I

4 2 0
                                    

Sekolah Tinggi Weonchon,

Aku berjalan bersendirian memasuki kelas. Aku anak yatim piatu. Aku tinggal bersama nenek dan atok aku di kawasan pedalaman Jeju. Aku fans kepada satu kumpulan lelaki terkenal di Korea dan seluruh negara, Seventeen. Mereka sentiasa mengubati hati aku yang sedang berduka.

Skip

Aku duduk di tempat aku seperti biasa. Aku tak ada kawan semeja. Mereka semua menjauhi aku. Mereka kadang-kadang hanya berpura-pura dekat untuk meniru jawapan kerja sekolah.

"Ya! Jeon Rina. Semalam kau pergi mana? Penat taw aku tunggu dekat padang sekolah." Tanya Euiseo. Dia adalah orang yang sering membuli aku di sekolah ini.

"A... Ku... lupa." Jawab aku. Aku menundukkan kepala.

"Kau tahu tak penat aku tunggu? Kau pergi belikan aku roti kat kantin. Sekarang!" Euiseo menunjal kepala aku dan ingin berlalu ke mejanya.

Aku memegang lengan Euiseo.

"Du... Duit?" Tanya aku berani.

"Guna duit kau. Sebab kau buat aku tunggu lama semalam." Jawab Euiseo. Dia menepis tangan aku dan berlalu kemejanya.

Aku memandang poket kemeja sekolah ku. Aku tidak mempunyai duit. Aku berjalan lemah ke kantin sekolah.

"Puan Seo. Roti kacang merah berapa?" Tanya aku. Aku melihat duit yang berada ditangan aku.

Aku memiliki tabung didalam loker.

"₩1000" Jawab Puan Seo. Dia mendekati aku.

Puan Seo menghulurkan 3 keping roti dan 1 kotak susu pisang.

"Saya takde duit banyak ni Puan Seo. Saya nak satu keping roti je." Aku menolak pemberian itu.

"Takpe ahjumma belanja. Jangan panggil ahjumma Puan Seo. Panggil ahjumma je." Puan Seo menepuk-nepuk lembut belakang tapak tangan aku.

Aku tersenyum kecil.

"Terima kasih ahjumma." Aku menundukkan kepala tanda hormat.

Aku berlalu menuju ke kelas. Aku sempat menyorakkan 2 keping roti dan susu pisang didalam loker aku. Buat makan tengah hari nanti.

Aku menghulurkan roti kepada Euiseo.

"Sekeping je? Habistu kiteorang ni tak payah makan ke?" Herdik Hana. Belum sempat dia ingin membuli aku, Puan Dami memasuki kelas.

Aku kembali ke tempat aku.

"Semua sila ke dewan tertutup Daesang." Arah Puan Dami.

Semua pelajar kelas 5-1 tertanya-tanya dan berjalan secara berbaris ke dewan Daesang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Guardian | 13 AngelsWhere stories live. Discover now