Malam itu, Emir dan Sofia bersama kedua anak mereka, Farish dan Irina, menuju ke taman di hadapan bilik mereka untuk menikmati makan malam bersama. Farish dan Irina kelihatan sangat gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama kedua ibu bapa mereka, walaupun Emir dan Sofia sudah bercerai.
Farish melompat-lompat dengan wajah gembira. "Mama! Papa! Farish nak bakar marshmallow nanti, boleh tak?"
Irina tersenyum riang. "Seronoknya family day kita, kan Ayish? Papa, boleh tak nak selalu macam ni?"
Emir tersenyum memandang Irina. "Boleh... Nanti Rin bagitahu aje bila, kat mana, jam berapa? Papa bawa kita semua pergi,"
"Mama pun ikut sama?" soal Irina memandang Sofia.
Sofia tersenyum, tetapi jelas ada kekhuatiran di wajahnya."Ya, sayang. Kalau papa izinkan, mama ikut aje,"
"Rin tak nak bercuti macam ini aje. Rin nak kita tinggal dalam satu rumah. Rin tak nak ada dua rumah," rayu Irina.
"Ya sayang. Nanti kita tinggal sekali dalam satu rumah yang sama ya. Papa janji," Emir mengelus lembut pipi Irina.
"Yay!" Irina dan Farish melompat kegirangan. Sofia mengetap bibirnya mengelak berbicara sesuatu yang akan menyakitkan kedua anak kembarnya.
Sofia mengambil telefon bimbitnya. Nombor kawan-kawannya dihubungi satu -persatu. Semua tidak berjawab. Wajahnya jelas terpancar kerisauan.
Emir cuba menenangkan Sofia. "Semua tengah sibuk kot. Jangan risau sangat, okay?"
Sofia mengeluh perlahan. "Tak akan semua sibuk sampai tak jawab saya call. Saya tak sedap hatilah, Emir,"
"Tak ada apalah, Sofi. Awak fokus aje healing time awak. Kalau ada apa-apa mesti diaorang akan maklumkan kat awak. Jomlah makan," ajak Emir.
Emir meletakkan kain di atas paha kedua orang anaknya sebagai persediaan untuk makan malam. Sebaik saja, makanan diletakkan di atas meja. Emir terus membaca doa makan.
"Mama punya mana?" Sofia memandang Farish yang sedang menyuapkan spaghetti Bolognese di mulutnya.
"Makanan mama kat sini. Tunggu sebentar ya. Nanti chicken chop mama hidup lagi kalau mama yang potong," usik Emir. Farish dan Irina serentak ketawa.
"Awak ingat? Malam kedua kita berkahwin, ayam awak hidup masa awak potong sampai termasuk ayam awak kat pinggan saya?" Emir menjongketkan keningnya.
Sofia memicit dahinya. Senyuman di bibirnya ditahan.
"Mama memang tak reti nak potong apa-apa tahu tak, pa? Hari tu, mama nak potong tembikai pun tembikai lari," tambah Irina.
"Hei! Tak baik Rin gelakkan mama. Rin yang nak makan tembikai tu," Sofia memuncungkan bibirnya berpura-pura merajuk.
"Okay guys. Mama dah nak merajuk dah ni. Jom... Jom...Makan," Emir meletakkan jari telunjuknya di atas bibir.
"Jom makan... Nanti mama marah semua mama suruh tidur," Farish berkata tanpa memandang Sofia.
Irina tergelak kecil. "Mama kalau marah kami, asyik suruh tidur aje pa," Irina berbisik.
Emir ketawa. Dia meletakkan pinggan berisi chicken chop tadi di hadapan Sofia. "Makan sayang, nanti dah sejuk tak sedap,"
Sofia kaku mendengar kata-kata Emir. Emir berdehem seraya menyumbat makanan di dalam mulutnya.
"Papa panggil mama sayang?"Irina tersenyum nakal.
"Taklah, papa panggil Rin dengan Ayish, bukan mama," Irina mengerutkan hidungnya saat jari Sofia menyentuh lembut hidung Irina.
"Dah makanlah,nanti tak sedap kalau dah sejuk,"Sofia menyelitkan rambut Irina di telinga.
YOU ARE READING
Tak kan Pernah Ada
Storie d'amoreSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...