BAB 1

17 1 2
                                    

"READY, Qai. Dia dah nak sampai tu." Af yang bertinggung di belakang aku bisik.

"Umph!" Aku genggam penumbuk dan mengangguk pasti. Aku juga sedang duduk bertinggung. Menyorok di belakang almari juga, rapat di hadapan Af.

Aku berhati-hati mengintai koridor di hadapan pejabat pensyarah sana.

Nampak Zahir sedang berjalan bersendirian bersama gulungan kertas pelan bersaiz A0. Dia baru selesai berjumpa pensyarah kelas kami.

Aku harap kali ini cita-cita aku untuk disayangi dan menyayangi menjadi kenyataan. Tolong! Aku nak kahwin!

Semakin lama Zahir semakin hampir dengan tempat aku bersembunyi ini. Aku semakin berdebar dan mula tak tentu arah.

"Relaks, Qai. Relaks..." Af urut-urut belakang aku. Suaranya berkekalan mode bisik.

Aku dengan cemas menghela dan menghembus nafas. Aku sedar nafas aku dah ala-ala kerbau. Dan aku tak tahu bagaimana untuk mengatasinya.

Aku toleh ke arah luar bangunan.

Nampak member-member aku yang lain sedang berdiri di situ. Mereka bertujuh. Mereka juga sedang saspens sepertiku. Mereka dengan penuh harap menyaksikan dan menanti aku memperjuangkan masa depan ini.

Ini dah macam pertarungan antara hidup dan mati. Aku tak boleh bayangkan apa akan jadi kalau aku gagal lagi kali ini.

"Dia sampai!" Akhirnya Af menerajang bontot aku. "All the best, Qai!"

Aku nyaris tertonggeng. Tak guna punya Af!

Nasib baik Allah menyelamatkan maruah aku. Aku berjaya berdiri di hadapan Zahir tanpa tersungkur.

"Eh? Qaisara?" Zahir sedikit terkejut melihat cara aku tiba-tiba melompat keluar dari belakang almari.

Aku sengih-sengih keseganan.

"Ah, iya..." Malu-malu aku selak rambut ke belakang telinga. Aku tersipu-sipu.

"Psst!" Aku boleh dengar panggilan Af. "Psst!!!"

Nak aje aku tempeleng minah tu. Sabar-sabarlah sikit, aku tengah buatlah ni!

Aku yakin Zahir boleh dengar psst-psst-an Af itu. Buktinya, Zahir nampak macam tercari-cari.

Alah, tah-pape la member aku tu. Spoil betul!

"Err, Zahir... Saya nak bagitau something."

"Oh, kalau pasal tu saya minta maaflah. Saya tak boleh terima." Tanpa berdolak-dalik Zahir reject begitu saja.

"Hah?" Aku terpinga-pinga.

Kenapa dia pintas aku? Reject aku mentah-mentah pula tu. Dia tahu ke aku nak cakap pasal apa?

Zahir buka langkah dan menyisih aku. Tinggalkan aku bersama air muka serius.

"Saya tahu awak nak ajak saya jadi boyfriend awak. Sorry, saya tak boleh terima perasaan awak tu."

Hah?

"And... Saya juga dah tak boleh lagi berkawan dengan awak. Sorry juga tentang hal ni."

Berkawan pun dah tak boleh?

"Tapi kenapa?" Aku bagaikan heroin drama Hindustan merayu dia.

Aku ikut langkah dia. Tagih jawapan dia.

Tapi dia melangkah begitu luas.

Aku semakinlah menjadi dramatik.

Apa salah aku? Semua lelaki yang aku suka, semua reject aku. Dan semua lelaki pun tak mahu berkawan dengan aku. Kawan aku semua perempuan.

STORIETTE: OVERPROTECTIVE HERO [:FAST UPDATE:]Where stories live. Discover now