bab 1

3 0 0
                                    


pada malam itu hujan seperti mahu turun. Angin kencang meniup pokok-pokok yang berada disekitar Hospital Amanjaya. Di sebuah bilik di dalam hospital ada seorang lelaki yang bernama Adrian yang sudah lama koma. Tidurnya itu sudah terlalu lama, sejak dari dia lahir lagi. tubuh dia kini sudah membesar. Pada saat itu beliau sudah berumur 15 tahun cukup dewasa untuk menentukan perkara baik dan buruk dalam kehidupan. 

Namun dia tidak pernah lagi merasakan semua itu. Beliau masih belum lagi memulakan langkah di dunia ini. Masih lagi tidak merasai kesusahan dalam kehidupan yang penuh dengan dugaan yang berat hendak dipikul. 

hujan mula turun, kedengaran air hujan menitik dipermukaan jalan berserta kilat turut sabung menyambung. Di dalam bilik Adrian tingkap tidak di tutup. Kelihatan langsir pada tingkap itu melambai-lambai ditiup angin berserta air hujan masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba datang seorang jururawat menutup tingkap tersebut. Selesai menutup tingkap dia melihat wajah Adrian yang sedang koma  disinari oleh lampu tidur kecil yang ada sebelah katil. Di dalam hatinya timbul rasa bertuah pada Adrian kerana beliau tidak perlu merasai yang semakin meruncing di dunia ini. "pasti dia sedang gembira di dalam dunianya sendiri. Pasti dunia dia lebih indah dari dunia sebenar" kata jururawat itu di dalam hati. 

tiba-tiba kilat yang kuat menyambar masuk ke dalam bilik Adrian dan kemudian menyambar beliau. Kilat yang kuat itu menyebabkan jururawat tersebut melambung ke arah dinding menyebabkan beliau pengsan. suasana bertukar kecoh, lampu merah dinyalakan bunyi alarm kedengaran diseluruh pelusuk hospital. 

Adrian yang koma selama 15 tahun telah sedar kembali. Namun beliau berada dalam keadaan berbeza. Badannya dipenuhi cahaya elektrik beliau terapung beberapa meter dari katil hospital. pintu bilik Adrian di tendang. kelihatan sekumpulan tentera berpakaian tentera lengkap bersenjata kemudian terus melepaskan tembakan peluru khas namun medan tenaga yang mengelilingi Adrian menghalang peluru tersebut untuk mengenai badannya. Adrian memalingkan mukanya kearah mereka lalu menghayunkan tangannya ke kiri dan ke kanan, menyebabkan sekumpulan askar tersebut terhumban ke arah dinding bilik itu. 

tiba-tiba masuk seorang lelaki yang berpakaian seperti seorang doktor. Dia melihat keadaan bilik berkenaan berada dalam keadaan yang sangat teruk. 

"Adrian bertenang" kata lelaki itu. beliau bergerak perlahan-lahan ke arah Adrian. tangan kanannya disorok dibelakang badannya. kelihatan dia sedang memegang sejenis pistol penenang. 

"mungkin Adrian tak kenal saya tapi Adrian adalah anak ayah" 

Adrian memandang lelaki tersebut lalu menurunkan medan tenaga yang mengelilinginya. Peluang itu serta merta diambil oleh lelaki itu kemudian terus menembak ubat penenang tepat terkena tangan kiri Adrian. tembakkan itu menyebabkan kesedarannya menjadi kabur. Namun dengan tekad yang ada dalam hatinya Adrian melepaskan medan kuasa sekuat hatinya . mengeluarkan cahaya yang amat terang. 

"sebelum aku menghilang, suatu hari nanti aku akan kembali dan memusnahkan segala kejahatan yang telah kamu semua lakukan dan memperbetulkan kembali kesalahan-kesalahan kamu"  kata Adrian kepada lelaki itu sebelum medan tenaga itu meletupkan bilik berkenaan menyebabkan dinding serta bumbung hospital itu hancur berkecai. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

POLARISASIWhere stories live. Discover now