PROLOG

72 8 11
                                    

"Abang," panggil wanita bermata coklat yang kini sedang duduk di atas katil miliknya dan suaminya.

"Ya, sayang... malaikat abang, ada apa?" sahut si suami yang sedang sibuk membutang baju kemeja putih yang khas digunakannya untuk bermesyuarat bersama tanpa menoleh ke arah isterinya.

"Abang..." meleret kali ini panggilan si isteri kepada si suami yang tidak melihatnya.

"Ya, malaikat abang... kenapa, sayang?" Dengan lembut dia menyahut panggilan isterinya kali ini sambil berjalan menuju ke arah katil yang sedang isterinya duduki lalu melabuhkan punggungnya di sebelah isteri.

"Abang kena kerja jugak ke hari ini? Kalau tak kerja hari ini tak boleh? Abang kan bos, ambillah cuti hari ini... teman sayanglah," rayu si isteri dengan mengedipkan kedua matanya  beberapa kali menunggu jawapan yang diharapkannya.

"Abang minta maaf sangat... tak boleh, malaikat abang. Abang kena pergi jugak, hari ini ada mesyuarat penting. Esok abang ambil cuti untuk malaikat abang ni, okey?" pujuk si suami sambil menggenggam kedua tangan si isteri lalu dikucupnya dahi si isteri dengan penuh kasih sayang tanda permintaan maafnya terhadap isterinya.

"Okey, janji?" tanya wanita itu memastikan si suami tidak mempermainkannya.

"Janji, malaikat abang," jawab si suami meyakinkan si
isteri.

Malaikat tak terdugaWhere stories live. Discover now