[WRITTEN ON 17 MARCH 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
AMARA BERKURUNG DALAM biliknya seharian selepas Qaiser memutuskan pertunangan mereka. Impiannya sejak kecil itu hancur sekelip mata. Amara berbaring sambil menangis di atas katilnya. Di sekelilingnya ada gambarnya bersama Qaiser sejak kecil sampai sekarang.
Dalam gambar itu penuh kenangan yang indah dalam hidupnya. Amara tidak menyangka cintanya bersama Qaiser terputus begitu saja. Sukar untuk dia terima takdir yang sudah ditentukan untuknya itu.
Amara bersedih dengan keputusan Qaiser, namun, dalam masa yang sama dia masih tidak puas hati dengan keputusan Qaiser yang merahsiakan siapa perempuan yang telah menghancurkan impiannya. Amara berjanji akan mencari siapa punca hubungannya bersama Qaiser retak.
Di luar pintu biliknya pula ada Puan Halimah yang merisaukan keadaan puteri bongsunya itu. Sudah semalaman Amara berkurung di dalam bilik, tidak makan dan tidak minum. Puan Halimah tidak faham apa yang berlaku pada Amara.
Sudah berkali-kali dia ketuk dan meminta Amara keluar tetapi semuanya sia-sia. Akhirnya, Puan Halimah menelefon anak sulungnya, Muhammad Amirul untuk memujuk Amara keluar.
Amirul adalah abang kepada Amara dan merupakan ketua keluarga setelah walid meninggal dunia. Sejak arwah walid mereka meninggal, Amara minta kasih sayang seorang ayah daripada Amirul. Mereka terlalu rapat.
Amirul memujuk Amara untuk berterus terang tentang masalahnya, beberapa jam memujuk, akhirnya Amara membuka pintu biliknya dan memeluk Amirul dengan erat.
"He broke off the engagement." Rintih Amara dengan perasaan yang hancur. Wajahnya merah, matanya bengkak kerana terlalu banyak menangis. Amirul mengeluh kecil, dia membalas pelukan adiknya itu dan memujuk lembut.
"It's okay," Pujuk Amirul dengan lembut, daring jauh Puan Halimah memandang dua beradik itu dengan rasa sayu. Dia terkejut dan tidak menyangka Qaiser akan memutuskan pertunangan itu. Setahunya, hubungan Qaiser dan Amara sungguh rapat dan mereka tidak dapat dipisahkan.
Dia juga tidak menerima apa-apa panggilan daripada Datin Faridah tentang putus tunang itu.
"It's not okay, abang. I love him so bad. Kenapa dia sanggup buat Mara macam ni? Apa kurangnya Mara?" Teresak-esak Amara melepaskan tangisannya. Amirul diam sahaja menunggu adiknya itu bertenang semula.
Puan Halimah pula berlalu ke biliknya untuk menelefon Datin Faridah dan bertanya tentang putus tunang itu.
Beberapa minit kemudian, esakan Amara berkurangan. Sudah basah baju Amirul dek air mata Amara itu. Diusap kepala Amara usai melepaskan pelukan itu. Amara kelihatan lebih tenang selepas menghamburkan semua tangisannya.
"Mara masih ingat pesan arwah walid?" Soal Amirul dengan lembut sambil mengesat air mata di pipi adiknya itu. Amara membalas pandangan abangnya dengan riak keliru.
"Put Allah first. Jangan terlalu sayangkan manusia sehingga lupa sayang pada Allah. No matter what, always put Allah first, Mara. Hanya dengan cara itu, rasa kekecewaan yang ada dalam hati Mara boleh berkurang dan hilang." Amara memejam matanya, nasihat itu berkali-kali disebut oleh arwah walidnya sebelum meninggal dunia.
Amara mengetap bibirnya dengan rapat, sungguh dia terlalu berharap untuk hidup bersama Qaiser, sehingga terlupa nasihat berharga daripada arwah walidnya.
"Sudahlah, jangan sedih-sedih lagi. Jika ini yang telah diaturkan oleh Allah, Mara kena kuat terima semuanya. Ini ujian untuk Mara. Dan Allah tidak akan uji hamba-Nya lebih dari kemampuannya." Amirul memberi nasihat lagi, Amara mengangguk kecil, masih tersisa air matanya di pipi itu.
YOU ARE READING
JEJAKA NERD [ONHOLD]
RomansaSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...