Bab 31 🔥

6K 237 4
                                    


Camelia memandang sekeliling rumah dengan perasaan sayu dan juga rindu. Betapa rindunya dia dengan kenangan didalam rumah ini. Kenangan bersama ibu dan ayahnya.

Walaupun Camelia dilayan dengan teruk dari kecil sehingga berusia 18 tahun. Namun dia bersyukur kerana Puan Khadijah tidak menghalaunya sewaktu dia masih kecil.

Hanya rumah ini sahaja tempat dia berteduh dan beristirehat. Rumah dimana tempat dia menumpang kasih dan menagih kasih sayang dari orang yang tidak sudi.

Tersentak lamunan Camelia apabila Aayden menggenggam tangannya.

"Tangan manja sejuk, abang panaskan ye?" kata Aayden sambil menyalurkan haba panas ke tangan Camelia.

Tersenyum lebar Camelia dengan sikap prihatin Aayden terhadapnya. Ni yang makin sayang ni hehe.

Puan Khadijah meletakkan satu jag besar yang berisi air sirap dan beberapa jenis kuih di atas meja.

"Hm makanlah, ini je yang ada" pelawa Puan Khadijah lalu mengambil tempat dihadapan Camelia.

Aayden menuang air kedalam gelas kecil dan menghulurkan kepada isterinya terlebih dahulu. Setelah lega membasah tekak, Aayden berdehem untuk memulakan perbincangan.

Haris yang melihat arahan daripada mata Aayden terus mengeluarkan kedua-dua fail yang sangat berharga buatnya.

"Nak bincang apa ni? Saya banyak kerja sekarang ni" soal Puan Khadijah.

Haris menghulur yang mengandungi butiran kemalangan itu ke Puan Khadijah. Dia menceritakan kembali isi butiran di dalam fail tersebut.

Puan Khadijah mengawal riak wajahnya. Dia terkejut bagaimana fail tentang kemalangan itu boleh ada pada mereka ini. Dia menelan kesar air liurnya.

Haris mengecilkan mata memandang Puan Khadijah yang sudah tidak senang duduk. "Tch i got you" bisik hati Haris.

"Dan yang paling mengejutkan, Puan Kaira dan Tuan Rais mempunya seorang lagi anak selain Camelia. Puan Khadijah cakap mereka tinggal bersama puan kan. Takkan puan tak tahu soal anak pertama mereka?" soal Haris dengan serius.

Terus duduk menegak Camelia mendengar bahawa dia bukan anak tunggal. Tetapi mengapa ibu ayah tidak pernah menceritakan soal ini.

Tergamam dan terkedu Puan Khadijah apabila rahsia terbesar yang lebih 30 tahun disimpan kini terbongkar. Siapa lelaki yang dihadapannya sekarang ini?

"Saya sarankan Puan Khadijah untuk jujur je dengan kami, sebelum cucu menantu puan ni hilang sabar" pesan Haris. Mereka masih menunggu nenek tua ini membuka mulut.

Camelia, Aayden dan Haris menunggu sebarang penjelasan keluar dari mulut Puan Khadijah.

"Aku tak ada kesabaran dan aku paling benci bila orang suka buang masa. Baik kau buka mulut sekarang" marah Aayden apabila Puan Khadijah melambatkan masa.

"Ye, Camelia bukan anak tunggal dan dia ada seorang abang yang lahir di Hospital Kuala Lumpur" terdengar perlahan sahaja suara nenek.

Camelia terus menutup mulut terkejut dengan apa yang di dengari. Haris menolak lidah ke dinding pipi.

"Mana dia sekarang? Dan kenapa Puan Kaira tak pernah bagitahu Camelia soal anak pertamanya?" soal Aayden.

Puan Khadijah menggenggam baju menahan getaran. "Dia...dia meninggal sewaktu berusia 4 jam" balas Puan Khadijah.

Haris mengangguk dan bersandar bagi menahan diri daripada melenting. Masih ligat menipu nenek tua ni.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now