Duduk menyandar di kepala katil sambil majalah hiburan tu diselak kasar.Sesekali melihat pintu bilik yang bertutup sejak tadi.
Melihat sekilas jam di dinding sudah jam dua belas tengah malam.Jam itu sudah dilihat beberapa puluh kali sejak maghrib tadi.
Lalu mendengus kasar.
"Ada laki pun macam takda." ujar Datin Rubittah geram.
Sejak beberapa hari ini,suaminya Malek itu kerap pulang lewat.Bila di telefon,katanya ada kerja dan jumpa client.
Datin Rubittah cuba tidak berprasangka buruk pada lelaki itu.Sementelah mereka sudah kenal terlalu lama.Sejak dirinya belum bernikah dengan Datuk Baharudin lagi.
Kekasih lama!
Kekasih dulu kala!
Keluhan dilepaskan perlahan-lahan.
Sudah tidak betah menunggu,lalu telefon di tepi katil di ambil.Nombor telefon Malek di dail.Kedengaran bunyi saja lalu terputus.
Beberapa kali di cuba masih sama.
Seketika pintu dikuak dari luar.
"Sorry,I ada kerja dengan client last minute." ujar Malek sambil merungkai tali lehernya.
"I tunggu dari maghrib tadi tau.Call pun tak angkat." balas Datin Rubittah dengan wajah cemberut.
Malek yang mendengar dan melihat Isterinya itu terus menyeluk poket seluar.Telefon diambil.
"Mati laaa darl..Sorry i busy betul sekarang.You tahukan business i down sikit.I tengah cari client baru." ujar Malek mula membuka butang baju kemejanya pula.
Sambil duduk dibirai katil berdekatan dengan Datin Rubittah.
Dah kena pujuk orang tua ni pulak..
Padahal dirinya pun sama tua.tak sedar diri.
"Betul sibuk kerja?." tanya Datin Rubittah perlahan dengan wajah serius.
"Betul,you tak percaya dengan I ke ni?." balas Malek mulai dingin.
Sudah la letih,mahu dilayan perangai wanita itu pula.
"Betul darl.I ada you sorang je dari dulu.I kahwin dengan mummy Mika sebab family i dan you kawin dengan Baha sebab Mas.I bagitahu semula kalau you lupa.I tunggu you lama Ruby." ujar Malek lembut.
Pancing dengan kisah lama pula.
"Ye tahu,sorry sebab fikir bukan-bukan.I risau bila Lya cakap bukan-bukan pasal you." ujar Datin Rubittah serba salah.
"You kena percayakan I dari anak you tu.I yang ada dengan you selalu bukan dia." balas Malek
Mencucuk jarum buatkan wanita itu sangsi dan tidak endah pada anaknya.
"Ye I tahu tu.Dah lewat,pergi la bersihkan diri." ujar Datin Rubittah mengambil kemeja suaminya itu mahu bangun.
"Jom la temankan I." ujar Malek sambil tangan Isterinya itu di tarik sama.
"Dah lewat ni.I tak nak mandi dah you." ujar Datin Rubittah dengan suara meleret.
Gedik.
Malek cuma tersenyum sinis di hadapan sana.
Menarik wanita itu ke bilik mandi.
Tahu cara umpan dan lembutkan hati Datin Rubittah itu cuma guna cara halus begini.
Gasak je la,tua pun duit banyak boleh kikis,kedut nanti tutup mata la malek.
"Kejap je darl,i takut mandi sendiri." ujar Malek.
YOU ARE READING
ILYA UMARA: SEADANYA DIRIMU (C) EDITING
RomanceTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...