Bab 27

97 6 0
                                    

"IBU!" Tubuh wanita tua itu terus dipeluk erat saat susuk tubuh Puan Hamidah memenuhi kornea matanya. Seperti kebiasaan, hari ini Rumah Cahaya mengadakan hari gotong royong dan dia dan Khalish sudah tentu datang untuk membanting tulang.

"Rindunya Nia dekat ibu..." Memang semenjak dia mendirikan rumah tangga, dia tidak pulang lagi ke sini membuatkan rasa bersalah menimbun.

"Itulah Nia, lama sangat tak jenguk kitorang dekat sini. Budak-budak asyik tanya mana Kak Nia diorang..." Pelukan dileraikan. Sengaja berkata sebegitu. Sekadar mahu menghidupkan suasana.

"Maaf, ibu. Lepas ni Nia cuba datang sini macam selalu..."

"Ibu gurau ajelah. Nak datang selalu tu boleh tapi itu hah. Ingat sikit dekat belakang tu." Puan Hamidah mengunjuk kepada Khalish yang baru sahaja muncul.

"Ibu sihat?" Lelaki itu bertanya.

"Sihat alhamdulillah. Khalish pun mesti terlebih sihat kan semenjak lepas kahwin ni? Kalau dah sebelum kahwin sihat, apatah lagi lepas kahwin." Guraun Puan Hamidah itu membuatkan Khalish menggosok perlahan belakang lehernya itu. Memang betul lah itu.

Terlebih sihat. Kalau sakit pun tak perlu risau sebab dah ada nurse memang limited edition untuk dia sahaja. Tetapi setakat ini dia pernah sakit sekali sahajalah. Tetapi apabila mengenangkan layanan Haania kepadanya waktu dia diserang demam dulu, rasa macam nak sakit banyak kalilah pula.

"Budak-budak tu mana ibu?" tanya Haania apabila melihat kelibat kanak-kanak tidak berapa kelihatan di dalam rumah.

"Diorang tengah pergi cuci tandas lah, cabut rumput. Tadi nak suruh yang besar-besar lap habuk dekat rak tapi entah ke mana larinya mereka. Haih, budak-budak ni. Mesti pergi join main air." Kepala digelengkan. Memang setiap kali gotong royong, suka betul main air! Orang suruh cuci apa yang patut, bukannya bazirkan air.

Tawa kecil terhambur keluar dari bibir Haania. "Tak apalah. Biar Nia dengan Khalish yang kemas apa patut dalam rumah ni. Ibu pergilah buat kerja ibu." Puan Hamidah hanya menurut. Ditinggalkan dua anak muda itu di situ.

Haania pula menuju ke satu ruangan. Disuruh Khalish kekal berdiri di tempat yang sama sebelum dia kembali bersama baldi kecil yang berisi air bersama dengan dua kain buruk.

"Feels like we are back to the good old times. Abang ingat lagi situasi sekarang macam sebelum kita kahwin dulu." Kejadian yang berlaku beberapa bulan lepas kembali berputar semula di kepalanya. Masih segar di ingatan kejadian tersebut.

"Oh, yang abang tak tahu malu asyik kacau Nia aje sampai Nia sendiri tak tahu nak jawab apa bila Arif tanya Nia pasal tak layan abang." Selepas Khalish pulang, dia pula perlu jalani soal sesi siasat dengan Arif. Macam-macam yang ditanya sampai dia buat keputusan untuk lari sahaja.

Khalish ketawa. "Dah nak tawan hati Nia, kenalah buat muka tembok kacau Nia selalu. Nia pun time tu kalau boleh pandang muka abang pun tak nak tau." Penat juga dia mahu fikir cara apakah lagi yang perlu dia buat agar Haania tertarik kepadanya. Nasib hujung-hujung kahwin juga! Susah tahu mahu lenturkan hati Haania yang nak nampak senyum pun susah dulu.

"Siapa suruh tiba-tiba aje muncul dalam hidup lepastu nak mengorat orang. Mahu tak culture shock Nia."

"Disebabkan abang muncul tiba-tibalah abang boleh ada dengan Nia sekarang. Ha, nak complain lagi tak?"

Haania menggeleng lantas mengernyih. Bila difikirkan, jika kerana bukan sifat Khalish yang dulu ada sahaja idea mahu berborak dengannya, memang dia tidak akan pernah merasai diri dimanjai dan dilayan bak ratu oleh kaum Adam itu. Memang sampai ke bila-bila dia akan fikir yang dia langsung tidak layak untuk dicintai dan mencintai.

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now