02 : Keviya

83 12 0
                                    

Kevin memandang kosong ke arah Kafi yang sedang bermain dengan seorang budak kecil di taman permainan. Beberapa minit yang lalu, ada seorang wanita yang berusia lebih  kurang 27 tahun meminta Kafi untuk menjaga anaknya sebentar. Entah sebab apa pun dia tak tahu sebab dia hanya memandang dari jauh.

"Hey, kau kenapa pandang Kafi macam tu?" Tegur Wifa sambil menepuk perlahan bahu Kevin.

Kevin tersentak sebelum mengangkat kepala untuk memandang Wifa. "Hah? Apa?"

"Aku tanya, kenapa kau pandang Kafi macam tu? Kau gaduh dengan dia ke?" Ulang Wifa.

"Gaduh? Eh taklah. Kau apahal fikir macam tu?" Kata Kevin sebelum mengerutkan dahinya. Sejak bila pulak dia gaduh dengan Kafi? Rasanya baru beberapa minit lepas dia peluk Kafi dengan penuh kasih sayang. Takkan Wifa tak nampak kot?

"Taklah, cara kau pandang dia tadi lain macam. Aku pun takut tengok" Balas Wifa sebelum melabuhkan punggung disebelah Kevin. Kevin sekadar menggeleng perlahan.

"Aku rasa aku pandang dia macam biasa je tadi, apa yang kau nak takut?" Tanya Kevin.

"Pandang macam biasa lah sangat ya. Pandangan kau tu kalau ada orang nampak mesti diorang kata kau gaduh dengan Kafi" Balas Wifa.

"Eh jap, mana Wawaf?" Tanya Wifa apabila melihat abang kembarnya itu tak ada disebelah Kevin. Rasanya baru beberapa minit lepas dia nampak Wafi duduk dekat sebelah Kevin, takkan hilang dah?

"Ha? Ohh, Wafi pergi tandas" Jawab Kevin.

"Eh kau melamun apa ni? Asal kau lambat sangat tangkap apa yang aku cakap?" Tanya Wifa sambil memandang hairan ke arah Kevin.

"Eh elok sikit eh! Mana ada aku melamun!" Nafi Kevin.

"Kau tak payah nak tipu aku lah. Aku kenal kau" Kata Wifa sebelum dia terdiam. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Kev.. aku bukan nak sakitkan hati kau tapi aku just nak jujur. Tadi aku nampak anak anjing dekat sini" Kata Wifa tiba-tiba. Kevin mengerutkan dahinya.

"Nama pun taman! Tak hairan lah kalau ada anak anjing sekalipun. Asal? Kau tak pernah tengok anak anjing ke?" Kata Kevin.

"Kau ni memang bangang semula jadi eh? Yang aku maksudkan anak anjing tu Kenzo lah bebal! Setakat anak anjing tu hari-hari aku tengok kat rumah jiran!" Kata Wifa. Kevin terdiam. Tiba-tiba dia teringat dengan perempuan yang dia selamatkan beberapa jam lepas.

"Err... kau kenal tak kawan Adeena?" Tanya Kevin sebelum memandang tepat ke dalam anak mata biru milik Wifa.

"Adeena? Siapa pulak tu?" Tanya Wifa sambil mengerutkan dahinya.

"Haider's girlfriend."

"Oh! Jap aku nak ingat balik" Kata Wifa sebelum meletakkan tangannya di dagu tanda sedang berfikir.

"Ha!" Kata Wifa yang tiba-tiba itu mengejutkan Kevin. Kevin sekadar memandang kosong ke arahnya.

"Eh apa eh" Kata Wifa sebelum kembali meletakkan tangannya di dagu. Kevin mengeluh perlahan. Ingatkan tahu.

"Oh! Yang mata dia warna amber tu kan?" Tanya Wifa kepada Kevin. Kevin  mengangguk perlahan.

"Diyana kot? Dia je yang aku ingat paling rapat dengan Adeena" Kata Wifa. Kevin terdiam sebelum menyilangkan tangannya ke dada.

"Macam mana kau boleh kenal dia?" Tanya Kevin perlahan.

"Haider pernah cakap yang Adeena ada seorang sahabat, nama dia Adresia Diyana" Kata Wifa sebelum meminum air sirap bandung di tangannya.

Kevin terdiam. "Eh betullah! Aku lupa" Kata Kevin.

"Lupa apa benda? Kau dengar pun tak! Orang tengah bercerita kau sibuk main game" Balas Wifa. Kevin tersengih kecil ke arah Wifa.

Kevin Anggara [ On Going ]Where stories live. Discover now