"Aku dengar ada pengawas baru cikgu lantik. Lelaki kalau tak silap," ujar Ija.
"Mana? Tak ada nampak pun muka baru," kata Lylabella atau nama sebenarnya Nabila Aliya.
"Kejap lagi datanglah tu." Hanni mencelah.
Tidak lama kemudian, Cikgu Hana dan Pengetua Hairi masuk ke dalam bilik mesyuarat itu. Turut mereka lihat seorang pengawas lelaki tinggi lampai bermuka asing di belakang Cikgu Hana.
"Assalamualaikum wbt. Nampaknya semua dah ada ni. Bolehlah kita mulakan mesyuarat bulanan pertama kita?" Tanya Cikgu Hana. Semua pelajar menjawab salam dan mengangguk.
"Cikgu, itu siapa?" Tanya Fahim pula.
"Oh, ini pengawas baru kita. Awak, boleh perkenalkan diri?" Pinta Cikgu Hana.
"Urm... Hi. Saya Natsume Ryder. Kacukan Cina-Jepun. Form 3. Nice to know you guys." Kekok Ryder berbicara.
"Okey Ryder, awak boleh duduk di mana-mana tempat kosong tapi di sebelah lelaki," terang Cikgu Hana. Ryder mengambil tempat di sebelah Rynz.
"Ryder kan? Aku Amirul, boleh panggil Rynz," tegur Rynz.
"Hi."
"Jadi semua dah maklum kan tentang agenda kita hari ni? Ain, Hazrul, mari ke depan," panggil Cikgu Hana. Ain dan Hazrul menurut. Cikgu Hana memberi ruang untuk Hazrul mengetuai.
"Hari ni, kita akan mulakan dengan sedikit perbincangan. Kemudian baru kita buat laporan bulanan okey?" Ujar Hazrul. Semua hanya mengangguk.
"Ain, terangkan perbincangan kita hari ni."
"Okey, Bismillahirrahmanirrahim. Saya rasa semua ingat lagi tentang beberapa gelombang yang saya cadangkan masa mesyuarat agung kita. Sekarang ni, kita akan mulakan gelombang kedua, ketiga dan keempat. Jadi... Lusa hari Jumaat. Tentang tazkirah ringkas tu, ada sesiapa yang volunteer untuk sampaikan?"
"May I?" Ija mengangkat tangan.
"Sure."
"Saya, Zulhijjah Fatimah mencadangkan diri saya sendiri."
"Ada cadangan lain? Jika tidak, pemilihan tamat," soal Ain.
Selepas beberapa saat masih tiada yang membantah, maka tamatlah pemilihan itu.
"Okey! Jadi teks akan diberikan kemudian. Sekarang, tentang gelombang ketiga. Satu je saya nak cakap, jangan takut untuk lawan mereka. Kalau perlu bantuan, senior ada untuk tolong. Kita satu keluarga, dan kita yang perlu menjaga."
"Tapi dik, kalaulah nyawa jadi taruhan..." Seorang senior tingkatan 5 ragu menanyakan.
"Kita ada kita." Hazrul menjawab.
"Percaya dengan kawan kau. Kunci untuk semua rancangan ni adalah kepercayaan. Kau tak percaya sesama pengawas, kau belot, semua benda boleh jadi huru-hara." Tambah Hazrul lagi. Semua diam.
"Okey. Tentang gelombang keempat... Rasanya semua tahu, kan? Sabtu ni, malam majlis persaraan Cikgu Hamid. Tema pula elegant dinner. Daripada tema kita dah boleh agak macam mana pemakaian pelajar malam tu," terang Ain.
"I guess, you wanna change the dress code," teka Pengetua Hairi. Ain tersenyum.
"Kita ubah jadi mudah je. Untuk perempuan, baju mesti labuh hingga buku lali dan tudung wajib pakai bagi yang beragama Islam. Untuk lelaki, baju tak boleh terlalu ketat," ujar Ain. Pengetua Hairi mengangguk.
"Kalau mereka tak patuh, apa nak buat?" Tanya Hanni.
"Jangan benarkan mereka masuk ke dalam dewan. Jaga semua laluan keluar masuk. Tugas kita berat sikit malam tu. Kalau ada yang ambil bahagian pengurusan atau persembahan, beritahu. Yang lain akan tolong cover ," jawab Hazrul. Semua mengangguk.
Pengetua Hairi memandang jam. Nampaknya sudah hampir 1 jam mereka di situ.
"Maaf semua, tapi saya ada meeting dengan penaja majlis dalam 20 minit lagi. Mungkin kita semua dah boleh bersurai. Apa-apa, update atau tanya dalam group. Kalau tidak, tanya kawan. Jangan jadi kera sumbang." Pengetua Hairi bangun dan merapikan pakaiannya. Semua pelajar bangun dan menunduk sedikit tanda hormat.
"Sorry for the wait. Kau betul nak ikut kita orang pergi mall?" Tanya Fahim pada Faleeq sebaik sahaja mereka keluar dari bilik mesyuarat.
"Kalau aku tak nak ikut, aku takkan tunggu," jawab Faleeq tanpa nada.
"Kau orang ni laju betul rapat dengan orang, kan? Semalam Faleeq, hari ni Ryder. Esok siapa pula agaknya?" Ujar Lylabella.
"Lelaki ni nak berkawan senang je. Tak susah macam perempuan." Zik mengangkat bahu.
"Ain mana?" Tanya Aiden. Dari tadi dia mencari kelibat gadis itu.
"Eh, bukan tadi dia belakang kita ke?" Ija memandang Qizz dan Tihah. Tihah menggeleng.
Sementara itu...
"Dia dalam pemerhatian kau orang?"
"Yes young lady."
"Good to hear. Jangan sampai dia terlepas buat onar dekat tempat lain."
"Roger and out, young lady."
Panggilan dimatikan. Gadis itu mengeluh perlahan.
Sudah 5 tahun, keluarganya meninggalkan dunia gelap. Namun tetap masih ada musuh yang memburu.
Dia berjalan tenang menuju ke arah rakan-rakannya. Senyuman lembut menghiasi wajah.
"Kau pergi mana? Kesian BFF kau ni tercari-cari dari tadi." Tegur Ija.
"Sorry. Aku pergi toilet tadi, lepas tu tiba-tiba ada kawan aku call. Terlupa kejap ada kawan lain yang menunggu." Ain memberi isyarat mata pada Aiden. Jejaka itu memahami dan hanya mengangguk.
"Amboi, kau ada kawan lain erk rupanya? Cuba kenalkan." Fatihah memaut bahu Ain.
"Tak payah. Dia tu introvert, waras pun waras lagi. Nanti kenal dengan kau, hancur," ujar Ain.
"Oh ya, Ryder ni kiranya satu batch dengan Aiden, Yaya, Hanni and Qizz lah kan?" Tanya Ija.
"Haah. Faleeq pula satu batch dengan Zik, Fatihah, Fahim and Ain," jawab Rynz.
"Eh, jomlah gerak. Nanti makin lewat, lambat balik. Aku dah lapar ni," ajak Rynz.
"Jom."
Di tempat lain...
"Kau orang takkan terlepas, Mariposa Famille."
P/s: Sorry kalau chapter ni hambar. Author kurang sihat:')
YOU ARE READING
Setalamz : Nanti...
JugendliteraturSiapa saja tidak kenal SMK Tengku Aiden Hanafi? Sekolah yang menempatkan anak-anak orang ternama. Hanya orang istimewa boleh berada di sekolah ini. Pergaduhan menjadi makanan, tumbukan dan sepakan menjadi perbualan, maksiat berleluasa tanpa dihalang...