BAB 17

139 22 1
                                    

Sara mencapai cermin mata hitam apabila mendengar bunyi enjin kereta milik Harraz sudah terparkir elok di hadapan rumah atuk. Seperti yang dijanjikan oleh Harraz, tepat jam 5 petang, Harraz akan mengambil Sara.

Sara berlari anak dan masuk ke kereta Harraz. Harraz kata hari ini dia mahu ke pekan untuk repair handphone Sara yang termasuk dalam air semalam. Harraz mengerling ke arah Sara. Terlepas keluhan Harraz melihat Sara masuk ke dalam keretanya dengan cermin mata hitam.

"Kau dah kenapa pakai cermin mata hitam ?" Tanya Harraz walaupun sebenarnya dia tahu jawapannya.

Sara melepaskan keluhan kecil. Cermin mata hitamnya dibuka. Wajah dipalingkan ke arah Harraz.

"Sebab mata saya sembab. Kalau opah dengan atuk tahu macam mana ?"

"Habistu kau keluar dari rumah dengan bercermin mata hitam, opah dan atuk kau tak tanya apa-apa ?" Sara geleng.

"Saya bagitahu opah dan atuk saya sakit mata. Nasib baiklah diaorang tak banyak tanya" Jawab Sara. Harraz angguk.

"Ni kau bagitahu tak kau keluar dengan aku ?" Sara angguk.

"Mestilah" Harraz angguk.

Perlahan-lahan range rover milik Harraz keluar dari perkarangan rumah. Sara dan Harraz lebih selesa berdiam diri. Lagipun seperti tiada topik untuk dibualkan.

Harraz memberhentikan keretanya di salah sebuah kedai handphone. Sara mengikut batang tubuh Harraz yang sudah mendahuluinya dan masuk ke dalam kedai tersebut.

Agak lama juga Harraz berbual dengan tukang repair.

"I tak kisah berapa kosnya. Yang penting handphone ni hidup" Tukang repair itu angguk.

Tidak lama kemudian Harraz menghampiri Sara.

"Awak, handphone saya boleh repair ke ?" Soal Sara.

"Boleh. Dah jom" Jawab Harraz dan melangkah keluar.

Kalang kabut Sara mengatur langkah untuk mengejar langkah Harraz. Laju betul Harraz berjalan. Selangkah kaki Harraz ibarat dua langkah kaki Sara.

Harraz masuk ke dalam salah satu restoran yang berada di sekitar itu. Sara hanya mengikut. Harraz melangkah ke salah satu meja yang masih kosong. Punggung dilabuhkan di kerusi. Sara turut melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Harraz.

Tidak lama kemudian, pelayan datang dan mengambil pesanan. Sara hanya membiarkan sahaja Harraz memilih makanan untuknya. Tiada bantahan.

Makanan yang dipesan dihidang di atas meja. Sara menelan kesat air liurnya apabika melihat tauge yang banyak yang menghiasa makanan di hadapannya.

Sara menarik pinggan yang berisi char kway teow itu. Sudu diambil. Satu persatu tauge di char kway teow itu diketepikan.

Terjongket kening Harraz melihatnya. Rajin betul si budak Sara ini. Harraz hanya membiarkan. Sudu dicapai dan terus mulakan makan.

Sara masih gigih mengasingkan tauge di pinggannya. Sesekali Harraz mengerling ke arah Sara. Sudah dekat separuh Harraz makan tapi Sara masih sedaya upaya mengasingkan tauge.

Tidak lama kemudian, barulah Sara mula makan apabila berpuas hati. Di kuis sekali lagi makanan di pinggannya untuk memastikan tiada tauge yang masih menyorok. Baru sahaja sesuap, Sara angkat kepala memdang Harraz yang sudah selesai makan itu.

"Cepatnya awak makan" Kata Sara. Harraz jongket kening.

"Cepat ? Kau tak tahu ke sesi pemilihan yang kau buat tadi lama ?" Soal Harraz. Sara kerut kening. Tidak faham.

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now