Uwaiz mengambil tempat di kerusinya yang berhadapan dengan Haris. Dia mengeluarkan dua fail dan meletakkan di atas meja.Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya.
"Okay, mana yang kau nak tahu dulu? Fail yang aku tak sengaja jumpa atau keputusan ujian DNA?" soal Uwaiz.
Haris mengerutkan kening ke arah Uwaiz. "Aku nak tahu keputusan ujian DNA tu dulu" balas Haris.
Uwaiz mengangguk dan membuka fail keputusan ujian DNA Haris. Dia memegang kertas keputusan itu lalu memandang Haris.
"Sebelum tu, aku nak bagitahu dulu, keputusan ni hanya akan memberi jawapan siapa ibu kandung kau yang sebenar berdasarkan sampel darah yang kau bagi dekat pihak hospital"
Jelas Uwaiz kepada Haris berkaitan keputusan ujian DNA yang dilakukan. Haris hanya mengangguk sahaja lalu menggenggam jari jemarinya menahan debar.
Uwaiz menolak kertas keputusan ujian DNA itu ke arah Haris. "Ni keputusan ujian DNA kau, nama ibu kandung kau ialah Kaira binti Kamil" jelas Uwaiz.
Haris terus mengambil kertas itu dan menilik keputusan ujian itu. Kaira binti Kamil?
Dia terus memandang Uwaiz dengan wajah yang berkerut. "Ini je ke maklumat pasal ibu kandung aku? Macam mana aku nak cari Kaira binti Kamil ni?" soal Haris.
"Kau kena tengok dulu fail yang tak sengaja jumpa ni, aku sendiri tak tahu sama ada semua ni kebetulan atau apa" balas Uwaiz.
Haris terus merampas fail di tangan Uwaiz dan membuka. Terkebil-kebil matanya memandang isi dalam fail itu. Bahasa apa ni? Ini ke bahasa doktor?.
"Apa benda ni? Sepatah apa pun aku takfaham, yang aku nampak nama Kaira binti Kamil dengan Rais bin Abdullah. Itu je"
Dia mengembalikan fail itu kepada Uwaiz. Tersengih dia apabila Uwaiz menjeling tajam. Hehehe kita excited sangat tadi.
Uwaiz terus mengambil kembali, itulah tak menyabar sangat. Ada yang kena cucuk dengan jarum karang.
"Yang kau baca bahagian hadapan tu kenapa? Memang lah kau tak faham, bukak la muka surat kedua ni ish" geram hati Uwaiz .
"Ini butiran berkaitan kemalangan maut 10 tahun lalu yang berlaku pada tanggal 16 januari 2014. Kemalangan maut ini melibatkan sebuah kereta iaitu Toyota Vios dan sebuah lori"
"Berdasarkan bukti kad pengenalan yang pasukan penyelamat temui, yang maut dalam kemalangan ini ialah Mahmud bin Yusoff, Kaira binti Kamil dan Rais bin Abdullah" jelas Uwaiz sambil memandang tepat ke arah Haris.
Terbangun Haris dari duduk apabila nama ibu dan bapa kandungnya tersenarai dalam mangsa yang maut dalam kemalangan itu.
"No way Uwaiz! Aku belum sempat jumpa diorang" berair mata Haris saat ini.
Uwaiz menarik nafas sedalam-dalamnya dan terus memandang Haris. "Sabar Ris, aku tahu kau sedih tapi kau kena terima kenyataan ni" pujuk Uwaiz.
Sedang Haris melayan perasaan sedih, dia terfikir sesuatu. "Kereta mangsa meletup sebelum sempat mangsa diselamatkan betul?" soal Haris.
Uwaiz mengangguk menjawab soalan Haris. "Betul, dan dalam fail ni menyatakan yang pasangan ini masih ada seorang anak gadis yang selamat daripada kemalangan itu"
Terhenti pergerakkan Haris apabila teringat sesuatu. "Maksud kau, budak perempuan yang selamat tu adik aku? Tapi macam mana fail ni boleh ada dekat hospital? Bukan sepatutnya ada dekat pihak polis ke?"
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...