Pandangan mata Ain mula kabur. Benda terakhir yang dia lihat adalah penyembur wangian kelas itu menyemburkan gas lagi.
"Ya Allah..."
"Qizz, jangan masuk!" Tidak sempat Aiden menahan, Qizz berlari masuk dan menarik Ain keluar. Fatihah yang tiba bersama Aiden tadi terus melutut untuk mendukung Ain.
"Cepat!" Aiden terus menutup pintu kelas, walau dia tahu itu tidak mungkin menahan letupan yang mungkin berlaku.
"LARI!" Jerit Fahim.
Dengan bersusah payah, Fatihah dan Qizz berlari turun sambil membawa Ain. Zik, Aiden, Hazrul dan Fahim berlari ke tangga lain.
"Selamat tinggal dunia." Megat mula berlari untuk melompat dari tingkat 2 itu ketika mereka semua berlari.
"Megat jangan!" Aiden tidak sempat menahan Megat. Jejaka itu sudah menjatuhkan diri ke hadapan.
Tanpa berfikir panjang, Aiden menahan dan menolak tubuh Megat ke belakang. Namun entah mana silapnya, dia yang terjatuh ke hadapan.
"Bodoh! Kau ingat kau Superman ke?" Fahim berkata sambil memandang ke bawah. Jelas, di bawah beberapa pengawal sudah menyediakan tilam untuk menyambut jejaka itu.
"HAZ! PERGI CHECK AIDEN!" Fahim menjerit kuat. Hazrul berlari turun.
"Kenapa aku belum mati?" Megat tersandar pada dinding dengan pandangan kosong.
"SOALAN BODOH APA KAU TANYA NI SYAITAN!?" Fahim hampir memecahkan wajah Megat, namun Zik menahan.
"Im... Sabar dulu." Sahabat berdua itu jelas menggigil. Entah kerana takut, atau risau.
"Aiden jatuh sebab dia, Zik. Kalau Aiden pergi, apa kita nak jawab pada Ain? Apa kita nak jawab pada ibu ayah dia?" Suara Fahim menggeletar. Nafasnya tidak teratur. Zik menarik Fahim dan Megat berlari turun. Nyawa mereka boleh melayang jika kekal di atas.
Suara ambulans kedengaran. Mujurlah sekolah mereka hanya berjarak 1km dengan Ayden's Private Hospital.
Cikgu Syazwan, Ain dan Aiden dilarikan ke hospital. Letupan kecil berlaku, namun tidak menyebabkan kecederaan kerana yang lain telah selamat melarikan diri. Zik, Fahim dan Megat juga bernasib baik kerana sempat berlindung.
Semua pelajar dikumpulkan di padang. Fahim dan Zik cuba mencari Qizz, Fatihah, Hazrul dan Rynz. Namun tidak ditemui.
Telefon Zik berdering.
PartnerInCrime02
Nama Fatihah tertera.
"Apahal save dia panjang gitu?" Fahim yang tertunduk mengambil nafas berkerut dahi melihat nama yang tertera.
"Kau kat mana?" Soalan Fahim tidak dihiraukan. Zik terus mengangkat panggilan itu.
"Hospital. Keadaan kat sana macam mana?" Tanya Fatihah.
"Huru-hara. Bomba tengah padamkan api, pelajar dah riuh. Dekat sana macam mana?" Tanya Zik semula.
"Aiden masuk dewan bedah, Ain kena dapat jahitan sebab luka dekat kepala." Fatihah menjawab pasrah.
"Cikgu?"
"Luka bakar 25%, tapi trauma berat. Shik Shak Shok," jawab Qizz pula.
"Megat tu ok tak? Kau orang?" Tanya Hazrul pula.
"Megat... Aku terpaksa pengsankan dia tadi. Aku dengan Zik okey, nasib sempat. Lambat seminit je tadi, jadi debu dah kita orang." Giliran Fahim menjawab.
"Rynz mana?" Tanya Zik.
"Dia tengah rehat. Kaki dia pun sempat terseliuh masa lari tadi," kata Hazrul.
YOU ARE READING
Setalamz : Nanti...
Teen FictionSiapa saja tidak kenal SMK Tengku Aiden Hanafi? Sekolah yang menempatkan anak-anak orang ternama. Hanya orang istimewa boleh berada di sekolah ini. Pergaduhan menjadi makanan, tumbukan dan sepakan menjadi perbualan, maksiat berleluasa tanpa dihalang...