetapkan oleh Puan Azura untuk Lais keluar pindah daripada rumah keluarga tersebut dulu dan Lais akur. Ha itu saja la aktiviti yang akan Lais lakukan pada hujung minggu jika dia tidak keluar berjalan-jalan.

"Alamak, Lais tak boleh lah Cik Su. Hari Sabtu memang biasanya Lais kena balik rumah ibu lunch dengan keluarga. Lais minta maaf ya, Cik Su". Dengan penuh rasa rendah diri, Lais menolak.

"Iya ke?".

Lais mengangguk.

"Hm, tak apa la kalau macam tu. Kalau ada masa terluang lagi nanti, bagitahu. Cik Su boleh masakkan lagi untuk Lais". Tawar Puan Suhaila.

"Siap, Cik Su!". Lais menabik tangannya seolah-olah dia sedang bercakap dengan kapten pasukan tentera sahaja. Pecah tawa Puan Suhaila dibuatnya. Seroja pula hanya tersenyum. Tak sangka pula dia yang Lais ini lawak orangnya.

"Eh ni, Lais balik dulu lah Cik Su".

"Ha iyalah. Hati-hati memandu. Terima kasih sekali lagi, Lais".

Lais mengangguk lalu dia menunduk sedikit untuk bercakap dengan Seroja.

"Saya balik dulu, Seroja. Good job for today".

"Terima kasih, Lais".

"Sama-sama".

Lais menayangkan senyum manisnya buat kesekian kalinya untuk Puan Suhaila dan Seroja sebelum dia akhirnya berjalan pergi keluar daripada pagar rumah banglo besar itu.

Keretanya dihampiri lalu pintu dibuka dan dia masuk ke dalam perut kereta. Namun sahaja, enjin kereta itu masih tidak dihidupkan. Lais duduk termenung buat seketika. Stereng kereta digenggam lalu dia mengeluh perlahan.

"Bila Syaza dan ayah nak terima abang?". Ya, itu yang dia risaukan.

Setiap minggu apabila dia pulang ke rumah keluarga Puan Azura, pasti ada sahaja kata-kata hinaan yang akan keluar daripada mulut Syaza atau si ayah angkat. Tengok saja la hari itu... Teruk dia dihina oleh adik angkatnya sendiri.

Dan hal itu menjadi salah satu sebab kenapa dia pindah rumah.

Lais mengeluh lagi sebelum mencapai dompet daripada dalam poket seluarnya lalu dibuka olehnya dompet itu. Matanya sekali lagi terarah ke arah ruangan lutsinar di dalam dompet itu.

Lalu Lais tersenyum segaris.

🍁

Salam, duit belum masuk...

CAHAYA SEROJA ||OGWhere stories live. Discover now