GET OFF ME

345 18 0
                                    

Author's POV

Suasana laman Hospital Universiti Osaka terasa berbahang.Empat orang lelaki dengan karisma tersendiri saling berbicara.Kadang terdengar lantunan suara tinggi dari mereka.Entah apa yang mereka bicarakan.

Seorang lelaki berjubah putih sedang mencekak pinggang.Seorang lagi lelaki berjaket kulit hitam memicit dahinya.

Dua lagi lelaki yang saling bertentangan berlawanan mata.Kedua duanya mempamer mata berapi.Pasti ledakan Gunung Merapi akan berlangsung sebentar lagi.

Puan Orked Safiya berpeluk tubuh menyaksikan pertelagahan lebih kurang 50 meter dihadapannya.Sesekali matanya menjeling ke arah tubuh yang berada di sebelahnya.Tubuh itu kelihatan gelisah.Dari tadi tangannya digosok, digenggam.Mukanya pula diraup berkali kali.

"Easy Fumiko.Calm down."

Ucap Puan Orked Safiya seraya menggosok bahu wanita berdarah jepun itu.

"I'm worried about them Orked.It was happened because of me.I ruined their genuine friendship.How could I?"

Keluhan Fumiko mendapat gelengan dari Puan Orked Safiya.Pendapatnya Fumiko tidak bersalah 100%.Tidak salah kita berjuang untuk bersama orang yang kita cinta.Cuma kesalahannya dari awal tidak menolak usulan bapanya untuk menjodohkan dia dan Dorin dahulu.

"Relax Fumiko.They're will solve it like an adult.I believe they're getting back together."

Pujuk Puan Orked lagi.Sedang leka memerhatikan figura 4 lelaki di taman kecil telinganya disapa dengan gelak ketawa halus sambil berbicara dalam bahasa Jepun.Pasti orang awam yang melalui jalan ditaman.Puan Orked Safiya memusingkan badan seketika kemudian melontarkan senyum manisnya buat gadis gadis muda.

"Eyes on the road ladies.Dont make me go there and gouge out each of your eyeballs"

Seru Fumiko dengan nada suara penuh amaran.Puan Orked Safiya membekukan dirinya.Sungguhpun amaran itu buat gadis gadis yang melintas dibelakang tempat duduk mereka dia tetap merasa gerun. Matanya menangkap gadis gadis muda yang tergopoh gapah berjalan memasuki ruang utama hospital.

Pasti ada perkara yang dibualkan yang memancing amaran Fumiko sebentar tadi.

"What did they say Fumiko?"

Tanya Puan Orked Safiya ingin tahu.

"They wanted to flirt with our man Orked.Assholes.Today's generation addiction with men way older than themselves."

Puan Orked Safiya menegakkan duduknya.Jika dia faham bahasa yang dituturkan tadi pasti dirinya orang pertama yang mencepuk mulut mulut gadis itu tadi.

"Bukkkk!! "

Bunyi yang agak kuat membuatkan Puan Orked Safiya dan Fumiko menghalakan pandangan ke arah 4 lelaki di tengah taman.

"Juevenos!!!!"

Fumiko bingkas bangkit dari duduknya.Puan Orked Safiya menarik pantas pergelangan tangan Fumiko.Padanya biarlah lelaki lelaki itu menyelesaikan permasalahan mereka dengan cara tersendiri.Lagipun mereka sudah matang.

Kelihatan Doktor Akira Kobayashi membantu Juevenos untuk bangun semula.Tuan Raess pula sakan menenangkan Dorin yang seakan akan mahu membunuh lelaki itu Kakinya menendang nendang udara.

"Woooo I wasnt expecting this.Calm down Fumiko.Dorin wont kill him.Let us sit enjoy this evening drama no?"

Usulan dari Puan Orked Safiya mengundang sekali lagi keluhan dari Fumiko.Belas dia terhadap suaminya.Punya payah dia memujuk Juevenos untuk ke Osaka ini.Takkan pula mereka mahu pulang ke Romania dengan dendam yang masih bersisa?

FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )Where stories live. Discover now