8

25 9 0
                                        


Awal pagi lagi Rais sudah menyiapkan beg untuk Adam. Baju basahan, minyak angin, tuala kecil serta sapu tangan disusun di dalam satu beg bersaiz sederhana. Oleh kerana Adam sudah pandai bercakap, Adam tidak perlu lagi memakai lampin pakai buang.

Beg tadi dizip dan diletak di atas katil supaya tidak tertinggal. Setelah segala barangan Adam sudah disiapkan, dia menyiapkan beg galasnyanya pula. Barangan penting sahaja dibawa olehnya.

Reunion kelasnya diadakan pada jam 11 pagi. Jam baru menunjukkan 8 pagi, jadi dia mengambil keputusan untuk mengejutkan Adam sedikit lewat pada hari ini. Rais bergerak dari rumahnya pada jam 10 pagi kerana jarak café reunion mereka diadakan agak jauh dari rumahnya.

"Papa, we go playground?" Soal Adam semasa Rais mengemaskan tali pinggangnya.

"No, kita nak pergi jumpa kawan papa."

"Uncle Harraz?" Wajah Adam kelihatan teruja. Harraz adalah antara sahabatnya yang agak rapat dengan Adam.

"Yes and ramai lagi." Rais menjawab sambil memulakan pemanduannya.






Brek tangan ditarik sebelum membuka tali pinggang carseat anaknya. Beg barangan Adam yang berada di tempat duduk belakang dicapai. Semasa dia sampai di Café Foressta, hampir semua rakan kelasnya sudah sampai disana termasuk Harraz.

Jumlah rakan kelasnya hanya 30 orang tetapi ditambah dengan pasangan dan anak mereka, penuh juga café itu. Tubuhnya yang agak tinggi membenarkan dia mencari keberadaan Harraz. Dia mendekati meja yang diduduki Harraz sambil memimpin anaknya.

"Assalamualaikum." Sapa Rais sambil menepuk belakang badan Harraz.

"Waalaikumsalam, Is!" Rais dan Harraz bersalam sebelum sebelum melagakan bahu mereka.

"Adam!" Harraz sudah melutut di hadapan Adam. Tumbukan disuakan untuk melagakannya bersama tangan kecil milik Adam. Wajah Adam menampakkan dia sangat gembira.

"Adam duduk sebelah uncle biar papa duduk sorang."

Harraz bangun lalu mendukung Adam untuk duduk di sebelahnya. Rais hanya menggeleng dan melabuhkan punggung di sebelah tempat duduk anaknya. Satu meja boleh menempatkan 6 orang. Rais dan Harraz berbual sama dengan rakan lain yang duduk semeja dengan mereka.

Tidak lama selepas dia tiba disitu, majlis dimulakan. Sepanjang pembukaan majlis, Harraz berbual bersama Adam. Anaknya itu bercerita panjang tentang kampung mereka.

"Toksu ada banyak ducky!"

"Adam main dengan goat, dengan ducky!"

Harraz sangat melayan anaknya yang banyak bercakap itu. Harraz kerap juga datang ke rumah untuk bertemu dengan Adam tetapi akhir-akhir ini dia agak sibuk dengan kerjanya.

Mata Rais melilau melihat dekorasi café sehingga dia ternampak seorang wanita memakai sut berwarna kelabu baru sahaja masuk ke dalam ruangan café itu. Wanita itu sedang mencari tempat duduk kosong.

"Weh Is, cam tak tu siapa?" Tiba-tiba Harraz menyeru namanya sambil mendekatkan tubuhnya kearah Rais.

Rais menoleh kearah wanita itu semula. Mengamati wajah itu untuk mengingat namanya. Dia berfikir lama. Inilah rakannya yang sering dipuji oleh cikgu kerana rupanya yang seperti perempuan arab.

"Tu Cik Singa ke?" Soal Rais sebelum memandang Harraz.

"Haa, lama betul kau fikir ya. Kau ingat tak nama betul dia?"

