Okeyh!
Dah sampai masa untuk saya bagi sinopsis OH (Overprotective Hero).
====================== SINOPSIS ==========================
Heroin nama Cinta Qaisara. Qaisara bingung sesangat. Sebab sejak kecil, tak ada lelaki nak berkawan dengan dia. Datang dekat dengan dia pun dia orang tak mahu.
So dia cuma ada kawan perempuan aje. Satu-satunya lelaki dalam hidup dia adalah abangnya.
Ya, dia ada seorang abang. Tapi... entah, macam bukan abang aje. Sebab dari kecil abang dia tu tak pernah duduk sebumbung dengan dia. Sejak sekolah rendah lagi dah duduk asrama. Asrama, asrama, asrama lagi. Lepas SPM, terus sambung belajar di Florida.
Dan lepas tu langsung tak menetap di Malaysia dah. Abang tu terus kerja di sana.Bila sesekali abang tu balik KL pun, abang tu malas nak layan dia.
Dia nak bermanja-manja dengan abang tu, alih-alih abang tu pergi marah dia. Eh, what the tutttttt! Haa...
Dan Qaisara juga hairan kenapa semua lelaki yang dia confess, mesti akan reject dia.
Pernah sekali dia berjaya bercouple. Tapi tak lama. Hubungan baru nak berkembang, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba lelaki tu minta putus.
Apa, dia ni bau kambing ke?
YOU ARE READING
STORIETTE: OVERPROTECTIVE HERO [:FAST UPDATE:]
RomanceKalau aku mati, adakah dia pun akan mati sekali? - QAISARA