[WRITTEN ON 18 MARCH 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
QAISER TERSENGIH MELIHAT TALITA yang riak wajahnya masam kerana disuruh menyusun file yang ada di dalam almari pejabatnya itu. Sengaja Qaiser menyuruh Talita menyusun file itu kerana dia rindu mahu memandang wajah gadis itu.
Hari ini Talita memakai satu set baju seluar berwarna kelabu gelap. Fabrik baju itu berjenis cotton, berbutang banyak di tengah dan pada bahagian pinggang baju itu melekat di tubuhnya memaparkan pinggang ramping gadis itu. Pada bahagian kolar baju itu ada tali yang bersambung dengan kolar bajunya. Seluarnya pula fabrik yang sama yang longgar. Rambut pula dibiarkan lepas tanpa diikat.
Cantik, Talita sangat cantik. Sejak dulu sampai sekarang, gadis itu masih cantik di matanya.
Melihat Talita agak berkasar menyusun file itu membuatkan Qaiser ketawa dalam diam, mahu saja dia lepaskan tawanya namun sudah tentu gadis itu akan memarahinya. Qaiser mengawal riak wajahnya menjadi serius.
"Dah kenapa yang kasar sangat tu? Kalau file tu patah, kau kena ganti dengan yang baru." Ujar Qaiser selamba sekaligus mencuri perhatian Talita. Talita sudah berhenti membuat kerja, dia memandang Qaiser dengan renungan yang tajam namun tidak berkata apa sebelum dia sambung menyusun file itu.
Qaiser senyum senget, suka betul dia melihat Talita yang seperti memberontak membuat kerja. Qaiser mengerling ke arah jam tangannya, dia memandang Talita semula.
"Nanti lunch sekali dengan aku," Ujar Qaiser sekaligus membuatkan Talita terkejut, dia memandang Qaiser dengan pandangan yang curiga. Talita mengadap Qaiser, dia menunding jari ke arah lelaki itu dengan mata yang dikecilkan.
"Apa agenda Tuan Qaiser sebenarnya? Saya betul-betul tak faham. Kenapa tiba-tiba nak ajak saya lunch? Sebelum ni Tuan Qaiser tak pernah ajak pun." Soal Talita masih keliru dengan perubahan lelaki itu. Mana tidaknya, kalau sebelum ini lelaki itu bagaikan beruang di kutub utara, asyik beku aje mukanya.
Qaiser bangun dari kerusinya, tanpa melarikan pandangan dari wajah Talita, dia melangkah mendekati gadis itu. Semakin rapat, dia harus tundukkan kepalanya, manakala gadis itu pula dongakkan kepalanya.
Apabila Qaiser sudah berhenti di depan Talita, mata mereka masih bertaut.
"I met your father," Qaiser membuka mulutnya membuatkan Talita terkebil-kebil, luas matanya terbuka kerana terkejut dengan kanyataan tiba-tiba dari Qaiser itu.
"Hah? Bila?" Talita kelihatan tidak percaya.
'Kalau betul dia jumpa papa, kenapa papa tak ada beritahu apa-apa?' Desis hati Talita dengan rasa curiga dan berdebar. Berkerut dahi Talita cuba memikirkan apa yang dia dengar itu salah.
"Have a lunch with me and I'll tell you what you want to know," Ujar Qaiser dengan riak selamba, Talita mengeluh kecil, dia tertanya-tanya apa yang Dato Adi berbual dengan Qaiser. Jadi, mahu tidak mahu, dia mesti ikut Qaiser keluar lunch.
"Fine." Balas Talita membuatkan Qaiser tersenyum lebar, tidak pernah dia terfikir akan segembira itu apabila gadis itu bersetuju untuk keluar makan dengannya. Kalau sebelum ini dia tolak semua perasaan itu kerana masih ada ikatan dengan Amara, tetapi kali ini dia sudah bebas dan Qaiser berjanji akan mendapatkan Talita.
Dia tidak akan sia-siakan peluang kedua yang ada sekarang. Ya, peluang kedua. Siapa sangka, Qaiser Iman juga ada rahsia yang tiada sesiapa tahu selain diri dia sendiri dan pencinta semesta alam.
TALITA memerhati setiap gerak geri Qaiser, lelaki itu sungguh bukan Qaiser yang dia kenal. Rasa seram sejuk pula melihat lelaki itu tiba-tiba baik dengannya. Bukanlah Talita tidak suka tetapi dia pelik, apa yang membuatkan Qaiser jadi seperti Qaiser yang sekarang?
YOU ARE READING
JEJAKA NERD [ONHOLD]
Любовные романыSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...