Aayden yang baru sahaja sampai di mansion Tuan Nadzir terus memarkir keretanya di garaj. Sapaan daripada pengawal keselamatan rumah juga sudah tidak dihiraukan.Dia melangkah laju masuk kedalam rumah dan berlari naik ke tingkat tiga. Dia terus membuka pintu kamar tanpa mengetuk terlebih dahulu.
Terkejut Camelia yang sedang ralit menonton netflix di televisyen. Camelia mengecilkan mata memandang Aayden yang sedang tersengih di hadapan pintu.
"Aayden Nadhif Bin Nadzir...." meleret suara Camelia memanggil tanda Aayden di dalam bahaya.
Semakin tersengih Aayden mendengar leretan suara Camelia.
"Hehe ye saya Aayden Nadhif Bin Nadzir suami kepada Camelia Razqya Binti Rais" balas Aayden sambil menutup dan mengunci pintu kamar.
"Pesan dekat orang pandai, ketuk pintu dulu sebelum masuk. Tapi tulah, diri sendiri pun tak ketuk pintu. Kalau manja tengah berkemban tadi, macam mana?"
"Kalau manja berkemban, apa lagi? On game jelah hehe" balas Aayden sambil tertawa kecil.
Camelia mengecilkan mata menahan sabar dengan suami yang gatal ni.
Aayden terus naik ke atas dan baring sambil meletakkan kepalanya di atas riba Camelia.
"Alah maaf lah manja, abang teruja sangat nak jumpa manja. Abang rindu tau, rinduuuuu sangat sangat".
Begitu panjang Aayden menyebut perkataan rindu bagi menggambarkan betapa rindunya dia kepada isterinya.
Camelia tersenyum comel melayan perangai mengada dan manja Aayden. Hari-hari beginilah perangai Aayden. Apatah lagi kalau baru pulang dari office, manja tu takboleh dibendung dah.
"Abang, kita baru berpisah sekejap je abang dah rindu? Mengada lah suami manja ni" ujar Camelia sambil mengusap rambut Aayden.
Aayden tersenyum lebar dan memejamkan mata meniknati belaian daripada seorang isteri. Kesukaannya apabila Camelia mengusap rambutnya begini, terasa seperti di awan-awangan.
"Abang ni kan, kalau boleh, pergi office pun nak angkut manja sekali tau. Abang tak nak manja jauh dari pandangan abang" luah Aayden.
"Abang kalau dekat office, selalu tengok gambar manja. Abang rasa lambatnya nak pukul lima petang. Hari-hari abang rasa nak balik awal, kekadang dalam mesyuarat pun abang tak beri tumpuan sangat" sambung Aayden lagi.
Camelia mengemam bibir menahan diri daripanya tersenyum lebar sambil mengusap rambut Aayden.
"Sampai macam tu sekali ke abang angau dengan manja? Hehehe manja pun selalu rindu abang kalau abang dah pergi office, kalau manja tak tahu nak buat apa, manja tidur je tak pun baca novel hehe" luah Camelia juga.
Masing-masing tersenyum bahagia mendengar luahan daripada buah hati pengarang jantung mereka. Ibu, ayah, Camelia bahagia. Camelia jumpa lelaki yang tepat.
Aayden mengiringkan badan menghadap perut Camelia yang semakin memboyot. Dia menyembamkan muka dia perut Camelia sambil mata terpejam.
Camelia yang ralit mengusap kepala Aayden terus menunduk mengintai wajah Aayden apabila tiada balasan daripada suaminya itu.
"Lah abang tidur ke? Penat kita cakap dengan dia tau. Kesian abang penat" Camelia terus membaringkan Aayden dengan betul.
Dia juga membaringkan diri di sebelah Aayden dan menutup lampu kamar dengan alat kawalan jauh. Dia meletakkan kepalanya di bantal kesukaannya, dada Aayden.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romansa[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...