REUNION

3 0 0
                                    

Bab 2

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bab 2

Naili lepaskan nafas berat. Rimas dia sebab hari ini dia kena kerja. Belum siap kerja dia Riftah dah heret dia ke sini. Sebenarnya dia sendiri dah lupa tarikh reunion ni. Tambahan pula dia bukanlah penggemar majlis macam ni, datang sekadar temankan Riftah.

Datang majlis begini bukan untuk bertanya khabar tentang kawan-kawan sebaliknya sibuk menunjukkan kemewahan diri. Ada yang sibuk menayang suami yang kacak, kaya dan yang lagi tak boleh tahan bila suami tu orang mat salleh. Banggalah dapat menayang pada kawan-kawan yang rata-ratanya suami orang Asia.

Jengkel juga dia melihat aksi mereka. Terlalu mencuba untuk nampak lebih berjaya dari orang lain tak kira dari aspek apa pun.

"Rif, you tak nak balik lagi ke?" Tanya Naili.

"Sekejap lagi sayang. You dah bosan ke?" Soal Riftah berbisik.

"Penat." Adu Naili manja.

"Nanti I urut you," tukas Riftah seraya kenyit mata.

Naili jeling manja. "Kalau you yang urut I lagi rela tidur dalam kepenatan." Dia tersenyum manis.

"Hai, Rif." Tegur Gee. Kepada Naili dia layangkan senyum nipis. Sejak tadi dia perhatikan pasangan ini. Puas dia tunggu peluang Riftah sendirian untuk menyapa tapi tipis. Meluat dia melihat keduanya asyik berkepit sahaja. Jadi dia putuskan untuk menegur sahaja.

Naili membalas ala kadar. Orang dah tak sudi nak beramah mesra ingat dia sudi ke? Ingat dia tak perasan ke Gee asyik pandang mereka. Huh! datang tegur selepas putus asa tunggu Riftah sendirian. Perempuan macam Gee, tingkahnya dalam kocek Naili saja.

Riftah angguk sahaja. "You seorang ke?" Tanyanya sekadar berbasa basi. Takkanlah nak tunjuk sombong pula. Jatuhlah maruah Gee nanti. Apa pun mereka masih kawan.

"Ya. Takde teman malam ni."

"Oh."

"You tak menari?" Tanya Gee pula.

Naili yang mendengar tunduk bersama senyum senget. Gelas di tangan diputar-putar. Nada Gee dia tahu gadis itu bukan bertanya tapi mengajak walaupun dalam kontens soalan. Ala, dia dulu pun pernah bersikap seperti Gee bila berdepan dengan lelaki yang pernah jadi crush dalam diam.

"Sekejap lagi I menari dengan Naili." Ucap Riftah lembut.

"I nak menari tapi takde teman." Tukas Gee melirik Naili kemudian memandang Riftah.

See? Bukan ke dia dah kata yang Gee bukan bertanya tapi mengajak Riftah untuk jadi pasangan dia. Pandangan menata pada raut Riftah, dia mahu dengar apa jawapan suaminya. Boleh saja dia masuk campur tapi sengaja dia diamkan diri dan menjadi pemerhati.

RAPUHWhere stories live. Discover now