Bab 25

120 8 0
                                    

"HAPPY birthday, sayang abang." Ucap Khalish sebaik sahaja dia turun dari tingkat atas, menuju ke arah si isteri yang sedang giat menyiapkan nasi goreng. Ciuman dilabuhkan sekilas di kedua-dua pipi gebu milik Haania membuatkan wanita itu tersenyum lebar.

"Terima kasih..." balas Haania.

"Jom pergi dating." Tanpa sebarang mukadimah, laju Khalish menyatakan hasratnya.

"Eh, tak kerja?" Dia memanglah tidak kerja hari ini kerana hari Sabtu tetapi Khalish lainlah pula ceritanya.

"Tak, cuti."

"Sebab?"

"Sebab nak sambut birthday sayang lah. Ha, sweet tak abang sanggup ambil cuti sebab nak sambut birthday Nia?" Kedua-dua kening dinaikkan. Muka memang nampak bangga betul dengan tindakannya itu.

Haania julingkan bebola matanya ke atas. "Mentang-mentanglah papa yang bos..." Sepinggan nasi goreng telur diletakkan tepat di hadapan Khalish. Semenjak berkahwin dengan Khalish, memang sarapan perlu ada untuk lelaki ini menjamu selera kerana Khalish sangat pentingkan sarapan. Berbeza betul dengan dia kerana dia memang jarang bersarapan dulu. Kalau rasa nak makan, makanlah. Kalau tak nak, memang tidaklah dia nak masak. Paling kurang kalau dia nak makan pun sekadar beli roti sahaja.

"Eh, itu pun setelah kena bagi sepuluh alasan baru lulus cuti tau. Papa boleh tahan strict juga. Lagipun ada Hadeef tolong coverkan. Dia kan sahabat sejati, sahabat organik terbaik abang." Sempat lagi Khalish berlelucon membuatkan Haania hanya mampu menggelengkan sahaja kepalanya.

"Ya lah. Harapnya sahabat organik abang tu rela lah ya nak cover untuk abang." Kini, dia mengambil tempat berhadapan dengan Khalish sebelum satu suapan nasi goreng masuk ke dalam mulut.

"Kalau dia tak rela, putus ajelah kawan. Biar lonely hidup dia. Dah kena putus kawan, tak kahwin lagi pula tu. Ish, ish, kesian."

Kadang-kadang Haania merasakan yang berada di hadapannya ini seperti kanak-kanak yang sedang berkawan. Kelakar betul bila tengok cara Khalish dan Hadeef ini.

"Tapi seriously, let's go on a date. Abang ada tempat menarik.

"Dekat mana?"

"Penang." Khalish mengernyih, manakala mata Haania pula sudah terbuntang luas. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

"Hah?"

***

SETELAH hampir tiga jam perjalanan, mereka akhirnya tiba ke destinasi. Haania pula sudah tentu tidak tahu mereka berada di mana sekarang. Yang dia tahu sekarang ada di Pulau Pinang, mengikut sahaja ke mana Khalish mengheretnya pada hari ulang tahun kelahirannya ini.

"Our first date today will be cycling date! Let's go!" Belum sempat Haania memberikan balasan, tangannya ditarik, membuatkan dia terpaksa mengikut rentak kaki lelaki tersebut.

Sampai sahaja ke satu tempat, terdapat deretan basikal beroda dua berwarna biru. Dilihat sahaja Khalish melakukan sesuatu di situ sebelum dua buah basikal kini terletak di hadapannya.

"Let's go sightseeing of this place while riding this bike. Dah lama abang nak buat macam ni dengan sayang tapi tak berkesempatan pula."

"Tapi kan abang..." Puncak hidungnya digaru apabila melihat basikal tersebut.

"Tapi apa?"

"Nia tak berapa cekap sangat naik basikal. Pernah naik dua kali aje lepas tu tak naik dah. Tak tahulah boleh bawa ke tak..." Kali terakhir dia menunggang basikal adalah pada umur sepuluh tahun. Itu pun sebab naik basikal kawan ketika sekolah rendah. Selepas itu, memang tak naik dah.

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now