"Aura." Rais menjawab perlahan. Dia memandang Aura yang duduk berhadapan dengannya tetapi di meja lain. Wanita itu sedang berbual dengan rakan-rakannya.

"Apa RA?"

Rais sudah memberi pandangan kematian kearah

"Nama dia Aura."

"Cik Singa ni lah yang pernah marah aku sebab terbaling pemadam kat dia. Ketaq satu badan. Kau tahu jela sekali dia jeling kau. Fuhhh kus semangat!"

Cerita Harraz panjang lebar. Adam sedang khusyuk makan snek yang diberi oleh Harraz kepadanya. Rais tertawa kecil mendengar kisah daripada Harraz.

Rais tidak seperti Harraz kerana dia lebih banyak mendiamkan diri di dalam kelas. Orang hanya mengenalinya sebagai budak gempal yang suka senyum.

"Padahal bukan salah aku. Tapi itulah, dia garang macam tu pun tetap top student." Keluh Harraz.

Rais bersandar pada kerusinya dan hanya mengangguk setuju dengan pernyataan Harraz. Memang tidak boleh dinafikan Aura seorang yang sangat pandai tetapi garang dengan makhluk berjantina lelaki kerana dengan pelajar perempuan dia lembut sahaja.

Rais menepis fikirannya yang sudah menerawang ke tempat lain. Sebelum semakin melalut lebih baik dia melayan Adam.






Aura mengerling jam tangannya dan mengeluh. Dia terlambat kerana mesyuaratnya yang mengambil masa lebih lama daripada yang diperuntukkan.

Kakinya dihayun laju menuju ke pintu masuk café. Dia masuk dan mencari tempat duduk kosong secepat mungkin kerana tidak mahu mengganggu majlis.

Nafas lega dihembus apabila menemui tempat duduk kosong di bahagian tepi café. Beg tangannya diletakkan di atas meja dan duduk di tempat kosong itu.

Bertegur sapa dengan rakannya yang lain. Bercerita tentang zaman sekolah yang tidak boleh dilupakan.

"Aura dulu kemain garang. Sampai budak lelaki takut nak cakap dengan dia," ujar salah seorang kawannya, Farah.

"Mana ada, aku tak adalah garang sampai macam itu."

"Aku ingat lagi masa kau jerkah budak kelas sebelah sebab tak pergi solat Jemaah zuhur. Seiingat aku masa itu batch kita ada kelas tambahan petang." Seorang lagi rakannya menambah.

"Penolong ketua pelajar kan?" Usik rakannya lagi.

Kisah Cik Singa dibuka dan Aura tidak pernah menyangka dia segarang itu suatu ketika dahulu. Sekarang dia malu sendiri.





Semua tetamu telah bergerak ke buffet yang telah berada bahagian belakang café. Aura mengambil keputusan untuk duduk di mejanya dahulu untuk memberi ruang kepada tetamu lain.

Telefon bimbitnya dihidupkan dan membuka email baru diterima. Jikalau orang melabel dia sebagai workaholic, dia akan setuju seratus peratus.

"Aunty Baik!"

Aura mendengar jeritan kanak-kanak lelaki. Dia mencari punca suara itu dan melihat Adam, kanak-kanak lelaki di supermarket tempoh hari. Dia agak terkejut apabila Adam berlari mendapatkannya.

Aura terus berdiri. Dia melutut menyamakan tingginya dengan Adam yang kecil.

"Adam, what are you doing here?" Kedua belah tangan Adam dicapai. Setahunya café ini disewa satu hari sebagai tempat reunion mereka.

"Jumpa friend papa." Adam menjawab dengan senyuman.

"Papa?" Aura kagum. Sungguh dia tak menyangka Adam merupakan anak rakan sekelasnya sendiri.

"Adam!"

Aura mendengar suara garau memanggil nama Adam. Kepalanya diangkat untuk melihat gerangan yang memanggil Adam. Matanya bertemu dengan mata jejaka itu.

Aura terdiam.


Mencari Hati Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang