Haris memandang Aayden dengan pandangan penuh sayu. Pandangan seorang yang memerlukan seseorang untuk menghulurkan bahu untuk dia bersandar."Kau okay tak ni Ris? Lain betul muka kau hari ini, selalunya kau ceria macam Aaydan bebal tu" tanya Aayden dengan kerutan di dahi.
Haris menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus berat. Dia mengeluarkan fail daripada beg galasnya.
Dia memandang kedua-dua fail di tangannya. Keliru fail yang mana harus dia guna untuk mulakan perbincangan mereka.
Aayden yang melihat Haris termangu sendiri sambil memandang fail di tangan terus merampas salah satu fail itu.
"Aku ni tak ada kesabaran tau, kau main uji kesabaran aku pulak" beleter Aayden.
Aayden membuka fail yang memaparkan butiran kemalangan 10 tahun lepas. Dia membaca dengan penuh tekun dan teliti. Dah macam semak fail klien gayanya.
Terkebil-kebil mata berwarna hazelnya apabila mendapati butiran ini sama persis seperti apa yang Camelia ceritakan.
Walaupun sewaktu kejadian itu Camelia baru sahaja berusia lapan tahun, tetapi dia ingat setiap saat tentang kemalangan itu sebelum dia pengsan.
"Wait, kenapa fail butiran kemalangan arwah ibu ayah Camelia ada dengan kau? Sejak bila kau tukar dari bomba ke polis ni? Kau curi eh?" tanya Aayden.
Haris menjeling tajam mendengar ayat terakhir Aayden. Sempat pula tu nak menuduh di saat genting begini. Cepuk kang.
"Kau kenal doktor Uwaiz kan?" tanya Haris kembali.
Aayden memandang ke atas sambil mengingati wajah doktor Uwaiz tersebut. Oh ingat.
"Ingat tapi tak kenal. Dia yang rawat Arash kemalangan dulu kan?"
Haris mengangguk laju mengiyakan soalan Aayden.
"Okay apa kena mengena dengan dia" soal Aayden lagi.
Haris menarik nafas sebelum menghembus perlahan-lahan. "Dia yang bagi fail ni dekat aku" ringkas Haris membalas.
"Seperti apa yang kau baca dalam fail tu, nama mangsa dalam kemalangan maut tu Kaira binti Kamil dan Rais bin Abdullah betul?" soa Haris dengan riak wajah yang serius.
Aayden mengangguk sambil membaca sekali lagi nama yang tertera. Ya betul, ini nama kedua orang tua Camelia, isterinya.
"Dan aku yakin kau akan lagi terkejut bila kau tengok fail ni" balas Haris sambil menghulurkan fail keputusan ujian DNA.
Aayden mengambil fail tersebut dengan riak tidak faham dengan situasi sekarang. Apa pasal banyak sangat fail? Pening kepala aku dibuatnya.
Dia membuka fail yang kedua itu lalu membaca dengan teliti. Dia merasakan nafasnya terhenti seketika apabila membaca nama ibu kandung Haris.
"Kai..ra binti Kam..il ibu kandung kau?" tergagap-gagap suara Aayden. Sungguh dia tak sangka.
Haris mengalihkan pandangan memandang suasana jalan raya yang masih sesak dengan kenderaan walaupun jam sudah hampir mencecah 10 malam.
"Kau pun tak sangka kan sebenarnya? Apatah lagi aku ni. Camelia adik aku?" soal Haris sambil memeluk tubuh memandang kehadapan.
"Tapi macam mana boleh jadi kau abang Camelia pulak? Setahu aku, Camelia bagitahu yang ibu dia tak pernah pulak cakap yang dia ada abang" balas Aayden dengan wajah kebingungan.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...