Bab 26

93 6 0
                                    

"PENGANTIN baru, datang sini sekejap boleh?" Siapa lagi pengantin baru itu jikalau bukan Haania Aylin? Entah mengapa semenjak dia berkahwin, panggilan itu pula melekat. Kata mereka seri wajah sebagai pengantin baru itu memang naik benar, disebabkan itulah mereka gemar menggunakan panggilan tersebut.

"Maaf, akak nak minta tolong. Anak akak masuk hsopital sebab demam panas. Akak kena balik awal jaga dia. Boleh tak Nia ambil alih kejap tugas akak untuk preparation hari merentas desa kita nanti? Nanti akak belanja Nia makan. Don't worry akak memang dah letakkan memo pad siap-siap dah untuk belanja Nia makan." Memo pad berwarna kuning yang elok tertampal pada meja ditunjukkan. Mahu membuktikan bahawa dia memang betul-betul lakukannya.

"Boleh aje akak. Lagipun Nia tak ada benda pun nak kena buat. Nia kena buat apa ni?"

"Yang itu, nanti Adhwa bagitahu. Akak sepatutnya buat dengan Adhwa. Dia dah tunggu dekat dewan terbuka. Akak dah bagitahu yang Nia gantikan akak. Sekali lagi akak minta maaf sangat-sangat. Terima kasih ya, Nia." Bahu kanan Haania disentuh lembut lantas wanita itu terus bergerak keluar dari bilik guru.

Haania mula mencari kelibat guru lelaki tersebut di dewan yang dinyatakan. Sebaik sahaja kornea matanya dipenuhi dengan susuk tubuh Adhwa, dia meluru ke arah jejaka tersebut yang sedang menunduk bermain telefon pintar.

"Adhwa," panggilnya ringkas dan Adhwa yang mendengar namanya diseru terus mengangkat kepalanya.

"Lama ke awak tunggu?" tanya Haania lagi.

"Tak pun. Jomlah." Adhwa angkat punggung, mula mendahului langkah dan diikuti oleh Haania dari belakang. Setibanya di stor, pelbagai barangan yang diperlukan untuk hari merentas desa itu dibawa keluar.

"Awak bawa yang ini aje. Meja ni biar saya angkat." Bakul yang berisi pelbagai bendera kecil yang berwarna berserta alat-alatan lain kini sudah selamat berada di dalam tangannya. Diikuti pula langkah lelaki tersebut menuju ke padang.

"Mesti awak tengah bahagia sangat sekarang." Teguran Adhwa itu membuatkan Haania tersentak.

"Maksud awak?"

"Muka awak nampak glow. Entahlah. Itu yang saya rasa. Itu maksudnya you have found the right man that can treat you well. Saya dengar dia adik cikgu Khairina kan?" Sewaktu majlis perkahwinan Haania berlangsung, dia ada dijemput namun atas beberapa sebab, dia tidak dapat menghadiri jemputan tersebut.

Haania sekadar mengangguk.

"Jumpa mana? Cikgu Khairina jadi cupid awak ke?" Adhwa berlelucon. Sekadar mahu menghidupkan suasana.

"Jumpa time family day yang sekolah ni buat awal tahun dulu. Quite a bold move that he made though dulu." Rasa ketawa pula apabila mengimbas kembali detik-detik pertemuan dia dan Khalish dulu. Memang lelaki itu tidak mengenal erti putus asa walaupun dia hanya berikan layanan acuh tak acuh sahaja.

"Awak pula tak nak nampak glow juga ke? Bila nak kahwin?" Haania mula masuk mod mengusik. Sekali-sekala jadi makcik bawang. Soalan Haania mengundang tawa pada bibir Adhwa.

"Susah soalan macam ni. Itu kena tanya akak saya dululah."

"Akak awak? Kenapa dengan akak awak?"

"Dia pernah bagi warning dekat saya yang saya tak boleh kahwin selagi dia tak kahwin dulu. Tak nak saya langkah bendul katanya. Haih, kemain bagi warning tapi diri sendiri calon macam tak ada. Kalau Nia nak tahu, akak saya tu memilih juga. Nak yang itulah, nak yang inilah. Ada yang nak dekat dia, pakej semua elok dia reject. Tak tahulah apa yang dicarinya. Memang kalau macam ini, lambat lagilah saya nak berbini." Kepala digelengkan apabila memikirkan karenah si kakak sulung. Geram dia jadinya! Memilih sangat!

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now