MH: |٩| WarFir

50 6 21
                                    

"Teruskan dakwahmu ya ukhty, ya akhi."




DIA hanya duduk termenung di balkoni itu. Cuba mencari, perasaan apakah yang sedang menyinggah di hati. Tak keruan hatinya dua tiga harini asyik terbayang wajah si gadis.

"Warah... kenapa aku asyik teringatkan kau eh? Kenapa aku rasa, kau ni lain dari gadis yang pernah aku temui? You're different. Really different," desis hatinya. Sengih semakin melebar di ulas bibirnya.

Mata Izz terus tertumpu ke arah rakannya itu. Dahi dikerutkan sehingga kedua-dua keningnya bercantum. Ditenung lama tingkah laku Firash Iman.

"Dah tak betul ke apa dia ni? Tersengih sorang-sorang?" gumam Izz sekadar di dalam hatinya.

"Woi bro!" Sergah Izz. Kalau tak disergah, takut member sampai ke alam lain pula.

Terkejut Firash Iman dengan sergahan mengejut dari Izz. Hampir luruh jantungnya.

"Allah... nasib tak berhenti berdegup jantung aku ni Izz. Kau dah kenapa sergah aku macam tu?" soal Firash.

"Kau tu yang dah kenapa Fir?"

"Kenapa apa?"

"Kau dah kenapa semenjak dua tiga harini asyik tersengih macam kerang busuk ni? Duduk tergelak sorang-sorang. Dah tak betul ke apa?" Jari dipetik sebanyak dua kali bagi menarik perhatian Firash yang asyik mengelamun dari tadi.

"Astaghfirullah hal azim. Allahuakbar, ya Allah ampunkan khilafku..." desis hati Firash. Dari tadi asyik terfikir tentang wanita. Berdosa sungguh rasanya.

"Teringat something..." Senyuman manis palsu diukir.

"Teringat something or teringat someone?" Sindir Izz. Bahu dilagakan. Kening diangkat penuh makna.

"Haih... kau ni Izz. Aku gembira salah, aku termenung salah. Habis? Aku nak kena buat apa sekarang ni? Marah 24 jam?? Aku ni dah lah tak suka marah orang sangat." Firash mula membelek telefonnya semula. Kini fokusnya hanya tertumpu pada game. Dia memang suka mengisi waktu lapang dengan bermain game sebaik sahaja habis mengulangkaji.

"Woi! Dah nak dekat seminggu kau sidai soalan aku!" Tempik Izz. Tiba-tiba mindanya teringat soal minggu lepas.

Kini fokusnya terhadap game telah hilang sepenuhnya. Izz telah pun mengganggu fokusnya.

Pandangan dialihkan menghadap Izz. "Soalan apa eh?" Riak wajah biasa ditarik. Mana dia nak ingat, benda dah lama lepas kot.

"Aku dah agak dah. Kau mesti lupa lagi ni." Gigi diketap geram. Dah lah soalan kena sidai lebih dari seminggu. Bila ditanya, lupa pula.

"Serius cakap aku tak ingat. Yang aku ingat time tu aku tolong rawat kau dengan si Ishak tu je." Firash memutarkan kembali ingatannya ke minggu lalu. Itu sahaja yang dia mampu ingat.

"Tapi benda ni jadi, sebelum peristiwa rasuk tu jadi. Pasal kau tersenyum sorang-sorang tulah..." Izz rasa macam nak tumbuk saja si mamat seorang ni. Dah tahu nyanyuk, taknak cerita dari awal lagi!

"Ouh! Pasal tu... meh sini..." Firash memanggil lembut rakannya itu. Bibir didekatkan ke arah telinga Izz.

"Awek tu, dah accept aku jadi kawan dia. Tu je." Jeritnya di telinga jejaka itu.

"Woi!! Nasib tak pekak telinga aku! Hampir nak 'tercekik' kau tadi." Marah Izz.

"Cekik jelah. Ada aku kisah?" Seloroh Firash. Berwajah selamba seperti biasa.

"Hmm... memang minta kaki kau ni." bisik hati Izz.

"Taknak aku kaki kau! Tak sedap pun! Bau stokin seminggu tak basuh!!"

Masih Hatiku| OngoingWhere stories live. Discover now