Bab 28

102 8 0
                                    

SEBAIK sahaja mereka usai menunaikan solat Subuh, Haania terus meletakkan belakang tangannya di atas dahi Khalish. Berkerut dahi Khalish jadinya.

"Okay tak panas, alhamdulillah. Nasib baik." Nafas lega dilepaskan. Seronok sangat main hujan semalam sampai dia lupa fakta yang satu bahawa Khalish mudah demam apabila terkena hujan. Nasib tak demam! Kalau tidak, gamaknya kena ponteng kerja lagilah kerana Khalish merengek mahu dia ada di sebelah. Dah macam jaga budak-budak ya!

"Kalau demam pun kenapa?"

"Abang kalau demam merengek macam budak-budak sampai Nia pun confuse abang ni umur dua puluh lapan ke, umur lima tahun?" Kepala digelengkan. Telekung yang dipakai disidai di tempat yang sepatutnya. Perlu bersiap sedia untuk pergi ke sekolah.

"Saja nak jadi macam budak-budak. Kalau tak buat macam itu tak dapat layanan first class dari Nia," balas Khalish mudah.

"Kiranya selama ni Nia bagi layanan low class lah ni? Ke economy class?"  Haania berlelucon yang mengundang tawa pada bibir Khalish.

"Pandai buat lawak juga eh Nia ni?"

"Of course." Telefon yang berbunyi mematikan niat Haania untuk menyarungkan tudung. Nama pemanggil dilihat. Berkerut dahinya tetapi diangkat sahaja panggilan tersebut.

"Ibu? Kenapa?" Jarang-jarang Puan Hamidah menghubunginya awal pagi sebegini.

"Oh, tak ada apa pun. Tadi rasa macam nak cakap sesuatu tapi lupa dah..."

"Ibu rindu Nia eh? Tak apa, hujung minggu ni, Nia datang lagi tau? Tapi Nia ingat nak pergi rumah ibu instead of pergi Rumah Cahaya. Boleh kan?" Meskipun baru sahaja datang menjenguk wanita itu semalam, tidak menyangka secepat ini Puan Hamidah rindu akan dirinya itu.

"Okay, Assalamualaikum." Panggilan ditamatkan. Telefon diletakkan semula di tempat asal bersama senyuman tak lekang di bibir. Memang setiap kali berhubung dengan ibu, mesti dia tidak berhenti senyum.

"Kenapa? Ibu cakap apa? Awalnya ibu call..." tegur Khalish.

"Saja. Hari ni Nia balik lewat tau? Nak keluar dengan housemate Nia dulu. Boleh?" Sudah lama rasanya mereka tidak keluar sekali semenjak dia mendirikan rumah tangga dahulu. Dulu, jikalau boleh hampir setiap minggu mereka akan keluar.

"Boleh, sayang. Jangan tutup location tu tau." Semenjak berkahwin, Khalish ada menambahkan dirinya itu ke dalam 'Find My iPhone' bagi sama-sama melihat keberadaan masing-masing.

Haania sekadar mengangguk. Rindu pula dekat dua ketul itu!

***

"BABE! Kita pergi Vincci eh? Aku ingat nak cari heels baru," ajak Alisya. Matanya melirik ke sebuah butik yang gah memaparkan nama Vincci di atas.

"Bukan ke kau baru aje beli minggu lepas?" soal Liyana pelik. Rasanya, baru minggu lepas gadis itu membeli heels.

"Itu minggu lepas, sekarang bukan minggu lepas. Ala, kan girls day out. Mana tahu korang terhasut sekali." Ditarik serentak tangan Haania dan Liyana membuatkan mereka terpaksa mengikut rentak kaki Alisya. Namun, dalam beberapa langkah mereka ingin menapak masuk, Alisya menghentikan langkah kakinya, membuatkan mereka brek mengejut.

"Apa kebenda kau ni Alisya berhenti tiba-tiba ni?" rungut Liyana. Nasib tidak tersembam jatuh sahaja.

"Nia, tu bukan suami kau ke?" Alisya menundingkan jari ke satu arah membuatkan Haania turut berpaling ke tempat yang ditunjukkan itu. Matanya dikecilkan untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas dan ternyata tekaan Alisya itu betul. Dahinya berkerinyut. Bukankah sekarang Khalish perlu berada di tempat kerja.

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now