"Camelia Razqya adik kandung aku" jelas Haris secara tiba-tiba.Terpelanting botol air yang dipegang oleh Aaydan. Manakala Arash dan Raiyan masing-masing yang sedang meneguk air terus tersedak. Raiyan menepuk dada sambil terbatuk kecil.
"Kau biar betul Ris? Kau kencing kitorang eh?" soal Aaydan sebelum bangun dan mengambil kembali botol air itu. Botol air yang Zara bagi tau, kena simpan betul-betul.
"Entahnya, biar betul kau ni?" Arash juga menyoal dengan raut wajah yang berkerut.
Haris menjeling rakan-rakannya. "Betul lah, takkan aku nak tipu pula. Tak ke aku kena pelangkung dengan Zico nanti" balas Haris.
Mereka berada di gym milik Aayden sekarang. Hanya mereka berempat sahaja. Gym ditutup untuk kegunaan orang luar sementara waktu.
Aaydan segera mengambil tempat di sebelah Haris yang sedang mengelap peluh. Bab bab gosip ni kena laju nanti ketinggalan bas.
"Eh macam mana kau tahu dia adik kau? Ceritalah, kitorang nak dengar juga" soal Aaydan.
Arash dan Raiyan memberi tumpuan kearah Haris. Haris yang melihat wajah berharap rakan-rakannya terus mengeluh dan mengangguk.
Haris mengawal wajahnya agar kelihatan serius. "Ceritanya macam ni ...." dia senyap seketika.
Arash, Aaydan dan Raiyan masing-masing memasang telinga. Aaydan yang merasakan Haris diam terlalu lama terus mengetuk kepala lelaki itu dengan botol.
"Kau nak game kitorang kan? Tak guna betul" marah Aaydan.
Haris ketawa kuat melihat wajah mereka yang begitu berharap tetapi dipermainkan. Dia berdehem setelah puas ketawa.
"Okay ni serius" ujar Haris. Dia terus menceritakan tentang kejahatan nenek Camelia dan tentang ujian DNA yang dilakukannya.
Berasap dada masing-masing apabila mendengar cerita tentang nenek Camelia yang tamakkan harta. Sanggup buat apa sahaja asalkan dapat memilik apa yang dia mahu.
"Haa macam tu lah ceritanya" ujar Haris setelah menceritakan kesemuanya.
"Gila lah, nenek dia ni lagi gila dari kita" kata Arash sambil menggelengkan kepala. Kesian Camelia, hidup menderita hanya kerana seorang nenek yang tamakkan harta.
"Jadi sekarang ni, kau jadi aku punya beras lah kan?" soal Aaydan.
"Biras lah bebal" balas Raiyan. Dia bangun dan menyambung kembali latihan.
"Eh salah, haa biras. Wah baby sayang dah naik pangkat jadi biras lah" kata Aaydan sambil menepuk bahu Haris.
Haris membuat aksi seperti ingin muntah lalu bangun dan menyambung kembali aktiviti mereka.
Aaydan dan Arash tersenyum sendiri melihat perubahan di wajah Haris. Selama ini Haris hanya pura-pura kuat dihadapan mereka, tetapi mereka tahu kesedihan Haris dibelakang mereka.
♾️🦋♾️
Tertunduk Wani dan Lisa apabila ditengking dan ditempik oleh tuan muda mereka iaitu Aayden. Masing-masing menahan airmata daripada mengalir ke pipi.
"Aku bagi korang berdua kerja senang pun susah ke?! Aku dah cakap aku nak fail tu hari ini juga kan?! Apa yang susah sangat nak buat!" tempik Aayden lagi sambil menghempuk kuat meja.
Terhinjut bahu mereka berdua. "Kami minta maaf tuan, kami perlukan masa untuk siapkan fail tu" balas Wani dengan berani.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...