Prolog

129 12 0
                                    

Pintu yang diketuk sebanyak tiga kali itu menarik perhatian Kevin yang sedang membalut tangannya yang terluka.

"Apa kau nak?" Tanya Kevin mendatar apabila melihat sosok sahabatnya yang sedang berdiri dihadapan pintu.

Wifa Kasela tidak berkata apa-apa malah hanya merenung lama ke dalam anak mata ungu milik Kevin.

"Asal kau pandang aku macam tu?" Tanya Kevin lagi.

"Aku nak kau putus dengan Xaviera" Membulat mata Kevin mendengar kata-kata Wifa.

"What? No!" Bantah Kevin laju.

"Please. Aku tak suka tengok kawan aku dipermainkan" Kata Wifa sebelum melangkah perlahan-lahan ke arah Kevin.

"Dipermainkan? Apa maksud kau?" Kevin mengerutkan dahinya. Tak faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh Wifa.

"Dia curang Kev, dia curang dengan abang kau sendiri" Kata Wifa. Kevin terkedu.

"Tak! Dia kata dia sayangkan aku, Fa! K-kau sengaja kan nak permainkan aku?" Kevin memandang lama ke arah Wifa namun melihat sahaja muka tegang Wifa, dia sudah dapat meneka jawapan dari soalannya tadi.

"Aku boleh bagi bukti yang aku tak tipu" Wifa terus mengambil telefonnya yang berada di dalam poket. Telefon itu ditekan-tekan seperti sedang mencari sesuatu.

"Nah, tengok ni" Wifa menghulurkan telefon itu kepada Kevin. Kevin terdiam lama sebelum perlahan-lahan mengambil telefon itu. Dia terkedu apabila melihat gambar Xaviera yang sedang berpelukan dengan Kenzo, abang kandungnya sendiri.

"What an unexpected betray.." Gumam Kevin perlahan.

"Aku nak keluar kejap" Kata Kevin sebelum kunci Lamborghini Aventador miliknya diambil.  Dia terus melangkah keluar dari bilik.

"Wait, kau nak pergi mana senah!?" Wifa terus mengejar langkah Kevin.

"Satu tempat. Kau tunggu kat rumah ya?" Kata Kevin sebelum pipi Wifa dicubitnya kuat.

"Eh sakitlah! Janganlah cubit pipi aku!" Tangan Kevin yang berada dipipinya terus ditepis kasar.

"Aku gerak dulu, selamat malam Fafa" Kata Kevin sebelum terus melangkah keluar.

"Selamat malam jugak" Jawab Wifa perlahan sambil merenung kosong kepergian Kevin. Mana lah mamat tu nak pergi.

***

Sampai sahaja di satu taman, Kevin memandang kosong ke arah Xaviera dan Kenzo yang sedang berjalan berpegangan tangan. Tanpa membuang masa, Kevin terus melangkah ke arah teman wanita dan abangnya itu.

"Viera" Panggil Kevin. Xaviera yang mendengar namanya dipanggil terus saja menoleh ke belakang. Terkedu dia apabila melihat Kevin yang sedang berdiri sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"K-kevin.." Xaviera Arayna terdiam sebelum memandang lama ke arah Kevin. Tangan yang berbalut-balut itu menambahkan lagi rasa bersalahnya.

"Jadi betullah apa yang Wifa cakap, hm? Kau curang dengan abang aku sendiri?" Kata Kevin dengan nada tertahan. Makin sakit hatinya apabila melihat Xaviera yang masih berpegangan tangan dengan abang kandungnya.

"Ya dia suka aku, kau nak tahu kenapa? Sebab aku lagi handsome dan tak pentingkan kerja macam kau" Sampuk Kenzo selamba apabila melihat Xaviera yang seakan-akan terkunci mulutnya untuk berbicara.

"Aku balik dari Itali nak buat surprise untuk kau, rupa-rupanya aku yang kena surprise" Kata Kevin sebelum tersenyum tawar.

"Kevin Anggara! I-ini tak macam yang awak fi-"

"You know what? I am loyal to you.. Aku percayakan kau lebih daripada aku percayakan diri aku sendiri. So loyal to you that i'm betray myself" Laju Kevin memotong dengan suara yang diperlahankan namun masih dapat didengari oleh Xaviera dan Kenzo.

"S-saya" Xaviera terdiam.

"Kau bahagia dengan abang aku? Ok, pergilah" Kata Kevin. Sedaya upaya dia menahan agar air matanya tidak keluar.

"Kau tahu kenapa aku benci dengan perempuan. I put my trust in you. But in the end, kau sama je macam perempuan lain."

"I'm sorry. Forgive me.." Kata Xaviera perlahan.

"I hate you, Xaviera" Kata Kevin sebelum terus melangkah pergi. Xaviera yang ingin mengejar Kevin terus terhenti pergerakkannya apabila dihalang oleh Kenzo.

"Just let he go. Awak cintakan saya kan?" Tanya Kenzo kepada Xaviera. Lama Xaviera terdiam sebelum akhirnya mengangguk perlahan.

'Aku.. aku dah sakitkan hati dia ke?' Kata Xaviera di dalam hati sambil memandang ke arah Kevin yang sudah semakin jauh dari mereka.

'I'm sorry. Trust me, i will come back to you one day.' Xaviera terus menarik tangan Kenzo untuk melangkah pergi dari taman itu.

Thanks for reading 🍃^^
Maaf kalau ada kesalahan ejaan...

Kevin Anggara [ On Going ]Where stories live. Discover now